networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Wednesday, January 16, 2013

#Listen !!! Wajib Baca!!! Isu @Bawani_KS , Sharifah dan Pendidikan Percuma.. @SW1M


Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.

Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. 1 daripada 9 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan miskin manakala yang kayanya mendominasi di sana. 

Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."
Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. Assalamualaikum. -HE


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

6 comments:

Anonymous said...

kelakar la kalau orang ta paham kenapa sharipah tu buat perbandingan dengan binatang..

itu adalah sarcassm, binatang juga ada masalah, tapi kita tak pernah suarakan masalah binatang tu.. maksudnya, negara-negara lain juga ada masalah, tapi ade ke sape nak ambik peduli pasal masalah negara lain tu?

kita hanya nampak yang bagus pasal negara luar, tapi kita tak nampak masalah mereka..

kita nampak anjing cantik, tapi xtau anjing tu sebenarnya hina, kucing comel, tapi tak nampakkucing tu kebuluran, dan macam2 lagi contoh binatang..

kita cuma nampak kak pah sebut listen listen listen, let me speak jek.. pastu baca komen mengarut, terpengaruh sekali..

video tu satu dari 4 part, dan kita tak pasti apakah bawani tu lari tajuk atau tidak sebenarnya, tapi kita tau dia memang sengaja buat provokasi..

Anonymous said...

Cantik penerangan tuan... macam ni lah sepatutnya diterangkan... bukan dengan cara saripah tu... tak kira lah situasi macamana pun... yang pasti jiwa mereka yang berumur remaja memang begitu.. apatah lagi dalam masih pelajar, ini kita boleh baca dalam sejarah perkembangan pendidikan. Sepatutnya peluang ini diambil sebaik-baiknya oleh saripah.. bukan dengan cara menjatuhkan air muka divani... ini menjauhkan lagi mereka... skill ini patut ada tak kiralah nak jadi panel ka moderator ka.. @ apapun... dekatilah denyut nadi rakyat... fahami betul-betul amanat PM kita.

Anonymous said...

Di negara Amerika dan Eropah, negara maju pun tidak ada pendidikan percuma, apatah lagi negara kita.

Yang dipersoalkan adalah cara tidak Hemah oleh orang yang berkenaan. Tidak salah sama sekali kalau kita hendak banding dengan negara lain. Pakar economi negara banding kemajuan kita dengan angka GDP, pendapatan per kapita dll. Hanya orang yang tahap pemikiran rendah yang menghalau warga negara kita keluar.

Pendekkan cerita, lain kali, kita haruslah berhemah dan ambil iktibar atas apa yang berlaku. Zaman sekarang zaman IT, semua orang sekarang Ada smartphone, tidak boleh kita cakap Ikut sedap hati.

Johorean

Anonymous said...

apa pun pandangan orang. aku suka dan sokong sharifah kerana sebagai mahasiswa jika bawani berani protes dikhalayak ramai dia juga patut terima tindak balas yg sama. dinasihatkan lain kali fikir dulu sebelum bertindak dan jangan berumah ditepi pantai jika takot dilambong ombak.

Anonymous said...

Anonymous 5.13,

Kalau hendak berdebat dalam forum di university, kena Ada bijaksana, kalau cakap pasal binatang, Ada forum yang sesuai seperti di warong atau kedai mamak.


Johorean

mohd fikry said...

Pada pendapat saya,
1- bavani adalah salah satu contoh pelajar yang mungkin dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang terpengaruh dengan ideologi pakatan rakyat untuk memberi subsidi terhadap banyak benda tanpa memikirkan keburukan subsidi itu sendiri.

2- sharifah seharusnya tidak angkuh di dalam berbicara dengan mengatakan sesuatu dengan angkuh seperti membezakan tahap pendidikan antara dirinya dan bavani. Walau bavani mungkin seorang yang lantang, mungkin kerana dia adalah seorang pelajar perundangan yang kebanyakannya sudah terlatih dengan gaya penghujahan yang lantang, sharifah seharusnya lebih sabar dan jika bagi sharifah, bavani adalah kurang sopan, dia sendiri jika berfikir bahawa dia adalah seorang berpelajaran tinggi, dia 'should not go down to bavani's level of behaviour' yang dikatakan kurang ajar.

3- bavani hanya menghujahkan fakta mengenai beberapa negara tanpa memikirkan 'downside' negara-negara tersebut, tidakkah sharifah sebenarnya dengan mudah dapat menolak hujah ini semua dengan membicarakan mengenai fakta bahawa negara-negara tersebut sebenarnya lebih buruk dari negara kita sendiri dari segi perbezaan taraf hidup, cukai, dan banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa sharifah adalah seorang yang tidak tahu mengenai keadaan negara negara tersebut, dan membuktikan bahawa dia seorang yang angkuh di dalam berbicara mengenai perkara yang kurang diketahui olehnya.

4- the damage has already done. Mengapa masih ada banyak lagi suara suara yang membezakan malaysia dengan negara seperti yang disebutkan oleh bavani? Malaysia's government-controlled media seharusnya memainkan peranan penting dalam menerangkan isu isu ini daripada hangat membicarakan keburukan parti pembangkang, dan mungkin sistem pembelajaran malaysia sendiri memerlukan 'overhaul' supaya rakyat lebih pintar membezakan antara dua entiti yang penting; kebaikan dan keburukan, because at the end, only those two that matters the most.

5- analogi binatang? Layakkah binatang disamakan dengan manusia yang mempunyai akal fikiran? No comment there.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA