Pengumuman berkenaan diumumkan di dalam twitter rasmi Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi,Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sebentar tadi
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sebelum ini telah menyuarakan tuntutan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan semula syarat pemberian rebat telefon bimbit yang sebelum ini diperuntukkan kepada telefon bimbit dibawah harga RM500.00 dan terhad kepada beberapa jenis telefon pintar.Pengerusi MPPK,Hafiz Ariffin ketika dihubungi berkata ini adalah satu lagi usaha kerajaan bagi memastikan suara anak muda didengari oleh pentadbiran tertinggi negara.
"Saya mewakili MPPK amat berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan cadangan daripada kami"
"Kami diperingkat MPPK akan terus memperjuangkan kebajikan dan agenda mahasiswa serta pandangan anak muda"
"MPPK akan terus menjadi orang tengah dalam menyampaikan cadangan serta pandangan orang muda khasnya mahasiswa dengan cara yang rasional"
"Kita diberi peluang dan ruang secukupnya untuk menyampaikan hasrat serta pandangan,jadi peluang yang ada akan digunakan sebaik-baiknya untuk bersuara" katanya lagi
MPPK turut dijemput untuk turut hadir ke mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek/program kerajaan persekutuan, di pejabat Perdana Menteri esok. -MyMahasiswa






No comments:
Post a Comment