networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, December 20, 2012

Sumber Air Di Selangor Bakal Kering Kontang!!! Nasib Rakyat Selangor Dapat MB Bingai!!! #IsuAirSgor



Rakyat Selangor terus menghadapi kebimbangan akibat daripada krisis air di Selangor yang dijangkakan akan berlaku lebih awal sebelum 2014.

Sudah dijelaskan banyak kali bahawa, punca utama masalah ini berlaku adalah atas kedegilan MB Selangor, Khalid Ibrahim yang mana dia mahukan penstrukturan semula dilaksanakan dahulu sebelum memberi kelulusan kepada projek Langat 2 dijalankan di Selangor...

Pada awalnya dia menyalahkan kerajaan Pusat Barisan Nasional kerana tidak memberi kerjasama untuk menstruktur semula. Alasan yang diberikan Khalid itu adalah rekayasa dan fitnah yang mana Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah mengumumkan bahawa Kerajaan Khalid bebas untuk menstruktur semula.

Untuk menstruktur semula industri air secara holistik, Khalid kata perlu ambil alih syarikat konsesi. Perlukah diambil alih semuanya? 

Syarikat konsesi tersebut ialah ABASS yang mana Kerajaan Khalid mempunyai 90.83% pegangan ekuiti, SPLASH 30%, SYABAS 30%. Cuma Puncak saja yang Kerajaan Khalid tiada ekuiti.

Kerajaan Khalid sudah menjalankan 3 kali perbincangan pada 13 Feb 2009, 25 Jun 2009 dan 31 Jan 2010.

Malangnya Kerajaan Khalid masih gagal untuk mengambil alih kesemua syarikat konsesi..

Khalid dalam kertas putih ada mengatakan yang dia akan bawa isu pengambilalihan ini ke Timbang Tara Bebas Antarabangsa...Aku cabar Khalid untuk teruskan hasratnya...masalahnya dia dah buat ke belum atau hanya cakap kosong?

Sangat mustahil bagi seorang yang pernah berkecimpung dalam dunia korporat tetapi tidak tahu akan punca kegagalan mengambil alih syarikat konsesi itu. Pegangan ekuiti dalam Syarikat Konsesi yang sedia ada sudah tentu ada board seat. 

Pensrtukturan semula air ini boleh dibincangkan semasa board meeting untuk dapatkan persetujuan.

Persoalan yang rakyat ingin tahu, perlukah kesemua syarikat konsesi diambilalih semata-mata mahu menstrukturan semula?

Sebenarnya, penstrukturan boleh dilakukan tanpa ambil alih syarikat konsesi tersebut? kenapa Khalid tidak buat?

Memang dah matlamat kerajaan Khalid nak rampas konsesi air untuk diberikan kepada kroni mereka sebagaimana yang terjadi kepada projek pasir, aset PKNS dan Yayasan Selangor yang mereka gadaikan...

Itu sebabnya pelbagai dolak dalih kerajaan Khalid berikan!!







Memang terserlah yang Khalid tiada hala tuju untuk selesaikan masalah air yang membelenggu rakyat Selangor. Lebih malang, rakyat Selangor terus dihimpit krisis air akibat kebebalan Khalid merancang dan membuat keputusan...

Nasib rakyat terus dijudikan sehingga Khalid sanggup menangguhkan projek Langat 2 walaupun 100 tahun kerana dia mahu hasratnya menstruktur semula air selesai..

Khalid sudah banyak kali menipu rakyat Selangor dengan berbagai alasan mahu melengah-lengahkan pembinaan lojiLangat 2. Antara alasan yang digunakan ialah :

1) Tunggu penstrukturan syarikat konsesi selesai.
2) Kerajaan Pusat tidak memberi kerjasama menstruktur semula air
3) Membekukan Capex Syabas
4) Menggunakan Teknologi Mambran

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Permatang, Sulaiman Abdul Razak baru-baru ini berkata, Kerajaan Khalid telah mengeluarkan satu surat membekukan Capex Syabas kecuali Kerja-kerja kritikal. Kerajaan negeri telah membekukan Capex SYABAS sudah hampir 4 tahun.

Ini telah menghalang kerja-kerja naik taraf insfrastruktur air .

Khalid walau bagaimanapun menafikan telah membekukan CAPEX Syabas tetapi surat dibawah menunjukkan sebaliknya.

Semenjak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, mereka telah membekukan Perbelanjaan Modal menaik taraf infrastruktur air di Selangor oleh Syabas dari tahun 2009-2011 dan 2012-2014. Dari anggaran 6000km paip yang perlu diganti di Selangor dan Wilayah Persekutuan, hanya 800 km paip sahaja yang berjaya diganti...

Kegagalan Khalid meluluskan Capex SYABAS telah menyebabkan Kadar pengeluaran Air Tidak berhasil, NRW tidak dapat diturunkan seperti yang dikehendaki Kerajaan Khalid. Nak turunkan NRW kena ganti paip-paip lama.. yang perbelanjaannya memerlukan kelulusan Capex. 

Dah lah Capex tak diluluskan, lepas tu cakap Syabas gagal turunkan NRW. Nak tuduh Syabas tu ingat lah sikit, Kerajaan Khalid pun tuan punya Syabas jugak, kena muka sendiri balik

HE : Tidak luluskan Capex untuk menaik taraf air di Selangor dan menyekat pembinaan Loji Langat 2 telah meletakkan Rakyat Selangor diancam krisis air yang sangat bahaya..inilah akibatnya jika memilih Pakatan Rakyat yang tidak tahu nasib rakyat...yang mereka mahukan semua kehendak mereka ditunaikan...


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA