networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, December 6, 2012

Safee Sali Dedah Mengapa Dia Sertai JOHOR

Pergh!!makin mantap skuad Johor apabila seorang lagi pemain terMANTAP menandatangani kontrak bermain bersama JOHOR kelmarin...

Safee merupakan pemain terbaru yang hadir ke JOHOR..

Selain Safee, Safiq Rahim, Mohamad Aidil Zafuan, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain Import Daniel Guiza akan menyarung jersi Harimau Selatan itu!!!

Menurut Safee, keputusannya menyertai skuad Liga Super Johor pada musim depan adalah untuk 'menyelamatkan' kariernya dalam arena bola sepak.

Safee berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendapatkan khidmatnya, juga mendorong beliau memilih menyarung jersi pasukan 'Harimau Selatan' itu.

"Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara... saya terima dan hormati cara mereka.

"Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, hari ini.

Safee kini berada di Wisma FAM bersama skuad kebangsaan dalam persediaan menghadapi perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di sini, Ahad ini dan di Bangkok pada 13 Disember.

Semalam, Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bahawa pemain kelab Arema Indonesia itu telah menandatangani perjanjian kontrak  dengan disaksikan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Wisma FAM.

Kontrak Safee selama setahun bersama Johor adalah berasaskan pinjaman.

Selain Johor, Safee yang bersyukur kerana disenaraikan dalam skuad Liga Super Johor, berkata beberapa pasukan lain turut serius mendapatkan khidmatnya sejak awal tahun ini.

Safee berkata dengan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, skuad Johor akan muncul sebagai pesaing hebat dalam memburu kejuaraan pada saingan Liga Super musim depan.

Selain Safee, pemain lain yang bakal beraksi bersama Johor termasuk ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim serta pasangan kembar Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak dan seorang lagi penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha.

Safee berkata, beliau akan menyertai latihan bersama pasukan Johor selepas berakhir Piala AFF Suzuki.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialaminya menjelang pertemuan menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini, Safee berharap beliau dapat pulih sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan tersebut.

"Saya harap dapat memberi persembahan terbaik untuk perlawanan separuh akhir ini...Thailand pasukan yang hebat tetapi saya harap kita dapat catat kemenangan sebagai bekalan untuk aksi timbal balik di Bangkok," katanya. -Bernama

HE : lepas ni TRW kena rasa segan dengan Johor...bila Anuar Musa nk mari Johor?haha...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA