networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, December 26, 2012

PANAS!!! Zed Zaidi Mengaku Yang Artis Menyokong Pembangkang Tidak Akan DIGAM!!!!

Akhirnya Presiden Seniman, Zed Zaidi membuat pengakuan yang mana semua artis yang menyokong Pembangkang termasuk ABBY ABADI tidak akan digam oleh mana-mana media di Malaysia...

Rupanya selama ini abby hanya FITNAH kata UMNO tak bagi dia masuk TV....kan dah kantoi..tak guna nak cari islam kalau banyak tabur fitnah...

Mereka sengaja menabur fitnah supaya masyarakat memandang serong kepada SENIMAN dan stesen media di Malaysia...biasalah bila berita fitnah dari pembangkang...cepat sahaja tersebar..betul atau tak belakang kira...asalkan puak cacai dapat salahkan UMNO di akhir fitnah mereka...

Kalau mana-mana manusia menyokong pembangkang digam...sudah tentu Ustaz Azhar Idrus tidak akan masuk tv...dan tak adalah TV 3 mengiktiraf lagu awan nano yang dihasilkan oleh pembangkang menjadi juara....tu pun tak boleh fikir puak cacai.. ni...
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada pembangkang akan digam. 
Sebaliknya menurut beliau, perkara tersebut hanyalah helah yang digunakan pihak tertentu di dalam mengelirukan rakyat selain untuk menarik golongan artis memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang. 
Sekiranya benar ada artis yang pernah digam kerana perkara tersebut katanya, beliau meminta supaya mereka mengemukakan surat yang menyatakan sedemikian kerana berdasarkan kepada prosedur, surat akan dikeluarkan kepada seseorang artis itu sekiranya mereka digam. 
“Saya pernah diajukan persoalan mengenai artis yang sertai pembangkang kena gam. Saya jawab siapa kata dia kena gam? Ini persepsi anda, persepsi masyarakat..kalau kena gam, mesti ada surat..mana suratnya? 
“Ini persepsi sahaja..Sebenarnya tidak ada orang pun kena gam (kerana menyertai parti pembangkang)..Ini sengaja, ini helah cuba mengelirukan rakyat supaya artis akan lebih pergi kepada pembangkang. Jadi saya rasa itu tidak betullah. Jadi tugas saya adalah untuk membetulkan kembali keadaan,” kata Zed ataupun nama sebenarnya Rozaidi Jamil ketika ditemui Antarapos semalam. 
Menegaskan hak untuk menyertai mana-mana parti politik sebagai hak individu, beliau bagaimanapun menegur sikap sesetengah artis yang dilihat kerap menghina kerajaan di dalam ceramah-ceramah politik mereka. 
Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya seseorang artis itu mahu membantu parti mereka tetapi mengingatkan mereka supaya tidak menjurus sehingga melanggar peruntukan undang-undang negara. 
“Dalam undang-undang negara kita pun kalau anda nak menyertai mana-mana parti politik pun tak kisah, itu hak individu. Dan dalam masa yang sama, bila anda membantu parti politik yang menaungi anda itu, tak kisah nak bercerita pengalaman mengapa anda menyertai parti politik itu..kita tidak ada masalah. SELANJUTNYA

HE : Artis kata masuk pembangkang tak dapat JOB tu hanya fitnah...sebenarnya memang mereka tak mahu pun berlakon lagi sebab tak MASYUK!!!!

  SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA