networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Wednesday, January 9, 2013

Akhirnya Mak Lampir Salah Kerajaan Khalid!!! Salahkan Syabas Suatu Kewajipan #IsuAirSgor...Kahkahkah!!!


Akhirnya Mak Lampir ni mengaku juga yang Kerajaan Khalid gagal menyelesaikan masalah air di Gombak dan Ampang dalam masa 10 hari...

Dia terpaksa menyalahkan kerajaan Khalid dalam keadaan ini supaya rakyat tidak menyalahkan dia dalam hal ini...biarlah Rakyat nak maki hamun Khalid..asalkan imej Mak Lampir di Ampang dan Gombak terbaik!!!

Apa tidaknya, kalau tak menyalahkan Kerajaan Khalid maka mak cik-mak cik yang mengalami masalah untuk memasak, membasuh baju tidak akan mengundi dia kerana kebodohan Pakatan Rakyat dalam menangani masalah Air disebabkan tidak mahu membenarkan Loji Langat 2 beroperasi..

Di samping menyalahkan Khalid, dia perlu menyalahkan SYABAS kerana ini game plan dan merupakan satu KEWAJIPAN dalam Pakatan Rakyat di Selangor...

Salahkan Khalid tu hukumnya SUNAT jer supaya rakyat undi dia pada PRU akan datang...

Salahkan Syabas adalah satu KEWAJIPAN sebagai ahlol tolol pakatan rakyat....

Kita nampak jer dia hentam Khalid..tapi sebenarnya dia hanya geli-geli jer dengan Khalid supaya menampakkan Mak Lampir ni rasional dalam segenap isu....

Tapi untuk SYABAS dia gigit kuat-kuat...Dia mendakwa SYABAS tidak bertanggungjawab kerana menyediakan kemudahan yang sangat buruk sehingga pam di Wangsa Maju rosak.

Sebenarnya punca utama kerosakan PAM di Wangsa Maju adalah kerana PAM tersebut terpaksa mengepam lebih dari tahap keupayaannya. Jadi jika sudah mengepam melebihi had maka ia akan menyebabkan PAM tersebut rosak.

Mengapa mengepam lebih dari tahap kemampuan asal?

Apa yang terjadi sekarang ini, pam Wangsa Maju hanya mampu mengepam air sebanyak 170 juta liter sehari berbanding dengan waktu biasa iaitu 210 juta liter sehari.

Sebenarnya, untuk kawasan Wangsa Maju air terawat cukup melalui pembekalan Loji Air Wangsa Maju.

Mak Lampir ni takkan tak tahu yang Pandan dan Gombak termasuklah kawasannya Ampang sudah banyak kawasan perumahan dan banyak bangunan sudah naik...sebab itulah dia tergla-gila sangat sewa berbagai jenis kereta untuk round kawasan...

Antara sebab mengapa Mak Lampir ini beria-ia sangat meroyan adalah kerana kawasan penggundinya sedang melarat kerana ketidakcukupan air disebabkan pertambahan penduduk/pembangunan.

Masalah ini semakin melarat ditambah pula tidak ada sumber air baru di kawasan tersebut, jadi kawasan yang kurang air terpaksa “pinjam” air daripada kawasan yang ada air lebih sikit.

Itu lah yang dilakukan oleh PAM kat Wangsa Maju tu selama ini, “dipaksa” untuk bekerja lebih ditahap maksima. Sekali dua mungkin tidak menjadi masalah tapi kalau bertahun-tahun dipaksa berbuat demikian, satu hari nanti booster mestilah collapse.

Kekurangan bekalan air memaksa PAM tersebut beroperasi lebih dari tahap biasa bagi mencukupkan jumlah purata air sehari sekitar 210 juta liter. Mak Lampir ada tanya tak berapa kapasiti PAM itu. Jangan terkejut nanti bila dapat tahu…

Jika PAM tersebut tidak mampu menyediakan jumlah air 210 juta liter, yang memang dah nak dekat dua kali ganda kapasitinya,maka kesannya akan menyebabkan rakyat Selangor mengalami kekurangan bekalan air.

Permintaan air bersih semakin meningkat memandangkan jumlah penduduk semakin bertambah..

Setakat ini, menurut Pengurus Unit Perhubungan Awam SYABAS Norhaslina Ibrahim, kita kekurangan bekalan air 40 juta liter sehari, walaupun PAM sudah beroperasi terlebih kapasiti.

Kalau nak ikut lojik akal, memang patut pun PAM tersebut mengepam dengan lebih keupayaan sebenar. Sebabnya bekalan air memang tak cukup sekarang ini. Bagi menampung bekalan kehendak pengguna iaitu 210 Juta sehari maka terpaksalah pam tersebut beroperasi melebihi tahap sebenar..

Perkara ini tidak akan terjadi jika loji rawatan air langat 2 ada. Kerajaan pusat memang sudah menjangkakan yang perkara seperti ini akan berlaku...Tapi malangnya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memandang remeh cadangan ini.

Mak Lampir ini tidak habis-habis menyalahkan SYABAS kerana kerosakan tersebut...benda nak rosak nak buat macam mana...punca kerosakannya pun sebab kebebalan Khalid juga..

Buat pengetahuan Mak lampir yang tak ada otak, isu utama ialah kadar pengeluaran air memang tidak mencukupi..bagi meningkatkan kadar pengeluaran air, maka PAM tersebut perlu beroperasi di tahap maksima...

Baru nilah Mak Lampir nak salahkan Kerajaan Khalid...Mengapa selama ini Mak Lampir tidak menyalahkan Khalid yang membekukan CAPEX Syabas?

Pembekuan ini sebenarnya menyebabkan paip yang sudah usang sering bocor...jika bocor maka pengeluaran air NRW akan meningkat...Bila sering bocor, maka rakyat derita sering mengalami masalah air...itu puncanya pembekuan CAPEX yang dilakukan sendiri oleh kerajaan Selangor...

Ke ni memang agenda tersembunyi supaya Syabas menyerah kalah akhirnya dan jual diri kepada Kerajaan Khalid.. Boleh lah dapat harga murah yang dia nak sebab dah tak effisyen.

Mengenai PAM rosak ini pula, semuanya gara-gara kekurangan bekalan air kerana permintaan semakin meningkat di sebabkan pertambahan jumlah rakyat di Selangor memerlukan air yang banyak. 

Maksud kekurangan air yang Syabas cakap selama ni ialah air yang ada tak cukup untuk diagihkan kepada rakyat dengat bahasa mudahnya air kurang, rakyat lebih. Bukannya kurang air kat empangan tu..

Di sebabkan perkara inilah, Selangor memerlukan loji baru seperti Langat bagi menambahkan sumber air...

SYABAS tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana PAM tersebut TERPAKSA beroperasi melebihi had sebenar berikutan krisis kekurangan air di Selangor...jika PAM tersebut tidak beroperasi melebihi tahap sebenar maka rakyat Selangor akan mengalami kekurangan bekalan air.


HE : Kerajaan Khalid harus disalahkan kerana tidak membenarkan Projek Langat 2 dan membekukan Capex Syabas...

3 comments:

Anonymous said...

kalau dah biasa buat kerja tanpa peraturan, susunan dan jadual, nilah jadinya.

Anonymous said...

kaya mak lampir ni.admin betul ker dia banyak kereta mewah?dia ni dulu kantoi curi dewan di kawasan perumahannya..dedahkan yang itu admin

Anonymous said...

Kalau dah bebal tak nak mengaku ni lah jadinya... Tamak & nak tunjuk hebat memerintah. Lepas tu tuding jari kat org lain...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA