networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, January 26, 2013

Graduan ISMP Bakal Ditemuduga Selepas Tahun Baru Cina.. @WeeKaSiongMP @GGIMalaysia


KUALA LUMPUR, 26 Jan - Tandatanya ribuan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seluruh negara mengenai penempatan mereka akhirnya terjawab apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka bakal dipanggil untuk sesi temuduga selepas Tahun Baru Cina..

Mesyuarat antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membincangkan penetapkan tarikh dan mencari langkah terbaik kaedah mempercepatkan proses temuduga.

Menurut Datuk Wee dalam akaun twitter @WeeKaSiongMP, "pihak SPP akan mengumumkan berkenaan perkara ini sekiranya keputusan telah dibuat".

Graduan ISMP yang telah mengangguh selama 1 tahun perlu membuat persiapan bagi sesi temuduga ini agar hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin untuk melahirkan guru yang berkualiti tercapai.-PutrajayaOnline

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA