networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Sunday, January 13, 2013

Kerajaan Khalid!!! @NajibRazak 'LUKU' Perangai 'bodoh' Khalid.. #IsuAirSgor


Krisis Air yang berlaku di Selangor semuanya berpunca daripada tindakan Khalid yang tidak mahu meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor.

Sudah dikatakan yang krisis ini akan berlaku lebih awal dari tarikh yang dijangka iaitu 2014...

Namun Khalid masih lagi dengan sikap keras kepalanya tidak mahu membina Loji Langat 2 bagi menambahkan sumber bekalan air di Selangor untuk menampung permintaan rakyat yang semakin meningkat.


Bila masalah kekurangan air dipolitikkan maka inilah jadinya...Masalah kekurangan air bukan diatasi dengan cara bagaimana untuk menambahkan lagi bekalan air tetapi dipolitikkan supaya kesemua konsesi air di Selangor terutamanya SYABAS diambil alih...

Khalid tidak habis-habis berdalih mengatakan yang Selangor tiada masalah air...realitinya memang benar Selangor sekarang semakin kritikal...Khalid membelit isu air ini yang sepatutnya diselesaikan dengan cara membina loji air langat 2 tetapi dia tetap dengan pendirian mahu merampas konsesi air Selangor menjadi milik kerajaan Negeri di Selangor..


Inilah akibatnya bila memilih pemimpin yang hanya memikirkan politik 100% kepentingan wang melebihi kepentingan rakyat....

Air merupakan keperluan asas rakyat..bila berlaku masalah ini kerajaan Khalid menuding pula kesalahan ini kepada BN yang tidak memberi kerjasama kepadanya untuk menstruktur semula...walhal BN memberi kebebasan kepada Khalid untuk berunding kepada kesemua konsesi air jika dia benar-benar berhajat menstruktur semula...

Khalid bukan MB yang membela rakyat..dia hanya memikirkan kepentingan poket kroni..rakyat seksa tak apa asalkan poket penuh...

Isu air ini adalah tanggungjawab kerajaan Khalid... bila ada masalah yang membantu rakyat adalah SYABAS..masa rakyat sengsara tiada air, SYABAS datang membantu...Kerajaan Khalid hanya menjadi hantu mencari kesalahan pihak lain...

Penindasan kerajaan Khalid terus dilakukan..Rakyat mempunyai masalah air tetapi kerajaan Khalid hanya tahu mencari salah pihak lain..Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat memang macam ini..prinsip utama mereka adalah cari salah BN...mereka memang tidak akan mengaku salah walaupun hakikatnya rakyat melarat dan ditindas dengan masalah air yang melarat...

Melihat akan kekejaman dan penindasan rakyat Selangor oleh kerajaan Khalid...Perdana Menteri DS Najib turun ke kawasan Semenyih untuk menyelesaikan masalah ini..Najib amat simpati dengan nasib rakyat Selangor apabila terpaksa mengangkat air baldi sehingga ke tingkat 10...kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid memang tidak bertanggungjawab...

Baginya jika buat Projek Langat 2 adalah satu projek membazir...katanya air di Selangor mampu menampung permintaan sehingga 2030 tetapi baru-baru ini, beberapa kawasan di Selangor telah ditindas apabila PAM air di Wangsa Maju telah rosak kerana terlebih guna...bila masalah ini menjelma maka berduyun-duyun pemimpin pembangkang menyalahkan BN...

Dalam hal ini, aku hormati tindakan Zuraida apabila menyalahkan Kerajaan Khalid kerana gagal menyelesaikan masalah air selama 10 hari..

Benar kata Perdana Menteri rakyat 1 Malaysia..Isu air ini merupakan tanggungawab sosial dan ianya merupakan keperluan harian yang patut diselesaikan oleh Kerajaan Khalid….

Masalah ini bukan berkisar kepada isu rakyat, malah ianya akan memberi kesan kepada ekonomi Selangor...Punaisehat Seringgit mana tahu semua ni...dia mana tahu yang palabur-pelabur terpaksa tunggu lama kerana pemaju tak berani nak buka kawasan perumahan dan kilang ekoran ketiadaan air..

HE : Cari pemimpin yang mampu bela nasib rakyat macam Najib..bukannya cari pemimpin yang suka cari salah orang lain dan terlibat masalah moral macam Anwar!!!

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA