networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Saturday, January 5, 2013

Kerajaan Khalid 'Sembelih' Rakyat Sendiri !!! Umum Tidak Bertanggungjawab #IsuAirSgor


Alamak!!! Kerajaan Khalid akhirnya mengumumkan tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah air yang berlaku di Selangor... Kalau dikatakan Syabas tu bersalah tu, bukan ke Kerajaan Negeri juga sama. Baru ada 30% dah tak mengaku salah, kalau dapat 100% nanti nak tempiaskan kesalahanan kat mana lah pulak.. Rakyat guna air banyak???


Inilah kerajaan negeri yang paling bengap tahap maksima!!! Rakyat sekarang ini derita dengan masalah air tapi wakil rakyat umum cabut lari..nak bantu selesaikan masalah rakyat jauh sekali...ni salahkan pihak lain pula!!!

Bila nak meraih undi pandai pula jilat kaki pengundi...bila dah menang dapat kuasa, kebajikan rakyat boleh mampos..biarkan rakyat tak ada air...yang penting pakatan senang lenang..

Baru bagi air percuma yang tak seberapa mereka sudah bermegah kononnya kerajaan merekalah yang paling baik dan terpuji...Rakyat Selangor harus terima hakikat yang pembangkang memang kejam...

Sebagai pemerintah tak kira apa jua masalah yang berlaku mereka perlu selesaikan dan bukannya nak salahkan pihak lain...Tindakan ini pasti membuatkan rakyat menyesal mengundi mereka lagi untuk PRU 13 ini...

Selepas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida mengumumkan tidak bertanggungjawab dan menyalahkan pihak SYABAS...Exco Selangor, Iskandar Abd Samad pula menyalahkan SYABAS...puak pembangkang memang patut disalahkan dalam hal ini...mereka memang tidak tahu hendak menyelesaikan masalah...apa yang mereka tahu cari salah orang lain sahaja...

Zuraidah tu boleh lah dimaafkan sikit, tapi si Iskandar tu sebagai EXCO Selangor takkan tak tahu yang Kerajaan Selangor pegang 30% dalam Syabas. Nak confirm, pergi tanya Suhaimi Kamaralzaman ataupun Abdul Karim Endut. Kenalkan, dia orang nilah yang mewakili Kerajaan Selangor dalam lembaga pengarah Syabas.

Sudah berulang kali dinasihatkan!!! Loji Langat 2 perlu dibina supaya bekalan air terawat bertambah...depa kata membazir...membazir adalah alasan bodoh sama sekali..membina kemudahan untuk rakyat pun depa kata membazir memang teruklah puak pembangkang ni...

Sebenarnya mereka tidak mahu membina Loji Langat 2 bukan kerana itu projek membazir..mereka menghalang pembinaan Langat 2 kerana mereka mahu merampas kesemua konsesi air di Selangor atas alasan PENSTRUKTURAN SEMULA...bila sudah struktur...Khalid dan kerajaan kejamnya boleh melakukan apa sahaja asalkan kepentingan perut kroni diuTAMAKan..

Mereka memang pakar PENIPU RAKYAT...mereka memberi bermacam-macam alasan untuk gagalkan Projek Langat 2..

Mereka kata dan lakukan :
1) Jika Loji Langat 2 dibina maka harga air akan meningkat 100%
2) Langat Projek Membazir
3) Membeku CAPEX Syabas dan menghalang menaik taraf kualiti sistem air Selangor
4) Mencadangkan teknologi Mambran
5) Memfitnah kerajaan pusat kononnya menghalang usaha menstruktur semula...

Di sini aku ingin jelaskan...Jika menstruktur semula konsesi air, maka pihak pertama akan mendapat untung ialah KERAJAAN NEGERI...manakala jika LOJI LANGAT 2 DI BINA, Rakyat akan mendapat manfaat...

Membina kemudahan untuk rakyat pun depa kata membazir tidak hairanlah bila masalah air berlaku masing-masing cabut lari melepaskan diri daripada masalah...apa yang mereka lakukan ini sebijik macam penyamun!!!

Lepas tengkuk sendiri harus diutamakan daripada menyelesaikan masalah rakyat...

Depa pakat duk gebang kata penstrukturan perlu dilakukan!!! kalau benar mahu struktur sangat pergilah deal dengan konsesi tersebut...ini tidak baru 3 kali deal dah mengaku kalah...lepas tu Fitnah salahkan UMNO BN..kan bengong namanya tu...

Ibarat sorang laki nak nikah perempuan...bila bapak perempuan tu mintak hantaran tinggi sikit laki tu pula salahkan bapak perempuan tu tak pandai jaga anak...

Alasan yang mereka beri selama ini hanyalah mahu melepaskan diri mereka sahaja....

Dia yang bekukan CAPEX untuk menaik taraf AIR boleh pula tuduh SYABAS tak pandai jaga kualiti sampai air tak ada...kan pelik namanya tu....SYABAS beria nak naik taraf ko tak bagi..bila dah jadi masalah air macam ni...SYABAS pula disalahkan kerana tak jaga kualiti...

Bila PAM air sudah rosak..masing-masing nak cabut lari tuduh SYABAS tak pandai jaga mesin...puak PENIPU RAKYAT ni memang sangat kelakar...semua nak salahkan pihak lain!!!

Orang dah kata Selangor akan hadapi krisis air mereka buat pekak!!!malah tuduh pula pihak yang mengatakan krisis air tu sengaja mahu membuat Fitnah...bagi mengukuhkan alasan KHALID, LUAS digunakan dengan kajian merapu-rapu kata air cukup sehingga 2030...bila laporan yang dikeluarkan LUAS tak tepat mereka salahkan pihak lain pula..sepatutnya salahkan LUAS kerana keluarkan kajian yang merapu...

Lepas sembelih CAPEX Syabas...mereka pula sekarang ini SEMBELIH rakyat dengan mengugut hanya akan bertanggungjawab jika pentrukturan berjaya...

memang kelakar!!!

isu utama kekurangan bekalan air!!yang nak struktur semula tu nak buat apa...bukan boleh tambah bekalan air pun...

HE : Selesaikan masalah dengan berunding!! bukannya Cabut lari salahkan pihak lain....Sikap #PenyamunRakyat memang macam tu!!!

"Saya Menyesal Undi Penyamun Rakyat"

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA