networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, December 30, 2012

Terperangkap Dalam Banjir Mimpi Ngeri Guru Tadika...


Kumpulan Mahasiswa bukan Pro Pakatan Rakyat hari ini telah menyumbangkan tenaga dan bakti mereka di Kuantan Pahang bagi membersihkan kawasan yang dilanda banjir bermula Isnin yang lalu.


Mahasiswa ini terdiri daripada penyokong ASPIRASI kerajaan yang terdiri daripada mahasiswa UKM dan HUKM telah menyumbangkan bakti mereka di Tabika Kemas Galing Besar dan SK Galing Besar.

Program Aman Kampus Bersama Mahasiswa dan Belia, Turun Berbakti dianjurkan oleh Kelab Kami Sayang PM telah berjaya menarik seramai 80 orang anak muda yang terdiri daripada Gabungan Anak Johor, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, dan ASPIRASI.


Kejadian banjir yang berlaku di sini telah menjadi mimpi ngeri bagi guru-guru di Tabika ini. Ketika kejadian, guru-guru di tadika tersebut sedang mengadakan bacaan yasin dan tahlil. Mereka tidak menyangkakan hujan lebat telah membuatkan air sungai naik dalam masa yang amat pantas.

Kesemua guru-guru yang berada di tabika tersebut telah terperangkap di dalam tabika yang ditenggelami air selama 2 jam sebelum JPAM datang membantu. Pengalaman berada dalam dalam situasi getir ini telah membuatkan mereka trauma.


Menurut salah seorang guru di sini, Puan Aisyah, 40 tahun "Saya masih trauma dengan keadaan yang telah berlaku. Tidak sangka air begitu cepat naik dan rakan-rakan ditenggelami air parat dada. Kami semua berdiri di atas meja salama 2 jam sebelum bot JPAM datang."

Sebanyak 80% peralatan di dalam Tadika tersebut musnah. Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Hasan Bin Malek dan ADUN Teruntum, Dato' Chang Hong Seong.


Sejurus selesai membersihkan Tabika Galing Besar, Mahasiswa ini telah bergerak ke SK Galing Besar untuk melawat mangsa bencana banjir yang ditempatkan di sekolah ini sejak kejadian hitam itu berlaku isnin lalu.


Sebanyak 42 keluarga dan anggaran 210 orang telah ditempatkan di sekolah ini. Banyak pihak telah memberikan bantuan sepanjang mereka berada di sini. Antara pihak yang menyumbang ialah 1 Malaysia Develepment Berhad, Kelab Putera 1 Malaysia, Media Prima Adabi, Agensi kerajaan dan individu.

Kelmarin, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli ke SK Galing Besar melawat mangsa banjir di sini.


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA