networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, December 7, 2012

Tan Sri Annuar Musa tak perlu iri hati dengan pembangunan Bola Sepak Johor...


Tan Sri Annuar Musa tidak sudah² menghentam pihak Pentadbiran PBNJ. Sebagai orang lama lagi berpengalaman dalam selok belok bolasepak Malaysia, beliau harus malu dengan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Tunku Mahkota kami, bukannya terus menghentam. Kami percaya, usaha yang dilakukan oleh Tunku Ismail adalah untuk memajukan bolasepak Malaysia.

JAWATAN PRESIDEN BERMULANYA DI TWITTER
Setelah mendengar dan berdiskusi bersama peminat² bolasepak Johor dilaman sosial berkenaan permasalahan bolasepak Johor, baginda menawarkankan diri untuk mengambil alih jawatan Presiden PBNJ bagi membantu memajukan sukan tersebut yang agak suram bertahun² lamanya di negeri Johor. Menghapuskan rasuah dalam bolasepak Johor adalah permulaannya.

Peringkat awal mengambil alih jawatan Presidan PBNJ, baginda tidak mahu Ahli Politik terlibat didalam pengurusan PBNJ. Satu keputusan yang amat dinanti²kan oleh penyokong² Johor, malah pengkritik² sukan tanahair juga bersetuju dengan tindakan tersebut. Mungkin Tan Sri Annuar Musa boleh memikirkan kaedah ini dalam pasukan beliau, TIDAK ADA AHLI POLITIK TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BOLASEPAK NEGERI.

Dan mulai saat itu, pasukan Johor mula mendapat sentuhan air tangan diRaja dalam pengurusan pasukan. Satu permulaan yang boleh dipuji, mengambil alih pasukan dalam keadaan huru-hara dan mengakhiri di kedudukan ke-4 Liga. Insyaallah, tahun 2013 adalah permulaan kebangkitan Sang Harimau Selatan.

MEMAJUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA
Mengambil beberapa pemain dari liga ternama, Guiza dan Del Nero adalah bertujuan menunjukkan kepada dunia apa yang kita ada, apa fasiliti yang kita sediakan samada dari segi latihan atau perlawanan. Bukankah itu permulaan kepada lambakan kebanjiran pemain² ternama dimasa² akan datang.

"Is not just pasal duit. Most of this player will come hear and tengok kita punya football facilities. So far our facilities is not up to the mark. It the future insha'Allah," Tunku Mahkota Johor 16th July 2012.

BERTOLAK ANSUR DALAM MENAWARKAN KONTRAK
Menawarkan kontrak 1+1 kepada Safiq Rahim , jika tahun kedua beliau mendapat tawaran dari pasukan luar negara, PBNJ sedia melepaskan.

"Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," Safiq Rahim

Kontrak kepada Safee Sali, 1 tahun pinjaman, jika selepas 6 bulan pihak pengurusan Safee iaitu AREMA mahu beliau kembali, PBNJ sedia berbincang. Malah Safee mengakui Johor adalah 'Penyelamat' karier beliau.

Jadi diharapkan beliau jangan melatah, jangan kelirukan peminat. Dari terus menghentam, ada baiknya beliau fikirkan bagaimana cara untuk memajukan bolasepak tanahair.

PENJELASAN TERHADAP TUDUHAN TS ANNUAR MUSA MENGATAKAN JOHOR MENGUNAKAN KULIT JOHOR FC


2 pasukan dibawah pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Johor(PBNJ) dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan :-

# Kelab Bolasepak Darul Takzim (Johor)
- Akan Mengunakan Gelaran sebagai Pasukan Johor
- Bermain dalam Liga Super
- Pengurus : Fandi Ahmad / Ketua Jurulatih : Ismail Ibrahim
- Pemain Pilihan : Daniel Guiza/Safee Sali/Norshahrul/Safiq Rahim

# Persatuan Bolasepak Negeri Johor
- Akan mengunakan gelaran sebagai Pasukan Johor United
- Bermain dalam Liga Perdana
- Pengurus : Hj On Jabbar / Ketua Jurulatih : Azmi Mohamed
- Pemain Pilihan : Andre Silva/Muriel Orlando/Mohd Farid Ramli

Sumber SINI & SINI

HE : aku betut-betul hairan kenapa TS Annuar Musa amat sakit hati dengan pembangunan Johor FC yang dilakukan oleh TMJ...Kelab ke negeri ke yang penting ia merupakan identiti Johor...kita bertarung atas padang ok!!!

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA