networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Wednesday, January 16, 2013

Anwar Bercakap Tentang #IsuLynas..Tiada Fakta Tapi Cacai Percaya...


Gambar di atas ini membuktikan yang pencacai ini hanya pandai cakap tapi nak realisasikan memang tidak.. mereka yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar tapi dok bakar sampah tu buat apa...ibarat si penagih dadah kempen jauhi dadah...tup-tup bila balik rumah hisap dadah..

Semua ni berpunca daripada ketua penipu si Anwar..dia ni memang pandai cakap...bak kata orang kalau dia jual aiskrim di kutub utara atau selatan pun orang boleh beli beb...nilah kelebihan si Anugerah Omega ni...bila bercakap kalau tak menipu tak sah...dia ni kelulusan pun takat Ijazah Sastera sahaja ada hati nak cakap pasal Lynas bagai..

Dia kata masa #KL112:
"Business cannot outweigh environmental safety, which is why protecting the safety of the people of Kuantan cannot be an after thought. KL112 says 'No' to Lynas," – Anwar Ibrahim
Puak cai cepat sangat berkerumun percaya..Time nilah depa nak salahkan Kerajaan BN yang Nadir Bumi Lynas ni bahaya...heran plak..dulu takde plak paksa suruh tutup kilang Shin-Etsu (M) Sdn.Bhd di Shah Alam yang gunakan nadir bumi buat magnet

Anwar ni kalau cakap 10..1 pun aku tak percaya...

Buat pengetahuan Cai Makan Dedak Pakatan, LAMP menggunakan standard antarabangsa, dan mereka telah mengesahkan dan menggunapakai sepenuhnya standard ini sejak dari mula lagi. LAMP memenuhi peraturan-peraturan kesihatan, keselamatan dan persekitaran yang antara terketat di dunia yang mana turut disahkan badan tertinggi dunia IAEA!

Pernah tak depa fikir yang syarikat-syarikat terkemuka dunia yang guna nadir bumi hanya akan menerima bahan yang disahkan selamat dan memenuhi standard yang mesra alam. Mereka tidak akan mengguna bahan dari Lynas kalau Lynas tak memenuhi standard dan piawaian alam sekitar yang ketat!

Ini buktikan bahawa bukan sahaja bahan yang diproses Lynas selamat, segala proses yang terlibat pun diiktiraf selamat!

Tujuan Anwar hanya mahu mewujudkan sentimen bagi menakut-nakutkan rakyat Kuantan dan Malaysia tanpa menjelaskan bukti yang kukuh..Sedangkan Fuziah sendiri pun tak mampu membuktikan fakta yang kukuh tentang Lynas...dia hanya mampu merakam video bodoh yang tak ada apa-apa nilai pun.tapi yang peliknya ramai pencacai percaya dengan tidakan bodoh Fuziah ni...Sehingga kini, kumpulan SMSL & Pakatan Rakyat memburukkan Lynas dan kerajaan pusat dengan menuduh Lynas membahayakan penduduk Kuantan tetapi gagal menyokong tuduhan tersebut dengan bukti kukuh.


Berbalik cerita tentang Lynas, Nadi Bumi ini diperlukan bagi memproses kompnen-komponen elektronik..Hasil nadir bumi inilah kita akan dapat menikmat peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti model-model IPad, S3 dan berbaga lagi model canggih telefon...

Pada ketika ini, China telah mengehadkan jumlah nadir bumi untuk dieksport ke luar negara..Kesannya akan ditanggung oleh pengilang-pengilang besar yang menghasilkan teknologi. Khususnya Jepun, mereka sangat terkesan dengan tindakan tersebut...Dengan jumlah nadir bumi yang mereka import dari China berkurangan dari 90% kepada 34% nadir bumi.

Di sebabkan perkara ini, Jepun contohnya sedang mencari alternatif sumber nadir bumi dari negara luar seperti Australia, Kazakhan, India mahupun Malaysia. Ini membuatkan ekonomi perniagaan nadir bumi ini sangat berpotensi dan pasaran yang amat besar...

Aku yakin yang Anwar sendiri pun menggunakan model telefon bimbit yang canggih jadi buat apa dia hendak bising...

Anwar memang pandai memutar belitkan cerita..Kerajaan selama ini telah melakukan bermacam-macam untuk memastikan Lynas ini selamat di Malaysia..malah mahkamah turut membuat keputusan bahawa Lynas boleh beroperasi selepas proses pemeriksaan ketat oleh Atomic Energy Licensing Board (AELB), dan International Atomic Energy Agency (IAEA) sebelum boleh menerima Temporary Operating Licence (TOL), Hasil daripada pemeriksaan yang ketat ini IAEA merumuskan bahawa Lynas mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, malah mengiktiraf Lynas boleh menjadi contoh dan menyumbang kepada perkongsian pengalaman di peringkat antarabangsa.

HE : Hok mana yang mudah sangat kena kencing cakap Anwar tu baik tengok video ini dan muhasabah diri...




SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA