networkedblogs

Bersahabat..

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta | Merdeka 57

Sunday, September 30, 2012

Biarkan BUKU Bicara Sendiri!! PR Kantoi Fitnah Lagi..Masih Ramai Buta Uhty!!!

0 comments

Pada 25 September yang lalu, portal rasmi milik PKR, keadilan daily telah mengeluarkan satu artikel mengfitnah YAB DS Najib Razak namun ianya sudah di tarik balik oleh portal rasmi PKR setelah di katakan di arah Nurul Izzah dan Tian Chua apabila di desak oleh seorang wanita yang bernama June Low.




Menurut maklumat yang di perolehi gambar bekenaan telah di curi oleh portal rasmi PKR dari salah seorang penyokong BERSIH yang bernama JUNE LOW melalui akaun twitternya setelah dimuat naik ketika berada di satu acara kesenian yang di hadirinya.




June Low (Kanan)

Menurut JUNE LOW buku berkenaan bukannya di hasilkan oleh kerajaan, ianya di hasilkan oleh seorang artis grafik di pertandingan seni grafik yang di adakan di Galeri Annexe di Pasar Seni pada 22 September lalu.

Mari kita lihat artikel yang telah di padamkan oleh portal rasmi PKR namun sempat di print screen sebelum di padamkan.







Ternyata dan terbukti media Pembangkang merupakan media penabur fitnah yang banyak menipu di dalam menyampaikan maklumat kepada penyokongnya.

Dalam artikel berkenaan yang di siarkan portal rasmi PKR, Che Gu Bard juga tampil memberi ulasan yang menghentam YAB DS Najib Razak, setelah di hubungi pihak portal terbabit tanpa Che Gu Bard menyelidik dahulu akan kebenaran kisah berkenaan.

Setelah beberapa hari berlalu, Che Gu Bard menyedari akan perkara yang di terbitkan portal rasmi PKR itu adalah berita yang fitnah, Che Gu Bard dengan segera telah membuat pemohonan maaf dan mengatakan ianya tidak di sengajakan di dalam blog miliknya.

Apakah pemohonan maaf dan memberi alasan tidak di sengajakan setelah menyedari ianya fitnah yang di lakukan portal rasmi PKR boleh di terima pakai ??

BACA SELANJUTNYA SINI

HE : bila dah bersalah sumer gelabah...PM tak tahu pun aku rasa..mereka dah carca merba...klu dah penyangak tu penyangak juga...nak cari salah BN ibarat makanan rugi puak2 haram jadah ni....gua hanya mampu kenyit mata dan caw!!!

BIAR GAMBAR BICARA!!! Penari Tiang Tunjuk Duit..Kaya dunia...

0 comments


HE : Apa kata anda?jadi cacai pembangkang pun tak kaya mcm ni..tabung tin milo pun kalah...kikiki

PANAS!!! Graduan Pendidikan Menganggur : @KhaledNordin, Jangan Cuba Cemarkan Imej @NajibRazak

1 comments
SUMBER
Graduan Pendidikan Menganggur yang dijangka akan mendapat berita gembira pada sesi pembentangan Belanjawan 2013 yang lalu hampa berikutan tiada pengumuman yang mengatakan graduan ini akan ditempatkan disekolah..

Dalam hal ini, aku tidak menyalahkan Perdana Menteri, Najib Razak kerana tidak mengumumkan tetapi individu yang harus dipertanggugjawabkan ialah Menteri Pengajian Tinggi, Si Khaled Nordin..

Walaupun aku menyokong Gomen, tapi tak semua perkara aku harus membodohkan diri untuk jadi pak angguk..yang betul kata betul..yang salah tetap salah...ini berbeza bagi puak cacai pakatan pembangkang..mereka tetap akan pertahankan dan mencari kesalahan orang lain walaupun sedar yang pembangkang ada buat silap...

Khaled dalam satu kenyataan di BERNAMA telah megeluarkan kenyataan bahawa :
Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini.... 
....."Apa jalan penyelesaian itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Politeknik Nilai (PNS) di sini hari ini. 
Menurutnya, semua para graduan berkenaan diharap bersabar dan menunggu pengumuman yang akan menentukan masa depan mereka. 
Ditanya sama ada mereka yang terlibat akan menerima berita gembira, Khaled berkata: "Mudah-mudahan".....
SEE!!! Hebat Pak Menteri ini mencanang berita yang dia sendiri tidak yakin graduan pendidikan ini akan mendapat penempatan...

Aku dapat tahu hal ini pun dari seorang bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sekarang ini menjual surat khabar ditepi jalan untuk membantu keluarga mereka...menurutnya, dia sudah menganggur selama 8 bulan dan 4 bulan selepas konvokesyen...(betul ke tak aku tak tahu..sbb ini yang diceritakan kepada aku...)

Melihat akan berita ini aku cuba mencari maklumat tentang Belanjawan 2013 yang diumumkan PM lepas...tapi malang..tiada 1 pun mengatakan Graduan Pendidikan akan ditempatkan di sekolah..kalau ada pun aklumat seperti berikut :


Sektor Pendidikan :

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Penempatan Guru :
* Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

Kebajikan Pelajar Sekolah :
* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman.

* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000.

*RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.

* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta.

* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.

* Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.

Pendidikan Pengajian Tinggi :

* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.

HE : lu tak payahlah Khaled nak banyak cakap...jaga lu punya Kementerian baik2 sudah...


*aku pun pelik budak2 ni....awatlah buduh sangat percaya dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi!!!padahal lu orang nk posting melalui Kementerian Pelajaran Malaysia...belajar tinggi-tinggi pun ada buduhnya juga yer...ahaks...klu korang tak mcm tu jangan nak marah..aku tak ckp korang...aku ckp yang buduh-buduh ni jer...

Kerajaan BN 'Payung' RM 200 Beli Telefon Pintar untuk Belia 21-30 tahun. #1M4U

1 comments


KUALA LUMPUR – Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata, pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

“Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib berkata, kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang menjadi perhimpunan belia terbesar negara sempena perisytiharan 2013 sebagai Tahun Kesukarelaan Nasional.

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5 juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas.

Najib berkata, dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonaliti tinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara.

Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golongan itu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.

“Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan 1Malaysia,” kata Najib.

Katanya, bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihan dan bimbingan.

Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50 juta, disediakan oleh SME Bank.

Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun. – BERNAMA

HE : jgn lupo!!!hok mano yang bujang lg tu pun dapat RM 250 syaratnya pendapatan RM3K kbwh!!..mantap BN KITO!!!

#Liverpool kenduri gol malam tadi!!!#BPL

0 comments

Tahniah Liverpool atas kejayaan anda memenangi perlawanan BPL pd minggu ini..

Perkara yang membanggakan pada perlawanan malam td ialah Liverpool merupakan 1 pasukan yang dapat jaringkan gol sebanyak 5 biji...

Selaku penyokong setia..biarpun apa kedudukan terkini..sokongan tidak pernah padam...

Esok klu sempat aku nk cari jersi Liverpool yang barulah..dengar citer penaja Worior hasilkan baju kain cotton...mcm best jer...haha

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tidak penting : Percubaan update blog guna BlackBerry

1 comments

Tidak ada apa makluman yang aku ingin kongsikan pada entry kali ini...ini hanya percubaan pertama aku update setelah email yang aku gunakan selama ini untuk update blog mengalami sedikit masalah..

Email tersebut tidak boleh masuk guna akaun blackberry..dan aku merasakan akaun aku seperti ada orang lain masuk dan membaca inbox yang dikirimkan..

Sebagai langkah berjaga-jaga..aku telah membuat akaun baru..nak tuduh puak pembangkang pun tak boleh sbb mereka ni 'buduh' dan tak pandai hack2 ni..kahkahkah!

Yang mereka tahu hanyalah cari salah UMNO dan sumpah seranah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 28, 2012

Belanjawan 2013 Tumpu Taraf Hidup Rakyat!!Nuar Gegey

0 comments
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Membentangkan Belanjawan 2013
di dewan Rakyat -Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini.

Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.

Daripada keseluruhan peruntukan RM251.6 bilion itu, sejumlah RM201.9 bilion ialah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2013, Najib berkata jumlahnya dianggarkan RM208.6 bilion, berbanding RM207.2 bilion tahun ini.

"Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisit Kerajaan Persekutuan akan berkurangan kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013, berbanding 4.5 peratus pada 2012.

"Ini menunjukkan kerajaan komited untuk terus mengurangkan defisit fiskal ke paras lebih rendah," kata perdana menteri.

Kerajaan memperuntuk RM232.8 bilion untuk Belanjawan 2012, termasuk RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Sementara itu, lima fokus yang diberi penekanan dalam Belanjawan 2013 ialah merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam; dan mensejahterakan rakyat.

-- BERNAMA

Thursday, September 27, 2012

Mengapa PR Pertahankan SUARAM?

0 comments


Apabila Suaram terdedah sebagai menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI), antara pihak yang paling gelabah dan bersungguh-sungguh membela Suaram ialah Pakatan Rakyat (PR). 

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seluruh rakyat telah pun maklum bahawa individu-individu yang menerajui Suaram adalah juga individu-individu yang berada di dalam PR. 

Justeru, masuk akallah apabila setiap apa yang diperjuangkan Suaram, dan setiap fitnah yang keluar dari mulut mereka adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN untuk digantikan dengan PR. Antaranya, memfitnah kerajaan dan kepimpinan tertinggi sebagai terlibat dalam rasuah dan pembunuhan dalam pembelian kapal selam. 

Kini, setelah Suaram terbukti menerima dana dari pihak asing maka tidak salah jika kita mengatakan bahawa PR juga menerima dana dari pihak asing. Ini kerana PR dan Suaram berkongsi ëjasadí dan ërohí yang sama, cuma memakai nama berbeza. 

Dengan fakta ini, maka seharusnya PR juga disiasat secara terperinci mengenai hubungan mereka dengan pihak asing. Apatah lagi, pihak yang menghulurkan dana tersebut iaitu NED dan OSI, masing-masing mempunyai kaitan dengan Zionis dan pedagang matawang, George Soros yang pernah mengakibatkan kejatuhan ekonomi terburuk di rantau ini pada tahun 1997/98. 

Walaubagaimanapun, berkat kebijaksanaan kepimpinan negara pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka Malaysia terselamat dari mengalami nasib yang sama dengan jiran-jirannya. Lanjutan dari itu, niat dan kegiatan Soros terbongkar malah beliau telah menerima kecaman hebat secara langsung serta digelar ëpenyangakí oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Akibatnya, Soros kini terkenal sebagai penyangak bertaraf dunia dan beliau tidak lagi dapat menafikannya. 

Serangan ekonomi oleh Soros dikaitkan dengan tindakan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Anwar Ibrahim yang semakin rakus ingin mengambil-alih kuasa tertinggi negara. Anwar, telah bertindak mengikut telunjuk barat melalui IMF dengan menaikkan kadar faedah pinjaman sehingga menyebabkan negara hampir bangkrap.

Difahamkan, tindakan Anwar tersebut adalah untuk menaikkan kemarahan rakyat serta ëmempercepatkaní pengunduran Tun Dr. Mahathir agar Anwar dapat menaiki takhta. Alhamdulillah, segala perancangan Soros dan Anwar tidak menjadi. Apa yang berlaku ke atas Anwar selepas itu, kini menjadi sejarah yang tidak dapat dipadam lagi. 

Nampaknya apa yang tidak dapat dipadamkan juga ialah hubungan yang telah wujud sejak sekian lama antara Anwar dan Soros yang masih berterusan melalui Suaram. 

Selain Soros, Anwar juga mempunyai hubungan yang rapat dengan NED yang merupakan satu daripada beberapa pertubuhan yang diwujudkan oleh Amerika/Zionis untuk menakluk dunia melalui apa yang dipanggil pertukaran rejim. 

Malah, Anwar pernah menulis surat dalam nada mesra kepada Carl Gershman, iaitu Pengurus Dana dan Presiden NED. Surat yang bertarikh 18 Jun 2007 yang ditandantangani oleh Anwar sendiri telah dihantar kepada Gershman beberapa bulan sebelum PRU-12, bertujuan untuk memohon bantuan NED untuk menghadapi pilihanraya. 

Antara cabang-cabang NED yang lain ialah National Democratic Institute for International Affairs (NDI), International Republican Institute (IRI), the American Center for International Labor Solidarity (ACILS) Center for International Private Enterprise (CIPE).

Selain itu, operasi ëpertukaran rejimí ini juga dibantu oleh International Federation for Human Rights (FIDH), Freedom House, Reporters Without Borders (US Chapter), HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International) dan semestinya, OSI (Open Society Institute).

Di Malaysia pula, selain dari Suaram, portal berita pro-pembangkang iaitu Malaysiakini juga disenaraikan antara penerima dana NED. 

AI, HRW dan Malaysiakini sememangnya terkenal dalam menyokong Anwar Ibrahim dan PR melalui kenyataan media, artikel-artikel dan berbagai-bagai cara. Manakala IRI pula pernah mengadakan bengkel pilihanraya untuk melatih PKR mengambil alih kuasa. Antaranya, IRI menyarankan pemakaian baju mengikut satu-satu warna pilihan bagi menggambarkan sokongan rakyat terhadap mereka. Untuk itu, kita dapat melihat modus operandi yang sama di Thailand iaitu baju merah dan di Malaysia pula baju kuning (BERSIH). 

Secara umumnya, strategi ëpertukaran rejimí ini tidak banyak berbeza di semua negara sasaran, iaitu mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan melalui kejatuhan ekonomi, memburukkan imej kepimpinan sedia ada sebagai diktator, korup dan kejam, memberi dana agar pemimpin boneka pilihan mereka berjaya memenangi pilihanraya ataupun jalan terakhir ialah pemberontakan agar pemimpin boneka mereka dapat mengambil alih kuasa melalui jalan belakang. 

Sehingga kini, mereka telah berjaya melakukannya di begitu banyak negara di dunia sejak bertahun-tahun dahulu dan yang paling terkini ialah Mesir, Libya, Tunisia dan Syria.

Sekadar peringatan untuk semua umat Islam, Al-Quran telah menyatakan bahawa musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi ini tidak akan senang selagi umat Islam tidak mengikut mereka. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila antara matlamat pertukaran rejim ini ialah selain dari ekonomi, mereka juga ingin memaksa semua negara di dunia menerima dasar liberal dan plural serta membelakangkan ajaran Islam. 

Ini terbukti dengan pendirian Suaram, HRW, OSI, AI yang semuanya mendokong hak asasi LGBT serta giat mengkritik kerajaan kerana menafikannya. 

Sekali lagi ditekankan, bahwa berdasarkan segala maklumat di atas yang telah pun menjadi pengetahuan umum, maka adalah wajar jika Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim juga turut disiasat bersama-sama Suaram dalam isu menerima dana asing. 

Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa PR membawa agenda asing, iaitu agenda Yahudi Zionis dan penjajahan cara baru iaitu melalui pemimpin boneka. Agenda ini tidak mungkin akan menguntungkan rakyat Malaysia, kerana ia berpaksikan kepentingan ekonomi barat semata-mata. Lebih dari itu, ia juga mendedahkan masyarakat Malaysia kepada risiko kehancuran budaya dan nilai-nilai murni kemanusiaan. 

Kesimpulannya, jika PR memerintah negara ini, akan bermulalah era kejatuhan Islam di Malaysia, iaitu satu-satunya negara Islam yang moden, maju dan aman serta berpotensi untuk terus mara menerajui negara-negara Islam lain ke arah kecemerlangan. -PISAU.Net

HE : SUARAM itu membawa suara pakatan RAKYAT dan bukannya membawa suara RAKYAT Malaysia.

BAJET 2013 : Bonus 2 Bulan Gaji Dalam Tuntutan -CUEPACS

0 comments


Tuntutan-Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam(Cuepacs) dalam Bajet 2013:

1. Menyediakan bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.

"Kita tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu kita harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini," 

2. Kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar 

"Harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000.

"Jadi, kita harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000," katanya.

3. Menaikkan Elaun Perumahan 

Omar berkata, elaun perumahan sewa bulanan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.


4. Ubah Status Kontrak kepada Tetap

Sementara itu, Omar juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.

5. Faedah Pinjaman Perumahan 1%

Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia.

"Kini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi kami mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Kita harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam," katanya.

Nazmi Faiz di FIFA 13 & Kejadian Pelik Sukan Bola Sepak

0 comments

Bola Sepak merupakan sebuah sukan yang utama di Bumi ini..boleh dikatakan bukan manusia kalau anda tidak pernah menonton siaran perlawanan bola sepak. Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah, anak tempatan kita Nazmi Faiz sudah berada di dalam permainan game FIFA 13..

Berita selanjutnya diperolehi di MYMassa
Inilah contoh anak muda yang boleh kita jadikan idola. Berapa ramai pemain bolasepak asia yang pernah didigitalkan secara teliti dalam permainan popular FIFA ini?!! Kini kita boleh berbangga kerana kita semua boleh merasai pengalaman menjadi Nazmi Faiz sendiri bermain untuk FC Beira Mar di Liga Eropah! 
Dan bagi sesiapa yang biasa main permainan FIFA ini, seseorang pemain dan pasukannya itu dapat dinaik tarafkan menjadi Juara dan Bintang Eropah, malahan DUNIA dengan kepakaran masing-masing! Jadi, inilah masanya untuk mengangkat seorang anak Malaysia sebagai pemain bolasepak terbaik dunia, walaupun hanya dalam maya. 
Apa lagi, jomlah pakat-pakat beli FIFA 13 sebelum kehabisan stok!
Gambar di bawah ini mungkin juga kita boleh kategorikan sebagai antara kejadian pelik berlaku dalam permainan bola sepak di dunia ini yang mana para penyokong tidak mengibarkan bendera Negara, Negeri atau Kelab sebaliknya bendera parti politik PAS

PAS FC ni..kikiki
HE : taksubnya puak ni...

Wednesday, September 26, 2012

Kenapa Tian CUAK Buang Gambar Anwar dan JET?

2 comments

BATU PAHAT 25 Sept. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet eksekutif bersama pemimpin pembangkang lain disifatkan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' kerana mereka telah bermewah-mewah meskipun belum menakluk Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu jelas bercanggah dengan prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang.

"Saya ada kawan yang ada jet peribadi. Dia 'parking' satu hari sahaja di lapangan terbang Taiwan tetapi perlu membayar RM50,000 dan ini tidak termasuk minyak dan sebagainya.

"Saya tidak tahu di Malaysia berapa bayarannya, tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan. Apakah tidak ada unsur-unsur kroni? Mungkinkah dia dapat projek besar di Selangor atau Pulau Pinang?" katanya.

Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas merasmikan Kolokium Pendidikan Batu Pahat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini hari ini.

Beliau berkata, Anwar wajar mendedahkan kekayaan sebenarnya dan adakah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli akan menghalang usaha mana-mana pihak membongkar nilai kekayaan itu?

"Selama ini Rafizi bertindak seolah-olah beliau seorang whistle blower. Sebab itu dia sanggup melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan ( BAFIA ) untuk mendedahkan akaun pihak lain.

"Jadi, adakah dia (Rafizi) bersetuju jika ada pihak lain atau mana-mana bank mendedahkan akaun Anwar atau isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail? Adakah dia akan memperkatakan ini melanggar akta BAFIA?" katanya.

Gambar kemewahan Pakatan menaiki JET yang dikatakan telah dibuang oleh Tiang CUAK...







HE : Anwar naik jet dan Bas mewah..Pas juga naik lori buruks jer...

Black Ops : Pro-M UM Buntu Taktik Menipu Kantoi..Nantikan Report POLIS ya!!

0 comments
Edipkoup dipukul oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta Kancil ketika beliau dalam perjalanan pulang dari Universiti Malaya ke kediamannya di seksyen 17. 
Akibat dari kejadian tersebut, Adikoup terpaksa menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan hanya dibenarkan keluar kira-kira tengahari tadi. 
Perkara tersebut didedahkan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen hari ini. 
Mohd Safwan berkata motorsikal yang ditunggang Edikoup dihalang kereta terlibat sebelum beliau diheret ke kawasan gelap. 
“Mangsa dihayun dengan topi keledar sehingga terjatuh dari motorsikal. 
“Kemudian dia dihentak pula di bahagian kepala, perut, badan dan lain-lain dengan topi keledar dan tidak cukup dia ditumbuk dan diterajang juga,” kata Safwan.-Selangorku .Anuar Ibrahim
Menitik air mata aku membaca laporan yang dikeluarkan oleh Selangorku...kesian sangat..Edikoup dikatakan dipukul dengan begitu teruk sampai sakit sakit..hahaha...

Cuba pejamkan mata..dan bayangkan bila anda dipukul 5 lelaki...kepala anda dihentak dengan topi keledar...dihentak di kepala..perut..badan..dan lain-lain lagi dengan topi keledar...tentu sakitkan..AUWWWW!!!yang hairannya budak EDIKOP ni keluar tak ada apa2..aku ingat dah koma ke bengong ke sebab otak bergegar...haha..

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh blogger 1 Peluru...dia dikatakan akan membuat laporan polis bahawa kejadian itu telah dirancang dan konspirasi dan taktik untuk menarik simpati orang dan masyarakat yang mudah percaya...

menurut 1 Peluru, maklumat tersebut diperolehi daripada geng-geng mereka sendiri yang TERLEPAS CAKAP...jom baca apa yang ditulis oleh blogger 1 Peluru di SINI

HE : PRO MENIPU utk raih simpati..puih!!!

Sunday, September 23, 2012

#ProMUPSI Kantol Cubaan Menipu Pelajar Tiada Manifesto!! Mereka CUAI!!!

0 comments
Landskap pilihanraya kampus UPSI pada kali ini agak melucukan apabila kumpulan Pro Mahasiswa yang diberi gelaran Mahasiswa Pendidik tidak berpuas hati kerana 6 calon mereka dibatalkan bertanding..puncanya hanya tidak menulis MANIFESTO di borang penamaan calon..ini membuktikan bahawa mereka tidak bersedia menghadapi pilihan raya kampus kerana tidak tahu MANIFESTO yang akan diperjuangkan..

Mereka mempertikaikan bahawa mereka dahulu tidak menulis MANIFESTO tetapi layak untuk bertanding..patutlah kita lihat bahawa calon pro m ini tidak berkaliberl sejak dari dulu lagi..manifesto pun tak tahu..inikan pula hendak memimpin..

Tindakan mereka ini ibarat pemimpin yang tiada wawasan..ingin merebut kuasa tetapi tiada hala tuju..baca pendedahan lanjut dibawah ini yang dipetik daripada blog DAILY UPSI...



TANJONG MALIM, 22 September - Enam mahasiswa pro-M yang dibatalkan pencalonan mereka semalam bertindak membuat laporan polis berhubung pembatalan borang pencalonan mereka semalam dengan mendakwa wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP ke atas mereka.

Menurut laporan blog UPSIkini, selain wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak HEP. Kumpulan 'Pro-Aspirasi Mahasiswa' turut ketandusan calon kerana rata-rata daripada calonnya terdiri dari pelajar diploma.

Pihak UPSIdaily cuba mendapatkan pengesahan di atas dakwaan yang ditimbulkan oleh Mohd Shukri dari Fakulti Sains Kemanusiaan dan lima calon pro-M yang lain kononnya tindakan membatalkan pencalonan mereka adalah salah dari sudut Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 merupakan satu hujah yang tidak tepat.

Hasil semakan peraturan pemilihan yang dibuat oleh pihak UPSIDaily, jelas tertera di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) yang mengatakan :


  • Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH.
Ini bermakna setiap calon yang ingin bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk Tahun 2012 wajib mengisi setiap ruang termasuk ruangan manifesto. Perkara ini jelas berbeza dengan borang pencalonan untuk sesi 2011 yang mana dalam ruangan manifesto pihak pentadbiran UPSI tidak mewajibkan bahagian tersebut diisi dan diletakkan dengan perkataan (JIKA ADA).

Muhamad Zafri Bin Zabidin,
Calon Fakulti Pengurusandan Ekonomi
Seorang pelajar Muhammad Zafri Zabidin dari Fakulti Pengurusan Ekonomi berkata, "mereka pada awalnya tidak berniat untuk membuat bantahan ke atas calon Pro-M, sebaliknya bantahan dimulakan selepas mereka melihat calon Pro-M mula mengambil borang bantahan, dari sinilah kami bertindak-balas dengan mengemukakan bantahan ke atas calon-calon mereka yang tidak melengkapkan borang penamaan di ruangan manifesto."

"Mereka menuduh pihak HEP sengaja membatalkan pencalonan mereka dan wujud unsur penyelewengan, jika begitu bolehkah saya pula menuduh pihak HEP juga terlibat dalam membantu calon Pro-M iaitu Wan Nur Atiqah yang memenangi kerusi Fakulti Sains dan Matematik selepas calon kami gagal mengemukakan bantahan kerana pada waktu tersebut beliau berada dalam kelas?".

"Dengan bertindak membuat laporan polis tanpa meneliti perkara 18 peraturan pemilihan, menunjukkan kepada mahasiswa UPSI yang lain bahawa pelajar pro-M terlalu naif dari segi perundangan, kerana gagal membaca dan membezakan di antara borang penamaan tahun 2011 dan 2012". tambahnya lagi.

*SELANJUTNYA DI SINI

VIDEO :Gempar #PRKampus!! Persatuan Jin dan Bunian gagal hasut pelajar UPSI?

0 comments



Pagi tadi telah berlangsung 1 perhimpunan oleh Persatuan 'Jin & Bunian' UPSI untuk berkempen menyelamatkan kawan mereka kerana tidak dibenarkan bertanding pilihan raya kampus kali ini.

Mereka berhimpun dan menyampaikan ucapan berbaur menerapkan kebencian kepada HEP..hairan juga aku, mereka langsung tidak menyampaikan MANIFESTO yang ingin mereka perjuangkan...

Sebelum ini 6 geng mereka telah dibatalkan untuk bertanding atas kecuaian mereka tidak menulis MANIFESTO di borang penamaan calon..

Mereka pada awalnya ingin menyampaikan memorandum bantahan kpd NC tetapi terlupa hari ini hari ahad..pejabat tutup..



Jadi mereka berarak seramai 50 orang tanpa disedari oleh mahasiswa UPSI yang lain..perkara yang melucukan berlaku ialah kehadiran mereka langsung tidak diendahkan oleh mahasiswa yang lain..mereka bercakap sesama sendiri

Ternyata mahasiswa UPSI menolak persatuan jin dan bunian ini..berceramah syok sendiri..kalau ada pun mahasiswa HALIMUNAN yang mendengar...

*perjuangan tanpa manifesto..sendiri cakap sendiri dengar...kikiki

JOM LAYAN VIDEO tadi.."Saya Ada TUNANG!!!" "TENGOK WAJAH SAYA!!!!" "Ni Nak cerita ni.."



HE : haha...boooo

Saturday, September 22, 2012

Mahasiswa Pro Pembangkang Bertanding Tiada Manifesto. #PRKampus #ASPIRASIMahasiswa

0 comments
Barisan Kem 'We Love UPSI' menunjukkan isyarat 'bagus' sejurus keputusan
calon layak bertanding diumumkan

TANJUNG MALIM, 22 September - Kem 'We Love UPSI' hari ini telah memenangi 22 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan pada hari penamaan calon petang tadi. Pro Pembangkang pula mendapat 1 kerusi percuma di Fakulti Sains dan Matematik apabila salah seorang calon 'We Love UPSI' yang akan bertanding di Fakulti tersebut menarik diri disaat akhir.

Kem 'We Love UPSI' menafikan bahawa penarikan calon disaat-saat akhir berpunca daripada masalah dalaman dan menghormati keputusan calon tersebut. 

Kemenangan calon Pro Pembangkang, Wan Nur Atiqah Bt Wan Mohamad Zamri di kerusi Fakulti Sains Matematik menimbulkan pertikaian kerana calon tersebut telah diiktiraf menang tanpa mengisi manifesto diruangan borang penamaan calon.

Wan Nur Atiqah, Calon Pro Pembangkang diiktiraf menang walaupun
tidak menulis manifesto di borang penamaan calon. [Klik untuk besarkan]

Menurut Fadhli Saad, jentera 'We Love UPSI', "sebelum ini 5 orang calon dari Pro Pembangkang telah dibatalkan pencalonan kerana tidak mengisi manifesto dan seorang lagi melakukan penipuan menulis tarikh tandatangan kelulusan dekan"

Baca Selanjutnya SINI

Thursday, September 20, 2012

TNC UPSI Kantoi Sokong PKR?

2 comments
Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) 

Blog UPSI DAILY telah mendedahkan bahawa ada TNC UPSI yang bernama Prof 'O' menyokong parti pembangkang. Hasil pencarian aku di google mendapati TNC Prof O yang dimaksudkan mungkin Prof Dr. Omar yang mana sekarang ini memegang jawatan sebagai TNC Akademik dan Antarabangsa. 

Di UPSI terdapat 3 TNC iaitu :
  1. Dato' Paduka Dr Junaidi bin Abu Bakar, Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
  2. Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  3. Prof Dr Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Blog Upsi Daily tidak menyebut siapa TNC tersebut tetapi telah mendedahkan nama PROF 'O'. Jika dilihat daripada senarai TNC diatas, tenyata hanya 1 Prof yang bermula dengan huruf 'O' dalam kalangan TNC di UPSI. Sama-sama kita nantikan jawapan daripada wakil UPSI...

Panas!!!seorang TNC dari UPSI dikhabarkan pro kepada PKR. Cerita ini diperolehi daripada cakap-cakap bekas MPP yang lepas. Bukan itu sahaja, ramai kakitangan UPSI juga mengadukan hal yang sama kerana tidak selesa dengan ideologi yang dibawanya. 
Prof 'O' dikhabarkan ada mengambil cuti untuk mengikuti siri ceramah Anwar Ibrahim. Dikenderaan miliknya juga terdapat bahan bacaan pro kepada parti pembangkang seperti Suara Keadilan dan Harakah. 
Jika benar dakwaan ini, pihak UPSI DAILY merasakan Prof 'O' harus menumpukan kepada kerjaya politiknya sahaja.

Jika dakwaan ini fitnah mohon Prof 'O' keluarkan kenyataan nafi dan membersihkan dirinya daripada dakwaan ini.
 
Seorang ahli akademik sepatutnya bebas daripada partisipasi politik. Dia juga dikatakan pernah mengeluarkan statement suka dengan penulisan UPSIKINI (blog Pro M) kerana sesuai dengan citarasanya.

Prof 'O' juga dikatakan lebih mesra dengan geng-geng Pro M..
HE : aku dengar ada calon PRO ASPIRASI Mahasiswa diugut?

Wednesday, September 19, 2012

Pro AM bakal lawan 3 parti Pro M? #PRKampus

0 comments

Proses pemilihan Majlis Perwakilan UPSI 2012/2013 sedang berlangsung. Seperti mana lazimnya berlaku di mana-mana universti, akan ada 2 kumpulan besar yang akan bertanding iaitu Pro ASPIRASI MAHASISWA (ProAM) dan Pro Mahasiswa. 

Semua sedia tahu bahawa kumpulan mahasiswa Pro Mahasiswa ialah anak emas parti Pakatan Raakyat. Apa sahaja agenda perjuangan mereka semestinya akan selari dengan perjuang Pakatan. lihat sahaja BERSIH Kampus, sama seperti BERSIH anjuran badan NGO tak nak mengaku mereka pembangkang...

Bukan itu sahaja, mereka juga dikatakan ada mendapat tajaan daripada parti pembangkang. Kesemua calon-calon Pro Mahasiswa mempunyai musuh yang sama iaitu anti kepada Kerajaan sedia ada. 

Dikhabarkan setakat ini, calon Pro Mahasiswa anak emas pakatn rakyat telah kalah dari jumlah bilangan pmbelian borang pencalonan...jumlah tepat tidak diketahui....

PRK UPSI kali ini agak sengit apabila ada calon yang membeli borang dikatakan akan bertanding 3 penjuru di beberapa kerusi UMUM dan Fakulti atas tiket BEBAS..calon-calon BEBAS ini dirasakan adalah strategi Pro Mahasiswa anak Pembangkang untuk memcahkan dominasi ProAM di UPSI. Jika benar ini berlaku, Pro Mahasiswa (Mahasiswa Pendidik, LMP dan BEBAS) akan melawan ProAM..di sini kita dapat ligat betapa terdesaknya mereka untuk mendapat kuasa....

Di kesempatan ini saya ingin kongsi satu maklumat tentang perjalan Pilihan Raya Kampus yang mana tarikh mengundi bagi UPSI pada 25 September ini...Esok ialah hari terakhir Borang Pencalonan dijual.


HE : dengar cerita ada individu berjawatan tertinggi dalam UPSI penyokng kuat PKR??nantikan...


Tuesday, September 18, 2012

BN tak pernah halang umat Islam tunai haji

1 comments

Alhamdulillah..musim haji datang kembali..di sini aku hendak ucapkan semua jemaah haji selamat pergi dan selamat pulang..tetapkan misi mahu dapatkan haji mabrur...pergilah haji...jika diberi pilihan memilih haji atau pilihan raya..harap tunaikan haji jadi keutamaan daripada PRU...

BN tak pernah halang umat Islam Malaysia tunai haji..jangan ikut fahaman parti politik di bawah ini..menuduh membuta tuli...

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober. 
Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti. 
“Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan. 
“Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah. 
“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya. 
Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah. 
“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya. 
Timbalan Pengerusi DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga tidak setuju PRU-13 diadakan pada musim haji kerana ia mengganggu urusan ibadah umat Islam. 
“Umat Islam sibuk dengan kegiatan agama pada musim haji, janganlah ditambah lagi dengan masalah PRU. 
“Walaupun tempoh berkempen adalah selama dua minggu, tetapi kita perlu lakukan persiapan sebulan lebih awal. 
“Kerajaan perlu fikir masak-masak sebelum umumkan tarikh PRU-13. Tidak pernah PRU diadakan pada musim haji ataupun bulan Ramadan. Saya berharap kali ini pun tiada. Kita perlu beri peluang kepada umat Islam untuk laksanakan kewajipan mereka,” ujarnya. 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya semalam mendakwa Umno-BN menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU-13 pada musim haji tahun ini. 
“Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. 
“Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.”


Monday, September 17, 2012

Video #PRKampus : Bersih Kampus di dataran Merdeka.

0 comments
Sebelum ini saya ada mengatakan bahawa himpunan Bersih Kampus yang dianjurkan di Dataran Merdeka ialah salah satu program yang diatur oleh pembangkang untuk mempengaruhi Mahasiswa menerima idealisma mereka.
Sigagap merapu...durasi 3:03-4:07
Untuk makluman semua, Mahasiswa Pro Pembangkang telah menang di UM pada penggal yang lepas.kemenangan mereka ini adalah melalui sistem E-Voting.jika pihak Universiti Malaya dikongkong oleh UMNO sudah pasti Pro Mahasiswa Pembangkang ini tidak akan menang pada PRK yang lepas..inilah cara mereka untuk menerapkan kebencian kepada kerajaan kononnya sistem Pilihan Raya Kampus yang akan diadakan di Kampus-kampus Malaysia adalah tidak telus...

Bila mereka menang tiada pula kedengaran bahawa Pilihan Raya Kampus tidak telus..jika benar sistem Pilihan Raya tidak telus makanya kemenangan Mahasiswa Pro Pembangkang di UM pada PRK yang lepas adalah tidak sah.

Artikel BERSIH KAMPUS boleh baca di SINI dan SINI 

Sigemuk merapu..durasi 1:53-2:20
Dibawah ini ialah sebahagian video yang sempat dirakam ketika perhimpunan Bersih Kampus di Dataran Merdeka kelmarin.


Sigemuk ni kata Unit Baru Media UMNO..sumpah aku kata ko pembohong..kahkahkah!!!

Sigemuk Panjat Pagar
Mahasiswa yang terlibat dalam Bersih Kampus semalam adalah mahasiswa yang sama setiap kali Mahasiswa Pro Pembangkang menganjurkan Perhimpunan Bersih Kampus. Salah seorang ialah budak yang pernah memanjat pagar UPSI pada malam tahun baru yang lalu...

HE : Mahasiswa Pro Pembangkang sememangnya biadap...

PANAS #PRKampus : Mahasiswa Pro Pembangkang UM Kantoi Cubaan Menipu!!!

0 comments

Iklan di atas ini telah dikeluarkan oleh kumpulan Mahasiswa Pro Pembangkang Universiti Malaya yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro Mahasiswa UM. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, Mahasiswa Pro Pembangkang telah mempromosikan iklan Debat Perdana ini tanpa persetujuan Marwan iaitu Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM.

Edikop ketua Mahasiswa Pro Pembangkang UM telah nekad menetapkan tarikh walaupun Marwan meminta Edikop menunda tarikh tersebut disebabkan pada tarikh 18 September tersebut dia ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Apa yang dikesalkan, puak Mahasiswa pro Pembangkang ini memandai-mandai menaikkan iklan tanpa persetujuan kedua belah pihak. Mereka berharap dengan cara ini dapat menjatuhkan populariti Penggerak Mahasiswa UM yang sekarang ini mendapat sambutan baik oleh mahasiswa UM sendiri.

Penipuan terancang Mahasiswa Pro Pembangkang UM ini akhirnya didedahkan oleh blogger Brader Jai 

Di bawah ini saya paparkan perbualan antara kedua pendebat ini melalui pesanan teks BBM




















HE : tanpa persetujuan mereka memandai-mandai paparkan iklan..cubaan mengaibkan peribadi sebegini bukan cara mahasiswa yang matang...Mahasiswa Pro Pembangkang UM kantoi!!!

"Mantap Penggerak Mahasiswa UM"

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA