networkedblogs

Bersahabat..

Rock OOO!!! Layan...

Monday, January 14, 2013

Anak Muda boleh Mohon Lesen B2 Hanya RM 199 Sahaja.. #KL112 #HKR112 Xde Manfaat Pun!!! @KhairyKJ #BNBagus !!!


KUALA LUMPUR, 14 Januari : Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) YB Khairy Jamaluddin hari ini memperkenalkan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) yang bakal memberi manfaat buat 500,000 golongan belia untuk memiliki lesen memandu kelas B2.

Dalam sidang media dan Majlis Perlancaran Laman Web www.bl1m.my di PWTC sebentar tadi, Khairy Jamaluddin berkata :

"Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda. BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, dengan meringgankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan."

"Pendek kata, anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri, dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti."

"Manfaat program BL1M amat luas; ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan, bahkan juga jalan awam."

"Mesej dari Pemuda BN sememangnya jelas: Kami mengutamakan keselamatan anda, dan akan berusaha ke arah pencapaiannya. Inisiatif BL1M ini merupakan salah satu daripada 10 usul yang digariskan di Perhimpunan Agung UMNO; kami sedia memenuhi janji membela rakyat."

Di bawah program BL1M, pemohon lesen kelas B2 tunggal (250cc ke bawah) berwarga Malaysia dan berusia 17 hingga 40 tahun hanya dikenankan bayaran yuran sebanyak RM199.

Ia meliputi pemohonan lesen serta tangkapan gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang berkomputer dan ujian praktikal di institut memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ.

Pada masa ini, kos purata untuk memohon lesen B2 dan menjalani kelas latihan serta ujian-ujian yang ditetapkan sebanyak RM380. -MyMahasiswa

http://mymahasiswa.blogspot.com/2013/01/bantuan-lesen-1-malaysia-bl1m-peluang.html?m=1

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA