networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Monday, January 21, 2013

#IsuLynas Hanya Mainan Politik Pembangkang... Mengapa Perlu Lynas? Meh BACA!!!


Semasa Himpunan KL 112 yang lalu aku adalah bertanya beberapan peserta Himpunan Hijau yang berada di Stadium Merdeka tentang apa yang mereka faham tentang Lynas dan kenapa dia Anti kepada Lynas... Aku bertanya dalam 5 orang... kesemua peserta yang memakai pakaian serba hijau mengatakan yang Lynas ini RADIOAKTIF dan boleh membunuh rakyat Malaysia... mereka menambah kerajaan kejam dan nak bunuh rakyat kerana mahu kaut untung...

Aku pun malas nak berbalah sangat dengan mereka ni… maklumlah mereka tengah penat... kalau aku terang pun bukannya mereka masuk... ditambah pula dengan sifat bebal yang diwarisi turun temurun lah katakan...


Mengenai isu radioaktif dalam Lynas… apa yang aku ingin katakan ialah... Lynas ni bukanlah loji nuklear yang digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat... ianya hanya sebuah loji pemprosesan bahan kimia biasa yang beroperasi ditahap atmosfera atau dengan kata lebih mudah di udara biasa...

Oleh itu, Lynas tidak berpotensi untuk terbakar ataupun letupan kuat seperti Hiroshima...jikalaulah loji itu meletup...ianya tidak berpotensi untuk berlaku pencemaran radioaktif dalam alam sekitar seperti mana yang berlaku di loji Nuklear yang biasa...

Aku kesian lihat perangai mereka ni...apa tidaknya mudah sangat diperbodohkan oleh pemimpin mereka… mereka ni tak adalah cerdik mana pun... mereka hanya tahu yang LYNAS itu bahaya… Lynas itu Radioaktif dan Kerajaan Kejam harus ditumbangkan… itu je tahap level depa...kan pelik...

Di sini jer kita dapat lihat yang Pembangkang ni bukan hanya tahu memainkan isu agama sahaja… malah mereka juga menggunakan Alam sekitar untuk kepentingan politik busuk mereka… kalau info dan fakta itu benar tak apa… ini semuanya tak boleh pakai… hampeh betul...

Daripada kebodohan yang ada pada diri mereka, jadi tidak hairan kalau mereka beralih perhatian daripada  mempolitikkan Alam Sekitar kepada objektif menjatuhkan kerajaan dan memburukkan Lynas sebagai penjajah kerana mereka akan katakan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan.

Yang peliknya, kenapa masih ramai yang percaya bulat-bulat penipuan SMSL? Tak pernah terfikir ke mereka apa tujuan sebenar SMSL?

Nasib baik ada kumpulan yang menyedari agenda licik SMSL ini. Gabungan NGO Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) dan Kelab Wartawan Belia Malaysia baru-baru ini menggesa SMSL ini disiasat kerana aktiviti mereka yang mencurigakan.

Jangan hanya tahu salahkan BN sahaja...Kepala sakit makan panadol tak baik-baik boleh pula disalahkan Panadol tu tak bagus sebab BN tak tambah dadah...kan bengong namanya tu...

Puak cacai ni memang tak sedar diri tu bebal...aku tanya aritu tahu tak nadir bumi ni apa? depa jawab nadir bumi ni bahaya...punca masalah kesihatan dan penyakit kanser....lah boleh pulak ke situ jawapannya...

Berbalik kepada keselamatan Lynas. Ini jawapannya...maaflah ada info SAINS sikit...puak cai kena baca dan fahamkan...jangan tunjukkan sikap keras kepala tak nak belajar tu....

Nadir Bumi boleh didapati diseluruh dunia tetapi sangat sukar untuk didapati dalam kuantiti yang banyak dan mudah diakses. Nadir bumi biasanya sukar diekstrak dan sesebuah projek boleh mengambil masa bertahun-tahun, malah berdekad-dekad untuk dimajukan. Nadir bumi penting untuk teknologi hijau yang efesyen seperti kenderaan hidbrid, penjanaan kuasa angin, pencahayaan menggunakan tenaga yang rendah dan paparan skrin rata yang efisen.

Elemen-elemen nadir bumi secara sendirinya tiada radioaktif. Pekatan mineral tersebut mengandungi bahan radioaktif semualajadi pada aras yang rendah. Pekatan mineral mengandungi bahan radioaktif semula jadi kerap diangkut ke merata dunia untuk diproses. Oleh kerana pekatan mineral yang digunakan oleh LAMP mempunyai tahap radiasi yang rendah, ia diklasifikasikan sebagai selamat, tiada toksik serta tidak berbahaya oleh semua standard antarabangsa.

Buat pengetahuan pembangkang... mana-mana negara pun ada masalah kanser... kalau di Malaysia menurut laporan Kementerian Kesihatan... Unjuran kanser adalah 720 kes daripada setiap juta...

Kalau Lynas takde pun, penyokong SMSL tetap akan dapat kanser sebab sudah tentu ada antara mereka yang merupakan perokok tegar. Malah kadar pendedahan radiasi Lynas (0.0002 mSv) jauh lebih rendah dari rokok (150 mSv)!

Pembinaan kilang Lynas ini banyak manfaatnya..meh sini aku nak kongsi :
  1. Lasers: X-Ray, Pendrive, Perubatan Surgical, Animasi 3D, dan memboleh perisian Komputer membaca maklumat...
  2. Displays: Televisyen dan telefon bimbit yang Anwar Ibrahim pakai...
  3. Magnet: Headphone, Hardisk, Speaker Peti Sejuk, Telefon yang Abby Abadi Pakai…

Dari senarai pendek itu pun kita dah boleh nampak nilai menghidupkan industri nadir bumi di Malaysia. Lebih-lebih lagi kalau kita buka kilang Lynas di Gebeng dari sekarang, ia akan menjadikan Malaysia antara negara pengeksport utama selepas negara China.

Susah untuk faham tujuan utama cacai yang menentang Lynas ni. Bukti saintifik dah diberi, tapi dinafikan. Mahkamah telah buktikan Lynas dah ikut peraturan ketat, tapi mereka buat tak tak tahu. Apakah yang mendorong pihak-pihak ini bersungguh-sungguh menentang Lynas.

Atau berapakah júmlah yang mendorong pihak-pihak ini bersungguh-sungguh menentang Lynas???

Dan dari negara mana datangnya sumber kewangan mereka ini?

HE : Lihat lah..orang yang merapu dan mengutuk loji pembinaan Lynas itu mereka yang kerap mengguna dan memiliki peralatan hasil daripada projek Nadir Bumi seperti Lynas

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA