networkedblogs

Bersahabat..

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta | Merdeka 57

Friday, January 4, 2013

2 PAM Air Rosak Menyeksakan Setengah Juta Rakyat Selangor!!! #IsuAirSgor


Inilah malapetaka yang harus ditanggung oleh rakyat Selangor kerana mempunyai pemimpin yang kaki penipu dan putar belit. Khalid dan kerajaan SELANGORKU lantang menipu Rakyat mengatakan bahawa Air di Selangor sentiasa cukup..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga...Sepandai-pandai Khalid menipu akhirnya kantoi juga...

Masalah baru yang dihadapi oleh rakyat Selangor ialah kerosakan PAM air di rumah PAM Wangsa Maju dan Pudu Hulu.

Sebelum ini hanya PAM di Wangsa Maju sahaja rosak tetapi kini dua pam pula rosak..

Puncanya adalah PAM tersebut terpaksa digunakan secara maksima untuk menyedut air bagi menampung penggunaan air rakyat Selangor yang semakin meningkat..

Hendak bina Loji Rawatan Air Langat 2 menambah sumber air bersih di Selangor, Khalid tak bagi...

Sekarang PAM Air di Rumah PAM Wangsa Maju dan Pudu Hulu pula rosak...

Bermacam-macam bencana menimpa rakyat Selangor...kalau isu sampah boleh ditahan lagi..tapi ini masalah air tiada...sumber keperluan utama isi rumah..ia sudah tentu menyusahkan rakyat...


Apa guna Khalid bagi air PERCUMA tapi bekalan air sentiasa terputus...PERCUMAnya tak seberapa tapi rakyat terseksa angkara MB Khalid yang angkuh dan bebal...

Sebelum ini PAM air di Wangsa Maju baru sahaja dibaiki daripada rosak..kini masalah yang sama berulang lagi...malah PAM lain juga turut menerima nasib yang sama berikutan mesin tersebut terpaksa beroperasi lebih tahap kemampuannya....

Kerosakan 2 PAM ini telah menyeksakan 107,760 akaun pengguna yang mana melibatkan kesengsaraan setengah juta isi rumah di Selangor...

Antara kawasan tersebut ialah Flat DBKL Dato’ Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, Jupem, UTM, Felda, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.

Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.

Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung Lembah Jaya.

Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.

Terlalu banyak dosa yang telah Khalid lakukan sehingga menyeksakan anggaran 500,000 orang pengguna...Rakyat yang tidak berdosa terpaksa menanggung sengsara akibat tindakan Khalid yang masih berkeras untuk tidak membenarkan Loji Rawatan Langat 2 dibina..

Apa yang aku ingin katakan ialah apa guna kita dapat air free yang tak seberapa tapi kesengsraannya lebih perit dari itu..sama-samalah kita berdoa agar rejim yang kejam ini dapat ditumpaskan...Allah tidak suka pemimpin yang riak, bongkak dan memikirkan keuntungan peribadi sahaja...


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA