networkedblogs

Bersahabat..

Rock OOO!!! Layan...

Tuesday, July 31, 2012

Kenapa Ramai sangat DISLIKE Trailer Tanda Putera ni?

1 comments

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Tayangan Filem ini yang dijangkakan pada 13 Sepetember ini akan ditunda pada hujung tahun ini...

Di sini aku nak respon sikit mengenai sikap masyarakat Malaysia..kita selalu tngok trailer2 di Youtube tapi kita tidak pernah rasa nak LIKE biarpun kandungan movie tersebut baik dan bermanfaat. Contoh mudah aku ambil klip trailer Tanda Putera..Jumlah view sudah menjangkau 63 ribu..jumlah DISLIKE 4 ribu dan Jumlah LIKE hanya dekat 4 Ratus???

Apa ni?kita tengok tapi kita tak ada sikap tanggungjawab untuk LIKE video tersebut. Filem tersebut merupakan penceritaan semula apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang membuatkan negara kita darurat..korang suka perkara itu berulang lagi ke?

Memang nampak bodoh sebab isunya hanyalah bilangan LIKE dan DISLIKE sahaja..tapi ini berkaitan dengan persepsi masyarakat dunia...masyarakat dunia tentu akan berfikir bahawa RAKYAT MALAYSIA suka peristiwa hitam itu berlaku...

Kalau korang rasa apa yang aku kata di atas ada betulnya jom kita pakat LIKE beramai-ramai..hebahkan kepada rakan2 yang lain..


HE : nampak bodoh tapi ini berkaitan persepsi...kita mungkin tak sedar...


Di sini aku nak promosikan satu buku versi internet yang aku rasa bagus...Kepada sesiapa di sini yang mahu dapatkan E-book Laporan Mageran iaitu laporan berkaitan dengan PERISTIWA 13 MEI 1969, sila download di sini: 

Kontrak Tudung Abby : Al-Humaira' Contemporary Keluar Kenyataan Rasmi...Troopers Bangang Pembangkang Pula Sakit Hati..

0 comments
Serius aku cakap model ni lebih cantik dari Abby
Kecoh betul puak pembangkang ni..aku pun naik pelik kenapa semenjak dua menjak Abby Abady sijanda ekspress jadi ustazah, Ostad2 PAS sayang gila kat dia bagai permata bagi puak-puak mereka. Dulu aku dengar dia join PAS sebab nak agama..tapi sekarang ini dia sudah jauh dari perjuangan asal untuk Islam dengan memusuhi UMNO ISLAM..

Dalam Islam tidak ada suruh Islam memusuhi sesama Islam...dalam UMNO semuanya ISLAM..korang fikirlah sendiri bagaimana Abby digunakan dalam politik rakus PAS sehingga dia ketagih dan taksub dengan PAS.

Benda yang aku nak kongsi di sini ialah penamatan kontrak tudung Abby Abadi oleh Al-Humaira' ContemporaryHari ini syarikat tudung Al-Humaira' sudah keluarkan kenyataan [SINI]. Jangan LUPA LIKE dan SHARE!!!

Antara sebab utamanya ialah Abby sudah tidak seperti dulu iaitu memberikan full komitmen. Benda ni kita tak payah tunggu dia jawab pun kita sudah tahu. Lihat sahaja penglibatan dia. Balik dari jumpa ustad PAS sudah tengah malam. Badan sudah letih macam mana nak bagi full komitmen kalau esok ada task. Allah pun marah orang yang tamak. Bagilah rezeki kt orang lain yang lebih layak dan cantik.

Sudah dapat kontrak naik pentas PAS lagi masyuk dari jadi duta tudung. Sebab lain syarikat tudung tersebut menamatkan kontrak Abby ialah kerana dia terlibat dalam politik. Syarikat tersebut mahu orang yang neutral. Jika Abby Abadi masuk parti DAP sekalipun dia tetap akan dibuang kerana Syarikat tersebut mahu orang yang neutral dan tidak serakah dalam politik macam abby.

Jom baca apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Syarikat Al-Humaira' Contemporary :
Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik, matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan. 
AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan... 
Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai... Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dlm bidang lakonan, pengacaraan dll. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yg telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu "matlamat" ini... 
Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis utk pembatalan kontrak drp pihak kami secara sah mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan utk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak... Artis tersebut yg membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dgn beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat utk berjumpa dan berbincang utk menamatkan perkara ini dgn baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kpd kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu mmg pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dgn beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yg sah secara baik mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak yg telah kami tandatangani. 
Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan drp pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dgn lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang utk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini utk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yg lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.
Lebih teruk dari itu, puak pembangkang yang tidak terima kenyataan buah hati mereka telah ditendang dari kontrak. Maka mereka mencipta agenda syaitan supaya memboikot syarikat tudung tersebut.

Agenda syaitan untuk hancurkan bisnes orang

162 Ribu LIKE page  https://www.facebook.com/alhumairacontemporary

Di bulan puasa ni aku nak tolong mempromosikan tudung dari Syarikat Al-Humaira' Cotemporary..Serius aku katakan, tindakan syarikat tersebut memang betul kerana :
  1. Penglibatan Abby telah mencalarkan imej Syarikat yang mahukan duta neutral
  2. Yang paling penting skali, model tudung yang Syarikat Al-Humaira' ada lagi cantik dari Abby Abadi..ni pengakuan jujur aku..
  3. Boleh pakai model dari syarikat tersebut untuk jadi duta dapat menjimatkan kos.
Model Tudung Al-Humaira' Contemporary lebih cantik, anggun dan menawan dari Abby











HE : mana lagi cantik?abby ke model tudung ni?model tudung atas ni muka manis je dan tudung pun comfem ramai orang nak beli...kalau yang tak setuju aku katakan model ni lebih cantik dari abby diam2 sudah..anggap je berbeza pendapat...

aku harap Syarikat Al-Humaira' Contemporary buang segala iklan tentang Abby Abadi..nanti xdelah dia meroyan nak klaim itu ini...

*Sebarang urus niaga sila rujuk https://www.facebook.com/alhumairacontemporary

Tamparan hebat buat pembangkang bila menuduh UMNO sesat, kafir, sekular..

0 comments
Aku sendiri memang benci dengan cara politik puak pembangkang yang mengatakan UMNO inilah sebuah parti yang hina dalam dunia. 

Seolah-olah mahu orang lain tahu yang mereka inilah sebaik-baik umat di Malaysia ini. sampai ramai artis yang telah bodoh kerana masuk PAS semata-mata mahu ISLAM...

Semalam aku ada nampak 1 gambar Abby Abadi memegang KAD yang tertulis 'Asal Bukan UMNO (ABU)'...tapi bila aku nak cari semula gambar tu malangnya telah didelete. inilah cara pengislaman PAS yang mana musuh mereka ialah UMNO...haha



#MERDEKA55 : Team Abstrax Jingga Tunjuk Mesej Merdeka Gaya Mereka!!!

0 comments
Selaku blogger suka-suka...aku terlihat suatu video grafiti memaparkan seni abstraksi di atas dinding..bagi aku tindakan mereka ini bagus sebagai seorang seni...

tujuan mereka buat cenggini aku rasa mereka mahu tunjuk rasa protes logo merdeka Rais Yatim ataupun mahu tunjukkan mesej patriotik..tu lantak pilah..asalkan mereka tak ganggu kenteraman awam...tak nyusahkan peniaga berniaga...

jom lihat video berjudul Abstrax Propaganda dari team   Abstrax Jingga...


APABILA ORANG SENI BERSUARA 
banyak cara apabila nak meluahkan apa yang terpendam dalam diri kita ni, macam aku suka bekarya menerusi fotografik dan pameran, disitu aku luahkan dan sampaikan mesej aku, ada orang buat tampal poster secara radikal di dinding2 dengan karya yang menarik agar orang lalu lalang dapat membacanya, ala ala iklan along la, menerusi pertandingan logo yang aku anjurkan adalah salah satu cara lain, bagi ABSTRAX salah sebuah team clothing kawan aku yang juga akan sama SPONSOR CAP kepada pemenang logo merdeka kukubesi bertindak melukis LOGO MERDEKA versi mereka di sungai klang kuala lumpur. 
tanpa fru, tanpa pak polisi , tanpa mengganggu kedai tepi jalan, tanpa ganggu lalu lintas, tanpa pengawasan sb, tanpa terjerit terlolong, tanpa berkhemah berhari2 macam takde rumah.... inilahnya caranya ORANG SENI BERSUARA. AKIL BALIGH 
WE WAR NOT ANT WAR  -Kukubesi Manipulasi

HE : gua sokong perjuangan lu...memang kreatip dan estetika...mantap!!!boleh ajar gua buat grafiti nanti..kikiki

Monday, July 30, 2012

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA lawan MANCHESTER CITY di iLIVE

1 comments


Kematian Syaleza : Dibunuh atau Mati Mengejut?

0 comments
Al-Fatihah
1. Polis Tahan Anggota Keluarga Syaleza

KUALA LUMPUR – Polis sudah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam tadi di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

“Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” kata Arjunaidi.

Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada 7 malam, selepas pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

2. Ketua Polis Selangor Sahkan Syaleza Mati Dijerut

Kamar Syaleza dikatakan tempat mayat mangsa ditemui
Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – BERNAMA


3. Apa Kaitan Status BBM Syaleza Dengan Kematiannya?

"Sabarlah duhai hati" status terakhir BBM
mangsa menjadi tandatanya
Syaleza ditemui meninggal dunia di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin. BERITA SELANJUTNYA SINI

Parti SIDE MIRROR kata Kerajaan Ikut Punggung Mereka...tak malu!!!

0 comments
Serius aku nak muntah bila baca kenyataan yang dikeluakan oleh akhbar macai Keadilan ni. Isunya ialah tukar logo. Mereka terus dengan riaknya mengatakan Kerajaan umumkan tolak logo baru kerana ikut telunjuk Pakatan Rakyat..puih!!!

serius perasan...sebenarnya Kerajaan akur dengan permintaan rakyat bukannya Pakatan Rakyat yang hina lagi jelik tu..suka sangat nak raih mileage percuma. Malulah sikit parti SIDE MIRROR oi!!! 

memang aku akui Rais Yatim ada tersilap fakta dan aku akui ramai pro gomen tak setuju logo itu..mereka tak setuju bukan kerana mereka ni pembangkang tetapi mereka ini prihatin dan pro ISU..bukannya pro PR..kena jelas tu...

aku pun ada tegur Rais Yatim..tapi aku bukan penyokong Parti Side Mirror...

jom tengok betapa riaknya dan pembohongnya macai keadilan daily ni..



Parti SIDE MIRROR

HE : bila kerajaan ikut rakyat depa pula kata kerajaan ikut punggung depa..puih...perasan

TERKINI: TMJ Keluar kenyataan Kemalangan WWW 1 hanya spekulasi.. cc @HRHJohor2

0 comments

Sebelum ini aku ada post entry mengatakan Kemalangan yang membabitkan WWW 1 Satria Neo hanya spekulasi SINI

berita terkini yang diterima TMJ telah keluarkan kenyataan. Rujuk di SINI


HE : Selamat menyambut bulan Puasa TMJ...


Sunday, July 29, 2012

Santai minda lihat telatah Polis & Tentera membuat kesilapan tidak diduga..

0 comments

Sudah hampir separuh perjalanan kita berpuasa di bulan ramadhan ni..

baru balik dari terawikh aku buka-buka link video dan aku terjumpa video lucu ini..

Jom lihat paparan video ini yang menunjukkan kesilapan beberapa askar dan polis luar negara yang tidak dijangka..




HE : Polis dan Tentera juga manusia biasa..dalam mereka mengawal keamanan dan keselamatan negara mereka juga tidak lari dari melakukan kesilapan..kerna mereka manusia biasa....hormati tugas mereka...caw!!! aku nak layan lirik lagu JANJI DITEPATI by Rais Yatim...kikiki

Gadis dibaham Unta Hidup-hidup...

0 comments

Kejadian pelik ini berlaku di negara arab yang mana seekor unta 'gila' menelan gadis hidup-hidup ketiga dia sedang membuat pemeriksaan kesihatan terhadap unta tersebut.

Gadis yang juga doktor haiwan itu mengalami sedikit kecederaan akibat tindakan gila unta tersebut. Untuk pengetahuan, unta merupakan haiwan herbivor yang mana hanya memakan rumput.

Lokasi kejadian dan identiti doktor haiwan tersebut dirahsiakan kerana ingin menjaga nama baik beliau dan negara tersebut. Hasil laporan mengesahkan Unta tersebut mengalami masalah mental..

@DrRaisYatim buat pusingan 'U-TURN' Logo Kemerdekaan..Adoiyai!!!

0 comments
Klik untuk besarkan...
Baru didesak sikit, kenyataan Rais terus berubah..sebelum ini Rais kata Logo Sambutan Kemerdekaan ASLI.. tak percaya tengok SINI..

hari ini dia buat kenyataan U-Turn dengan mengatakan tiada logo rasmi pulak dah...tak percaya tengok SINI

kita desak bukan nak menjatuhkan kau wahai Rais..kita desak supaya logo tu ditukar kepada yang lebih kreatif...bukannya kita suruh kau menipu dan mengelak..

apa salahnya mengakui kata "memandangkan rakyat mahu tukar logo..saya merasakan ianya perlu dilakukan"...cukup statement tu...

bukannya aku mahu kau U-TURN kenyataan kau..

Nah amek logo ni balik...


HE : aku menegur kerana aku rasa perlu ditegur...kalau puak pembangkang membangkang...depa suka blogger gomen hentam menteri...macam setanlah..dia kan suka bila 1 famly tu bergaduh siang malam..caw!!!

*misi ubah lirik lagu merdeka akan bermula...tiktoktiktok!!!

Agenda Yahudi Menjahanamkan Islam Akhirnya Kantol

0 comments

Mereka menyamar dengan mengenakan pakaian seorang pejuang Islam tetapi realitinya mereka hanya mahu nampakkan Islam itu ganas..bila imej Islam buruk akibat tindakan bangsat mereka maka masyarakat dunia akan label Islam itu ganas...

Padahal mereka yang berlakon..hati-hati dengan agenda mereka ini...mereka akan menyamar lebih Islam daripada Islam dan cuba menjahanamkan institusi masyarakat Islam dunia...

HE : Agak-agak di Malaysia ni ada tak?Anwar Ibrahim?kikikiki

FB Kesultanan Johor Menafikan WWW 1 terlibat kemalangan

0 comments
Dikatakan sebuah kereta mirip Satria Neo Sultan Johor WWW 1 telah terlibat kemalangan di lebuhraya PLUS berdekatan Yong Peng sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

No plat kereta kemalangan pun tidak kelihatan. Cuma yang nampak sama ialah kereta Satria Neo berwarna jingga dan warna sport rim.

Kelihatan ketika kemalangan ialah seorang lelaki yang berpakaian kerja (no 3)...mungkin ya dan mungkin tidak kerana imej tidak jelas.

Kita lihat dulu gambar kemalangan yang dikatakan KERETA SATRIA NEO SULTAN JOHOR.. 





FB Kesultanan Johor menafikan kereta tersebut ialah KERETA WWW 1..



HE : kenyataan nafi sudah dikeluarkan..jangan nak memandai2 buat finah..puak pembangkang suka kalau berita gosip mcm ni..sama-sama kita doakan mangsa tidak apa2...

Pocong Sebenarnya Manusia

0 comments
Meremang bulu roma nak buat entry ni..sejuk pun ada...padahal kipas buka tiga...jom baca...malas nak tulis panjang...


RAWANG – Pengunjung terutama pelancong asing di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching di sini didakwa sering diganggu lembaga misteri.

Kelibat lembaga dikatakan berpakaian putih seolah-olah hantu pocong itu menakutkan pengunjung dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah yang mencuri barangan pengunjung.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.

“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.

Perkara yang sama pernah berlaku pada empat tahun lalu tetapi selepas individu itu ditangkap oleh pihak berkuasa, ia kini timbul semula.

“Kami penduduk menggelar lembaga itu hantu pocong kerana dia berpakaian dengan menyelubung kepala sebelum meragut dan menyamun mangsa,” jelasnya.

Katanya, lembaga itu disyaki mereka yang mahir selok-belok hutan kerana menjadikan jalan hutan sebagai laluan keluar masuk.

Sumber: Kosmo On9

HE : Cilakok punaya penagih...kikiki

TERKINI!!! CADANGAN LOGO KEMERDEKAAN KE-55...

2 comments
Di sini aku nak perkenalkan 1 logo baru cadangan seorang rakyat Malaysia yang prihatin..hasil karya ini lebih elok daripada logo yang sebelum ini...

kalau Rais yatim PRIHATIN dia akan pertimbangkan...

karya blogger 1PELURU...

logo di atas ini bukan hasil cadangan yang pertama..sebelum ini juga ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah membuat logo cadangan yang jelas tidak berbayar...

karya rakyat Prihatin
Logo lama di bawah ini...agak-agak #yorais nak dengar tak pandangan aku ni?kikiki



HE : belum sejuk isu logo..keluar pulak lagu kemerdekaan yang tak ada sebut merdeka tu...adoiyai!!

Saturday, July 28, 2012

Indonesia Dibelasah 6-0 bila Malaysia guna 2 pemain ASING.

0 comments


Senarai pemain ASING yang MALAYSIA guna:
  1. Michel Kubala ( Perak ) 
  2. Ramez Dayoub ( Selangor )
HE : agak2 kalau Malaysia amalkan guna pemain ASING macam mana??haha

Ulama Muda UMNO imamkan solat bersama Tantawi PAS

0 comments

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Solat sebelum program debat antara Fathul Bari dan Tantawi telah diimamkan oleh Fathul Bari, Ulama Muda UMNO (ILMU). 

Dengar cerita kedua-dua pertemuan debat antara Tantawi dan Fathul Bari telah diimamkan oleh Fathul Bari sebelum acara bermula. 

Ini sebenarnya bukanlah isu yang besar..siapa sehaja boleh jadi imam asalkan ISLAM..

tapi yang jeliknya di sini ialah sikap PAS. mereka seolah-olah mengatakan bahawa merekalah yang paling suci dan masuk syurga...

Siapa sokong UMNO sesat kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC..MCA dan MIC tu kafir...kahkahakh..siapalah yang cakp macam tukan kalau bukan PAS PIS PUS....
"Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.."
(Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no. 19717) 
Dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala dua kali dalam sepekan. Yaitu pada hari Senin dan Kamis. Lalu Allah mengampuni dosa setiap hamba-Nya yang mukmin, kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan kepada mereka: tinggalkanlah dahulu kedua orang ini, sampai mereka berdamai."(riwayat muslim no: 4654)
HE : sokong UMNO bukan bererti kita ahli neraka dan sokong PAS bukan bererti masuk SYURGA kalau perangai macam setan...siapa kita hendak melabelkan seseorang itu sesat?fikir-fikirlah PAS... 

Minum seteguk cakap TQ KHALID...minum 2 teguk TQ Kerajaan Pakatan...

0 comments

Tu dia..satu lagi bukti Khalid Gagap kantoi...kata tak ada masalah krisis Air di Selangor..tapi kenapa lori bantuan air ni lalu kawasan perumahan Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan?

Lori 22 ribu gelen ni hanya untuk ronder2 jer..nak panas enjinlah katakan...sebab tu lalu kawasan perumahan..nak bagi air kt rumah ke rumah Khalid Gagap kata Selangor tiada masalah air...

Siap ada tulis BEKALAN AIR SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR...kahkahkah...

Ini lori KERAJAAN PR yang PUNYA!!!

Sesiapa yang minum air sumbangan Kerajaan Negeri Selangor patut Ucap terima kasih..setiap teguk cakap terima kasih khalid gagap..terima Kasih kerajaan negeri selangor..

HE : Rakyat Punya Duit....Kerajaan PukiR dapat nama..puih!!

Ubah Logo, Lirik Kemerdekaan Ke-55..Jangan jadi macam PAS...

2 comments

Sebelum ini aku memang serius tak puas hari dengan logo sambutan kemerdekaan ke-55 negara. Kalau nak baca rujuk SINI..Logo tersebut memang macam haram J...simple sangat..tukarlah logo tu kalau fikir Kerajaan sekarang ini kerajaan Rakyat..

tak guna dengar suara orang yang dah nak xpired tu..otak dia otak tua..macam dah tak ada darah baru kt Malaysia ni dah untuk buat logo..walaupun bukan situa #yorais yang buat logo ini tapi dia ada akaunabaliti untuk melulus dan mengarahkan logo ini diluluskan..

Janganlah buat logo selera tua macam u tu...aku rasa kalau buat sumbangan ikhlas design logo kemerdekaan pasti ramai yang akan hantar...mereka comfem tak minta duit...mereka rela penat daripada melihat logo selera tua tu dipakai utk kemerdekaan nanti...


Tadi masalah logo yang serius nampak tua. Ini bab lagu pula..aku baca setiap bait lagu ni serius sampai chorus je aku muntah...serius mengampu tahap gila babi..kita kalau dah berbakti kepada rakyat tak perlulah nak mention suruh orang sokong kita #yorais ..apa kelayakan Rais nak cipta lirik untuk lagu kebangsaan?

Lebih baik dia upah M. Nasir atau Aizat ke cipta lirik ni...bukan nk jadi pembangkang...ini lagu kemerdekaan tapi langsung tak ada 1 perkataan pun tulis MERDEKA ke 55...kan haram jadah namanya tu...ni lagu kemerdekaan lah Rais..bukannya projek kempen BN..kalau lagu ni digunakan untuk kempen PRU BN 13 ni serius aku setuju..tapi ni bab patriotiklah rais oi...



Kamonlah Rais kita ini BN..bukannya macam PAS..janganlah jadi macam PAS yang serius tak kreatif dan pemimpin tua gila jawatan sampai nak mampos..harap lepas ni kau berundurlah rais..ramai lagi darah muda BN boleh memimpin..kalau kau rasa nak jadi Ahli Parlimen lagi tu hak kau tapi kalau PM akan datang nak pakai kau sebagai menteri aku kata 'cukup-cukuplah'

logo PAS tak kreatif langsung...
HE : BN bukan macam PAS..kita harus lebih kreatif dari PAS!!!!ubah Logo....ubah lirik..

Pelik Tapi Benar : Kembar Siam Berkongsi Kemaluan dipisahkan di HKL

0 comments
Kelmarin HKL telah mencatat sejarah apabila berjaya memisahkan pasangan kembar siam yang berkongsi kemaluan..


Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat sejarah bidang perubatan apabila berjaya memisahkan pundi kencing dan kemaluan ketika pembedahan pemisahan pasangan kembar siam pada 14 Julai lalu. 

Ini kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan Muaiman Azli serta adiknya, Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang pertama dilaporkan di dunia. 

Hasil pembedahan itu, dua beradik yang sebelum ini bercantum pada bahagian pinggul, mempunyai tiga kaki dan berkongsi satu kemaluan, kini memiliki sistem saluran kencing dan kemaluan masing-masing. -Berita Harian 

Misteri Bas berada di tengah-tengah hutan tanpa laluan jalan raya...Hati-hati OSTAD PKR!!!

0 comments
Sebuah bas tiba-tiba berada di dalam hutan ketika sedang dipandu..cuba bayangkan kalau korang tengah memandu sorang2 tiba-tiba sedar je kenderaan korang berada di tengah hutan belantara..kejadian ini benar-benar berlaku di Jakarta, Indonesia..

Benda macam ini tak musatahil boleh berlaku..kalau tuhan nak kata jadi maka jadilah..

cuba bayangkan kalau korang berdua-dua bersama isteri orang di bilik hotel jam 3 pagi...tiba-tiba sedang sedap dok balun isteri orang...sedang syok membalun alih-alih ko sedar yang kau tadi berada dalam bilik hotel bertukar ke rumah isteri yang korang balun tu...

Allah maha kaya...kalau DIA nak tunjukkan bila-bila masa je..tak kiralah level korang tu OSTAD PKR ke apa ke...

nak bagi alasan kena pukul 20 orang pun mustahilkan...

jom baca cerita misteri ini...

Bas Sesat di Dalam Hutan
Jakarta: Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Tribunnews.com. – AGENSI

Friday, July 27, 2012

Blogger Prihatin : Bantu Saudara kita Rohingya [SEBARKAN!!!]

0 comments


Ketika umat Islam di Malaysia ghairah dilanda demam EURO2012 bulan lalu, umat Islam Rohingya di Myanmar terus menderita tanpa pembelaan sewajarnya dari dunia.

Penderitaan umat Islam Rohingya yang disembelih dan dibunuh sejak Jun yang lalu sebenarnya bukan perkara baru yang dialami oleh kaum minoriti di Myanmar itu. Malah ianya telah dilakukan sejak tahun 1942 oleh kerajaan junta Myanmar dan membunuh lebih 100,000 nyawa.


Mayat-mayat Islam Rohingya
 yang dibunuh kejam oleh etnik Rakhine
Ketika ini media antarabangsa tidak telus dalam melaporkan insiden rusuhan etnik yang tercetus di Myanmar di antara kaum Rakhine dan muslim Rohingya.

Kerajaan Myanmar pula terlibat dalam menyembunyikan kejadian sebenar yang menimpa nasib umat Islam Rohingya di sana sejak tercetusnya rusuhan sekitar bulan Jun yang lalu.

Akibatnya sehingga kini puak etnik Rakhine dilaporkan terus bermaharajalela dengan menjadikan Islam Rohingya sebagai sasaran termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan. Setakat ini dipercayai beribu jumlah umat Islam Rohingya telah disembelih dan dibunuh kejam oleh etnik Rakhine dengan bantuan polis dan tentera Myanmar.

Sehingga semalam angka korban akibat keganasan puak pelampau Buddha Rakhine ini telah mengorbankan lebih 2000 nyawa umat Islam Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita. 


Baca Selanjutnya SINI

Abby Abadi simpan hasrat untuk berlakon!!! kekal jadi Macai PAS selamanya selagi PR tak memerintah ?

0 comments

“Apabila kita berhijrah, ruang untuk kita berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PAKATAN RAKYAT perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah Islam.” – Abby Abadi SUMBER
Akhirnya Ustazah Janda Segera ni sedar pun yang dia takkan dapat peluang berlakon seperti dulu. Untuk pengetahuan Abby Sijanda Ustazah, produksi filem tak nak kamu bukan kerana KAMU itu ISLAM. Kalau aku produksi filem pun aku tak ingin orang macam kau berlakon dengan aku.

Bukan kerana KAU ISLAM tetapi kerana kau tu otak CETEK yang kemaruk sangat dengan PAS kau tu. Kau carilah dalam mana-mana ayat al-quran ada tak tertulis Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjanjikan SYURGA diakhirat kelak.

Aku tak kesah pun ko nak berubah jadi baik atau makin setan..yang penting kau lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Aku nampak kau sekarang ini macam diguna-gunakan oleh PAS.

Sedarlah ABBY...kembali ke pangkal jalan..bukan kembali kepangkal jalan lembah gelab kau!!tapi kembali kepada ISLAM yang sejati..kau dengar sikit abby, kalau betul PAS ni pejuang ISLAM yang SUCI comfem PKR akan bubarkan partinya dan ramai-ramai sertai PAS.

PAS gunakan kau tu untuk raih milage politik mereka sahaja..sekarang ini memanglah kau macam goreng pisang panas..macam bob lokman juga dulu...orang panggil ceramah sana sini..tugas bukan susah pun duduk celoteh pengalaman diri dan kutuk UMNO kata sesat dan kata PAS ni syurga bagai...

Aku tak nak sentuh ilmu agama kau..cuma aku nak tegur sedarlah janganlah terjebak dengan PAS lagi...masa depan kau belum tentu baik...

Dari kenyataan kau, yang kononnya artis PAS macam kau tak dapat peluang berlakun sudah membuktikan yang kau masih ada minat lagi dalam bidang lakonan..mengaku jelah Abby..tak perlulah nak spin macam-macam...

Kau lihat balik Cikgu Mala...dulu masa musim PRK Tenang dialah paling laris...dulu dia CIKGU tapi sekarang?apa dia dapat?kalau dia masih Cikgu aku yakin dia kerja senang jer..mengajar murid dan setiap bulan dapat RM 4-5K..tak payah kutuk maki parti UMNO...

Akhir sekali...sedarlah ABBY lepas PRU, ko tidak akan dapat peluang naik pentas macam sekarang....PAS guna kau tu untuk kempen PRU dia sahaja..bukan untuk ISLAM pun...

VIDEO Polis kejar penjenayah yang tak reti tengok CERMIN SISI!!! Macai PKR ke ni?!!!

0 comments

Sebelum ini aku ada dedahkan 'kebodohan' akhbar Macai PKR Suara Keadilan yang mempertikaikan kenapa KOMUTER tiada cermin sisi SINI. Ni dia bukti bahawa penjenayah yang tak reti tengok cermin sisi..depa tak tahu ke yang polis kejar atau buat-buat tak tahu?

Komuter yang tak patut ada cermin SISI dipertikaikan..tapi kenapa mereka tak nak spin cerita penjenayah tak tengok cermin sisi apabila dikejar polis?

Inilah sikap pembangkang..benda yang tk patut pun sanggup SPIN semata-mata mahu salahkan kerajaan.




HE : moralnya kalau dah keras kepala macam macai pembangkang..ada cermin sisi pun tak guna juga...PKR parti cermin sisi...kikiki

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA