SEREMBAN: “Mahasiswa perlu mengelak bertindak secara melulu atau bertentangan dengan undang-undang kerana ia bukan saja menjejaskan reputasi, malah masa depan mereka,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat.
Menurut beliau, sebagai pewaris kepemimpinan negara pada masa depan, mahasiswa seharusnya menonjolkan sikap, nilai diri, kebolehan dan kepemimpinan baik yang boleh dijadikan contoh.
Kata Yunus, masyarakat menaruh harapan tinggi terhadap kredibiliti mahasiswa memberikan sumbangan positif terutama dalam membimbing generasi muda mencapai kejayaan.
“Saya berharap persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi kumpulan mahasiswa merangka program lebih baik dengan masyarakat supaya mereka dapat memberikan sumbangan dan khidmat bakti.
“Mahasiswa tidak harus membuat aktiviti yang bersifat ‘syok sendiri’ kerana ia tidak akan memberi kesan positif kepada masyarakat terutama generasi muda, malah memungkinkan ia menjejaskan reputasi mereka selaku golongan terpelajar.
“Justeru, program membabitkan mahasiswa dengan masyarakat perlu diperbanyakkan lagi untuk membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu memberikan sumbangan positif dan berkesan demi kepentingan bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jelajah Aman Kampus Peringkat Negeri Sembilan di Balai Raya Flat Senawang, di sini.
Hadir sama, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Salwati Abdullah dan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah.
Seramai 60 pelajar IPT sekitar negeri ini dan 100 penduduk flat berkenaan menyertai pelbagai aktiviti diadakan antaranya sukan, khidmat masyarakat dan wacana ilmu.
Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang memuji program itu yang boleh dijadikan medan perkongsian ilmu selain merapatkan hubungan antara pelbagai kaum demi kepentingan bersama.
Sementara itu, Mohd Shahar berkata, program jelajah disertai 22 IPT itu diharap dapat mewujudkan satu jaringan bersepadu antara mahasiswa, alumni dan NGO serta masyarakat dalam menjayakan agenda memperkasakan golongan muda.
“Program yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat menyuntik semangat patriotisme mahasiswa untuk terus menyokong dan memahami setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.-myMetro
JANGAN IKUT PERANGAI MAHASEWEL !!!
JANGAN IKUT!!!
JANGAN IKUT!!!
JANGAN IKUT!!!
JANGAN IKUT!!!
JANGAN IKUT!!!
puak SEKULAR
JANGAN IKUT!!!
pengakuan Fahmi Reza yang dia SEKULAR!!!
JANGAN IKUT!!!
JANGAN IKUT!!!
HE: Ingat Pro-M ingat JANGAN IKUT !!!