networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Thursday, January 3, 2013

Bekalan Air Cukup Di Selangor Punca PAM Rosak? Hahaha


Baru je LUAS puji Khalid kata bekalan air di Selangor cukup sehingga 2030 dah kantoi lagi yang masalah air tetap berlaku di Selangor. Apa nak jadilah dengan Khalid dan kroni dia ni...

Dia puji LUAS kata mereka pandai urus air dan LUAS pula backup Khalid kata air cukup sehingga 2030..

Tup..tup..kantoi lagi bekalan air tetap tak cukup di Selangor...kelakar gila sigagap ni...

Mana perginya Teknologi Mambran tu?

Apa lagi gunakanlah..sedut air longkang dan loji taik tu...bagi Khalid punya rakyat minum...Aritu bak beria LUAS keluarkan data kata semuanya ok..

Depa kata paras empangan baik dan akan meningkat...kata air sungai mampu alirkan air ke empangan bagai tapi apa yang terjadi mesin pam pula rosak di Wangsa Maju sebab terpaksa pam air lebih untuk tampung permintaan penduduk yang semakin meningkat...

Hahaha...

Kalau sumber air ok kenapa pula SYABAS terpaksa pam air secara radikal? pam tu akan digunakan secara paksa untuk mendapatkan sumber air..tak denya kalau sumber air cukup pam tu nak guna secara maksimum..

Apalah nak jadi dengan MB sorang ni..ada saja alasan...orang nak buat Loji Langat 2 dia tak bagi...Khalid kata semuanya tak ada masalah kalau penstrukturan semula berjalan lancar...penstrukturan gagal...CAPEX pula nak bekukan..lucu gila...

Ni dekat 90,000 rakyat Selangor di 82 kawasan terpaksa hadapi masalah bekalan air kerana rumah pam di Wangsa Maju gagal berfungsi...

Alahai kesian aku tengok kat pengundi Gombak dan Ampang di Jalan Ampang, Bandar Baru Ampang, AU1 hingga AU5 Keramat dan Wangsa Melawati. Malah turut jadi mangsa pengundi Kampung Kemensah, Pinggiran Ukay, Ukay Heights, Desa Setapak, Kampung Ampang Campuran dan Sri Rampai.

Ni semua salah Khalid...dia kata sumber air ok...sumber air oklah puncanya sampai PAM di Wangsa Maju rosak kerana terlebih guna untuk pam air...

Punca berlaku masalah ini bukan dari UMNO...tapi dari Khalid sendiri kerana beroperasi secara melebihi kapasiti bagi menampung permintaan bekalan air dari pengguna Kuala Lumpur dan Gombak.

Kalau kepala takuk dia guna secara paksa untuk PAM 5-10 round 1 malam pun boleh bengkak beb..haha…inikan PAM air yang dibuat manusia...

Aku yakin ada je alasan dia nak mengelak dari Loji Langat 2 di bina...dahlah bagi macam-macam alasan...ni sanggup menipu plak tu...dah tua-tua tu ingatlah kubur...nak tergelak aku ingat balik statement dia kalau Loji Langat 2 beroperasi maka harga air akan mahal...kalau cucu dia nak tipu tu bolehlah..ni rakyat ko lah Khalid woi...

Orang dah makin bijak...

Masalah Paip pecah sebab CAPEX tak luluskan ko kata bukan ko yang gagalkan...selidik punya selidik kantoi yang memang ada surat suruh beku CAPEX tu..ada jer nak belit si Khalid ni…

Ko ni sebenarnya tak pandai memerintah..serius aku cakap…aku dengar ko sebagai MB pun kena tengking dengan ADUN sendiri..betul ke?? Mesti terkencing dan tergagap-gagap nak bagi alasan lepas ni…nak je aku jentik kepala ko..haha….

Dah menyusahkan lori plak nak hantar air...kalau ko setuju bina loji langat 2 komfem PAM tu tak rosak...haha


HE : Padan muka!!! tulah menipu lagi..kan dah kantoi untuk kesekian kali…bak kata Khalid “SELANGOR tiada masalah air….”hihihi


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA