networkedblogs

Bersahabat..

Ku Mohon (Lebaran Aidilfitri)

Saturday, June 30, 2012

Gambar @AmanKampus 29 Jun 2012. #AmanKampusDiBawahBayu

0 comments
Negaraku
aktiviti Siswa Cergas!
Selesai solat jumaat di Masjid UMS
Para peserta sering diingatkan tentang kepentingan menjaga hubungan sesama mereka supaya jelajah ini berjalan dengan lancar

Siswa Taqwa : bacaan yasin dan tahlil.semoga dipermudahkan pjalanan esok #AmanKampusDiBawahBayu #AspirasiMahasiswa
Saudara Naem memberi sedikit tazkirah


Sesi Rapat Ukhuwah
Saudara Shahar memberikan tazkirah
HE : dapatkan maklumat terkini di :

Facebook Aman Kampus 
Twitter @AmanKampus   
Hashtag #AmanKampusDiBawahBayu
Blog Aman Kampus

Khabar Berita Dari Sabah. Hentikan Budaya FITNAH!!!

0 comments

Ada khabar berita dari Sabah yang aku hendak kongsikan kepada semua pembaca. Mungkin tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia tentang program Aman Kampus. Tetapi mungkin juga ada yang tidak mengetahui apa itu Aman Kampus.

Sebenarnya Aman Kampus ini bermatlamat hanya mahu menyampaikan mesej Aman di kampus pengajian tinggi. Bukan setakat di Kampus sahaja malah kumpulan pelajar ini turut mendekati masyarakat setempat untuk menyelusuri akar merapatkan hubungan sesama masyarakat.

Tidak mengira bangsa dan agama, Aman Kampus mendekati masyarakat 1 Malaysia dengan matlamat mahu menyampaikan mesej yang jelas bahawasanya masih ramai mahasiswa mahukan kemanan. Dengan kata yang lebih mudah, geng aman kampus ni kontra kepada geng-geng Pro-Mahasewel yang berteriak baring di atas jalan. Geng Aman Kampus ni membawa ASPIRASI Mahasiswa yang sebenar mengikut acuan yang suci lagi murni.

Kini, Aman Kamus sudah sampai ke kemuncaknya apabila mereka menjelajah negeri Sabah bermula 28 Jun hingga 10 Julai 2012. Akhir sekali mereka semua akan berhimpun dalam suatu majlis bersama Perdana Menteri yang disayangi rakyat 1 Malaysia. 

peepsss...yang tak sayang PM kita ni hanya puak pembangkang dan mahasewel sahaja...bagi mereka ada jer yang tak kena.

Kalau nak cerita pengalaman aku, kiranya aku lihat Aman Kampus sekarang ni ada peningkatan dari segi pelaksanaan. Aku telah membuat liputan secara langsung Program Aman Kampus Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 mendekati masyarakat Semenangjung Malaysia dan Fasa 2 mendekati Mahasiswa IPT Semenanjung Malaysia. 

Cuma aku tidak ikut Aman Kampus Kenyalang di Sarawak dan Di Bawah Bayu yang sedang berlangsung di Sabah. Di sini aku nak ucapkan terima Kasih kerana geng Aman Kampus ada menjemput aku untuk turut serta di Sarawak dan Sabah. Bukan aku tidak mahu, biasalah dah namanya manusia.. Kita terikat dengan hal duniawi dan masa. Ada sahaja kekangan yang buat aku tak boleh turut serta. 

Komen baik semua aku dah cerita. Aman Kampus ni juga ada beberapa kekhilafan yang harus anda baiki. Yelah..kata nak sampaikan mesej keamanan dan membawa suara ASPIRASI Mahasiswa yang sebenarkan. Kenalah tegur sikit..

Pertama dari segi pengurusan Portal Aman Kampus [SINI]. Dulu bagi aku memang membazir buat portal ni kerana ianya hanya digunakan untuk meletak gambar. Buat apa bayar domain semata-mata mahu letak gambarkan. bak kata orang, belajar dari kesilapan..aku lihat sudah ada penambahbaikkan..bagus..

Kedua, kalau kita lihat gambar di bawah ni terpampang bendera Aman Kampus di sana dan di sini. Memang bagus untuk nampakkan publisiti. Tapi kalau dah terlampau banyak pun tak kena jugakan..nampak macam kartun. Salah satu modul Aman Kampus ada terkandung Siswa Prihatin yang mana Aman Kampus akan beri sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Memang aku tak nafikan inisiatif ini amat bagus. Kalau nak bandingkan dengan mahasewel korang lebih bagus. mereka menyusahkan masyarakat tetapi korang membantu masyarakat. Tapi....kalau boleh tak perlulah nak pampang bendera Aman Kampus buat back drop. Serius nampak kartun. Korang dah datang rumah orang nak bagi sumbangan tapi korang pampangkan pula bendera..Bagi aku tak sesuai..baju yang korang pakai tu dan sampul sumbangan sudah ada logo aman kampus tu sudah cukup. Aku cakap berdasarkan pemerhatian aku jer...



Ketiga, sepanjang program Aman Kampus ni berlangsung aku lihat tugas Unit Media Baru sudah ok..mereka mewujudkan Facebook Aman Kampus, Twitter @AmanKampus dan Hashtag #AmanKampusDiBawahBayu. Bukan itu sahaja, blog Aman Kampus juga mereka telah hasil. Tugas publisiti sudah ok. Nak lagi mantap korang kena lah upah Fotografer dan Videografer. Suruh mereka buat satu video macam kat bawah ni ataupun ala-ala dokumentari..baru mantap!!!


Video bawah macam ni pun dah ok..tapi kalau nak lagi mantap buat macam video di atas..eh..eh..kecoh pulak aku ni..tapi ni cadangan jer...nak terima ok..tak nak terima abaikan.


Video seperti bawah ini memang harus diperbanyakkan..barulah rakyat tahu pergerakan terkini Aman Kampus. 


Tapi Aman Kampus kena juga buat 1 video ala-ala dokumentari.Baru mantap..

tabung ke kotak tisu tu??kikiki
Kumpullah sorang seringgit daripada peserta untuk bayar Fotografer dan Videografer. Jangan risau..tak salah pun nak minta derma. Kita tahu hasilnya akan kemana..jangan jadi macam mahasewel..mereka kutip tapi tak tahu kemana hasilnya..makan sendiri kot? anggap jelah depa tak salah gunakan duit tu..kikiki

FITNAH!!!
http://pemikirpolitik.blogspot.com/2012/06/aman-kampus-spy-smm-kantoi-bodoh.html

Keempat, tak perlulah blogger korang nak fitnah orang sesuka hati (gambar di atas). cukup aku katakan tuduhan yang korang dah buat tu hanya fitnah. Kalau nak desak aku cerita pun boleh...budak tu lagi sedih bila di fitnah..budak tu dah join sudah kira bagus..korang bukan nak ucap terima kasih kepada dia tapi korang fitnah budak tu..apa nak jadi korang ni???tolonglah jangan ikut sangat budaya mahasewel yang suka fitnah..aku harap blogger Pemikir Politik keluarkan kenyataan maaf dan jelaskan kenapa korang cakap dia SPY SMM??ko tahu tak SMM tu hina?sampai hati korang hina budak yang berbakti kepada korang...memang aku kecewa dan kesal tindakan blogger tu..tolonglah jangan jadi bodoh...

HE : moralnya, nak cari 1000 salah orang lain memang senangkan..nak cari 1 kebaikan memang susah..Aman Kampus ni bagi aku lebih bagus daripada mahasewel yang hanya tahu cari salah kerajaan..ader jer yang tak puas hati..kikiki

Nantikan gambar Aman Kampus semalam jam 3 petang ini...

Facebook Aman Kampus
Twitter @AmanKampus 

GEMPAR : Gambar dan Video Penemuan Piramid di Indonesia?

1 comments







HE : jujurnya memang aku tak percaya Piramid ini direka di Indonesia..tapi kalau gunung mirip bentuk Piramid tu mungkin lah kot...yang bestnya siap ada dokumentari tu...

Friday, June 29, 2012

Al-Fatihah : Osman Kering Meninggal Dunia..sumber @rozaidijamil

0 comments

Al-Fatihah, Pelakon dan Pelawak tanah air telah meninggal dunia di HUKM. Sebelum ini dunia tanah air telah digemburkan dengan khabar angin bahawa arwah Osman telah meninggal tetapi kenyataan tersebut ditarik semula.

Berita kematiannya hari ini telah disahkan oleh Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di laman twitternya lingkungan 4 petang tadi..

HE : Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kemelut Selangor : Kalau Tak Ada Apa-Apa Kenapa Perlu letak Jawatan...

0 comments
Macam-macam hal berlaku di Selangor. Aku ingat selepas Kepimpinan Pakatan Rakyat ambil alih Selangor maka Selangor makin bagus tapi realitinya Hancus.

Belum pun reda dengan isu Rafizi letak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ni keluar pula isu si Fekah muka berminyak. 



Walaupun didesak, aku yakin Faekah akan kekal manjawat SETPOL Khalid. Apa ada hal..salah guna kepala surat..kita NASIHAT...rompak duit rakyat pun kita Nasihat...jika kantoi seleweng kita juga NASIHAT...

Bagus betul si Khalid Ibrahim si Khalid Nasihat...kikiki 




SHAH ALAM 28 Jun - Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin tegang apabila desakan daripada pemimpin dalaman parti itu agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletakkan jawatan tidak direstui Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini apabila Wan Azizah dilihat memberikan sokongan yang kuat kepada Faekah agar terus menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik iaitu sikap sama ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertahankan pegawai kanan pentadbirannya itu.

Malah, Faekah menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan esok tidak melemahkan semangatnya dan rakan-rakannya di Pejabat Menteri Besar.

Beliau memberitahu, Abdul Khalid masih lagi memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas seperti biasa dan soal peletakan jawatan langsung tidak disebut ketika berjumpa Menteri Besar itu semalam, malah beliau diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab.-Utusan

Penulis rasa, semua ini sudah jelas untuk Faekah meletakkan jawatan dengan segera tanpa perlu merayukan nasibnya kepada Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail seperti yang sering dilakukannya sebelum ini. Biarlah penulis berterus terang, selama ini perkara itulah yang meletakkan Khalid sering kali berada dalam keadaan serba salah.
Secara peribadi, penulis menyokonglah keputusan yang dibuat Exco semalam, cuma yang berlegar di kepala penulis sekarang ialah bagaimana untuk menjawab semula pelbagai kenyataan yang dikeluarkan banyak pihak sepanjang krisis ini berlangsung. 
Apatah lagi bila Khalid sendiri pun dilihat melindungi Setiausaha Politiknya itu. 
Dalam mengulas perkara tersebut sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada portal Free Malaysia Today, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. 
Sekarang bila keputusan Exco yang Khalid sendiri pengerusikan menyatakan sebaliknya, semua sudah jadi tunggang terbalik. Macam mana nak memperbaiki keadaan yang sudah tunggang terbalik macam ini?-SuaraPakatanRakyat
HE : Khalid Nasihat akan selesaikan masalah ini..Rafizi letak jawatan tak apa...Fekah muka berminyak jangan....aku Nasihat...tapi heran juga ek kenapa Khalid tak NASIHAT Rafizi...atau Rafizi yang tak dengar NASIHAT? kikiki 

Kaum Hawa Wajib Baca !!! Kisah Isteri Masih Dara Walaupun Sudah 2 Tahun Berkahwin.

3 comments
Malam pertama merupakan malam paling indah buat pengantin baru. Lain pula ceritanya bagi pasangan Anis dan Suaminya yang telah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun tetapi Anis mengakui berasa takut untuk menjalinkan hubungan Intim. 

Menurut Anis lagi, dia merasa amat sakit setiap kali hendak melakukan hubungan intim. Anis berasa bersalah lalu bertanyakan soalan. Kaum hawa wajib baca... 


Soalan
SAYA berumur 23 tahun dan berkahwin dua tahun lalu. Masalahnya, sehingga kini saya masih dara. Dalam hati memang saya teringin untuk mengandung dan memiliki anak tetapi saya terlalu takut. 
Kami pernah cuba melakukan hubungan kelamin tetapi tidak berjaya kerana berasa sangat sakit. 
Mujur suami memahami dan tidak memaksa. Adakah saya berdosa dan dikategorikan isteri derhaka kerana tidak menunaikan tanggungjawab? 
ANIS
Petaling jaya
Jawapan
Antara tanggungjawab seorang isteri ialah melayani nafsu kelamin suami. Berdosa seseorang isteri jika menolak kemahuan suami tanpa sebarang sebab munasabah. 
Perkahwinan yang sah menghindar perbuatan dilarang seperti berzina dan beronani. Untuk mendapat kenikmatan, suami isteri perlu ada kesefahaman ketika bersama.
Insya-Allah jika kena caranya, akan hilang rasa sakit. 
Justeru, segeralah berjumpa pakar perbidanan yang boleh menasihati cara puan dan suami dapat menikmati hidup berumah tangga.
HE : memang gua respek suami Anis...lu memang tabah... 

Thursday, June 28, 2012

Blogger Seni BN Mampu Menggugat ZUNAR..@pistolnakal

1 comments
Semua rakyat sudah mengetahui bahawa Miki karyawan seni pro Kerajaan manakala Zunar pula merupakan karyawan seni politik bagi pihak pembangkang. 

Dalam keghairahan kita meneliti hasil-hasil seni mereka ini, lahir seorang karyawan seni alam maya yang aku yakin pro kepada BN. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui kewujudan Pistol Nakal tetapi bagi aku Pistol nakal ni boleh diibaratkan sebagai anai-anai yang mana kewujudannya tidak dirasa tetapi kesan yang ditinggalkan mampu meruntuhkan sebuah empire.

Yang pasti, Pistol Nakal mampu menggigit Karya Zunar...

Saksikan Hasil karya Pistol Nakal...














HE : dapatkan karya segar dari Pistol Nakal di SINI

PAS mungkir janji dan Realiti yang cuba disembunyikan... #Pasrabut

0 comments

Bumi Kelantan bergolak tempoh hari kerana ada 2 pihak yang tidak berpuas hati. 1 team menuntut janji manis kerajaan PAS dan 1 lagi mahu menuntut royalti minyak.

Dimaklumkan seramai 3000 berpihak kepada team Royalti dan selebihnya menuntut Janji.

Aku betul-betul hairan dengan puak PAS ni..kenapalah korang ni bingai sangat..

3000 orang tuntut Royalti Minyak..tapi hanya 1000 orang sahaja yang tuntut 22 JANJI manis yang ditaburkan PAS. 

Bagi aku, orang yang memihak kepada pro Royalti ni sebenaranya rela diri mereka terus ditipu oleh PAS. PAS sememangnya pandai berjanji tetapi waktu menunaikannya memang lambat dan mungkin tak dapat...kenapa puak 'R' tak nak menuntut perkara yang sama iaitu 22 janji manis yang belum ditunaikan?

Owh..kalau mereka ikut tunai janji makanya mereka mungkin dikategorikan sebagai derhaka kepada PAS..jadi mereka tuntutlah Royalti kerana kerajaan PAS pun sokong agenda ini.

Kalau derhaka kepada PAS maka masuk neraka...kihkihkih...

Puak 'R' rela kerajaan PAS mungkir janji....

Nak pilih 1 royaltu atau tuntut 22 janji??

Kita singkap kembali siapa PAS yang sebenarnya..


Renung - renungkanlah angkara "Parasit" dimana kejujuran PAS dalam memartabatkan ISLAM......!!!!


PAS Yang Perlu Dikenali...........!!!!


1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)


KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.


2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.


KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.


3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”


KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu malah dalam semua majlis PAKATAN RAKYAT ada disajikan ARAK seprti MAJLIS ARAK pula...


4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”


KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi "YANG TERBESAR DI ASIA", tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.


5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.


KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.


6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”


KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.dan kini PAS menjadi penyokong TEGAR anwar pula walaupun terang2 anwar melakukan kemusnahan pada NEGARA dan segala KEMUNGKARAN..


7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.


KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”


8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”


KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.Malah kerajaan negeri KEDAH pun tidak bersedia untuk melaksanakan HUDUD di negeri terbabit...


9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.


KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.Malah kerana ANWAR lah ISLAM semakin dicabar sekarang...ANWAR meletakkan ISLAM sama tarafnya ngan agama2 lain...malah KALIMAH ALLAH pun ANWAR perdagangkan...PAS hanya membisu...


10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.


KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)


11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.


KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan,beberapa lagi patung buddha dan HANYA MEMBINA SEBUAH MASJID SELAMA PEMERINTAHAN PAS SELAMA 22TAHUN DI KELANTAN...inikah dikatakan NEGERI SERAMBI MEKKAH...??


12. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.


KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 22 tahun, sekarang Kedah dan Selangor sudah hampir 1 penggal, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAKATAN RAKYAT. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?


13. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara


KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?RM600 juta peruntukan KERAJAAN PUSAT untuk mengatasi masalah air di KELANTAN,di mana digunakan....?dll...


14. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”


KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang)."Lankah mayat kami dahulu" (Karpal singh) Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.


15. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mewakili Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”


KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mewar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.


16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”


KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.


17. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).


KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?Dan PAS lupa UMNO ADALAH JEMAAH ISLAM PERTAMA DI MALAYSIA INI DAN PAS LAH PUNCA SEGALA PERPECAHAN INI..


18. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.


KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.


19. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam


KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah).Menyokong AMBIGA RATU MURTAD dll.......


20. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.


KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS
bersekonkol ngan mereka dalam PRU ke-12 dan PRU 13 akan datang ini....

Renung - renungkanlah dimana kejujuran PAS dalam memartabatkan ISLAM......!!!! -   Pejuang Agama Bangsa Negara "FAN PAGE"

HE : Ciri-ciri munafik..bila berjanji dia mungkar..bila berkata dia dusta..semua PAS ada... undi PAS masok SYORGA!!!kikiki

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: 

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. 
Riwayat Ahmad

Wednesday, June 27, 2012

Koleksi Gambar X-Ray yang Mengerikan..Md Sabu pun ada?

0 comments
Imej budak lelaki yang cuba membantu temannya daripada dirompak 
Imej kanak-kanak dari China yang telah dipanah oleh kawan sendiri
Paku di dalam muka tukang kayu
Gambar perut seorang perempuan Israel yang cuba mengeluarkan serangga  yang
memasuki mulutnya.
 Peluru yang ditembak dari jarak dekat dan tersangkut pada tulang hidung
 Seekor anjing yang telah menelan perhiasan pokok Krismas

Kaki Penunggang Motorsikal tertusuk Skru ketika melarikan diri daripada Polis
kikikiki!!!!
HE : Md Sabu Skru...kikiki

Ustaz Mendoakan Kehancuran PAS kerana MENIPU 22 JANJI & DAP bukan Jemaah Islam turut terima Doa Kehancuran ?

1 comments
Akhirnya muncul juga seorang ustaz yang mendoakan supaya menjatuhkan kepimpinan yang menipu dalam Pilihan Raya yang akan datang. Kalau diselidik kembali maksud ustaz ini bukan kepada Barisan Nasional kerana sudah pasti BN menunaikan Janji...bak kat Ustaz PAS 'BN Tepati Janji'

Tapi siapa yang menipu??
siapa yang berjanji tak tunai?? 
Siapa Kaki Key Chain??
Adakah puak PAS Kelantan yang menipu kerana tidak menunaikan JANJI??

SENARAI JANJI yang belum ditunaikan PAS Kelantan... 



Doa jatuhkan kepimpinan yang kaki MENIPU dalam PRU akan datang...Adakah PAS yang ditujukan..sama-sama kita nantikan....bukan itu sahaja, Ustaz tersebut juga mendoakan kehancuran Parti yang bukan jemaah Islam. DAP pasti akan rasa terkilan...malah sebelum ini juga Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa undi Parti selain PAS ialah JAHAT. 

Melihat akan perkara ini, Masyarakat berbilang kaum seperti Cina dan India pasti jelak dengan sikap angkuh PAS yang merasakan diri mereka terlampau SUCI sehingga mengatakan orang lain jahat dan hina jika tidak menyokong PAS. Pemimpin seperti ini perlu dijauhi kerana terlalu berpuak-puak. Selanjutnya..



HE : aku anggap jelah Ustaz tu doakan PAS dan DAP...tp makbul ke untuk kesusahan orang lain???kikiki..


Graduan Diploma Kelas Pertama @HanisZalikha Berterima Kasih Kepada PTPTN.

2 comments
Hanis Zalikha seorang mahasiswa UiTM yang dikurniakan Diploma Pengurusan Perniagaan Kelas Pertama telah melontarkan pendapat tentang PTPTN di laman blognya.

Budak genius seperti ini memang mempunyai sifat bersyukur kepada sesiapa sahaja yang berjasa kepadanya. Sebab itulah setiap ilmu yang dipelajari berkat. Hanis Zhalikha telah berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan PNGK 3.9. 

Mahasiswa yang rendah akal sahaja akan mogok berkhemah nak lari daripada bayar Hutang PTPTN. Aku rasa kalu kita buat research kepada semua mahasewel yang melepak dan bekhemah di dataran merdeka tempoh hari pasti tiada yang mendapat PNGK 3.9 seperti Hanis Zhalikha. Sebabnya mudah sahaja, ketika budak-budak mahasewel melepak, orang pandai seperti Hanis Zhalikha mengulang kaji pelajaran.

Jom kita baca luahan hati Hanis Zhalikha yang melakarkan ucapan terima kasih kepada PTPTN yang memberi pinjaman.

Hanis Zalikha
Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi? 
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!”Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN! - Hanis Zalikha

HE : untung budak2 sekarang..belajar pandai sikit PTPTN terus jadi biasiswa..kalaulah aku ada peluang belajar comfem aku akan belajar sungguh2...korang yang belajar ni sepatutnya kena berterima kasih kepada PTPTN..

Panas!!! Mahasiswa Lebih Rela Jumpa @Khairykj berbanding @rafiziramli?

1 comments
3000 orang mahasiswa hadir mendengar Rafizi membebel
Malam semalam telah berlangsungnya satu pertemuan mahasiswa UPSI bersama Rafizi Ramli di sebuah bistro berhampiran kolej kediaman UPSI. Aku dimaklumkan seramai 3000 orang mahasiswa UPSI berduyun-duyun hadir semata-mata mahu berjumpa idola mereka siRafizi. 

Berdasarkan jumlah kehadiran ini, ternyata mahasiswa UPSI lebih rela pulang kerumah untuk cuti semester bersama keluarga tercinta daripada menghadap muka Rafizi. Turut hadir bersama ikon mahasewel, Adam Adli. Kehadirannya juga tidak mampu menarik seramai mungkin mahasiswa UPSI mendengar Rafizi membebel. 

Mengikut perkiraan aku, seramai 30 orang yang hadir. Itu pun aku anggarkan paling tinggi..kalau ikut kiraan tepat tak sampai pun.

Rafizi yang sebelum ini telah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dengan alasan mahu banyak berehat sanggup memenatkan diri berjumpa berjuta lemon mahasiswa di UPSI. Sungguh besar pengorbanan Rafizi malam tadi.

Orang kata seteru Rafizi ialah Khairy Jamaluddin...

Pada 18 Jun yang lalu, KJ juga ada mengadakan suatu pertemuan bersama mahasiswa UiTM di Khulafa Bistro. Rafizi seharusnya jeles apabila melihat populariti KJ lebih hebat daripadanya. Anggaran aku seramai 100 orang mahasiswa hadir berbanding Rafizi yang mencatatkan kehadiran seramai 3000 orang mahasiswa UPSI.



SUMBER : LENSALOKA

HE : aku yakin populariti KJ lebih hebat daripada Rafizi 'Lembu'..aku dengar Mahasiswa UPSI jeles dengan Mahasiswa UiTM kerana KJ tak turun jumpa student UPSI..bolehlah KJ semak jadual untuk meluangkan masa bersama mahasiswa UPSI pula...kikiki

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA