networkedblogs

Bersahabat..

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta | Merdeka 57

Tuesday, January 1, 2013

M. Nasir Buat Persembahan Ambang Tahun Baru di Putrajaya...

M. Nasir turut membuat persembahan Ambang 2013 di Putrajaya semalam...

Sudah lama aku tak lihat artis dan komposer terkenal tanah air, Datuk' M. Nasir membuat persembahan di media arus perdana sejak berita khabar angin beliau menyanyikan lagu Keadilan PKR tersebar...Sejauh mana kebenaran lagu itu dinyanyikan oleh beliau pun masih kita tidak ketahui...

Kelmarin aku ada bertemu dengan Zed Zaidi, Presiden Seniman dan kami ada berborak tentang kebenaran M. Nasir menyanyikan lagu tersebut...Zed Zaidi tidak mahu mengulas soalan aku sama ada benar atau tidak M. Nasir menyanyikan lagu tersebut...

Zed kata, SENIMAN tidak akan menahan atau ban mana-mana artis yang menyokong pembangkang kerana itu pilihan peribadi...

Rata-rata puak pembangkang claim lagu tersebut memang dinyanyikan oleh M. Nasir..aku pun berpendapat memang lagu tersebut mirip suaranya...

Pada pendapat aku, benar atau tidak itu bukan persoalan...sebagai seorang seniman muzik, M. Nasir perlu bebas memilih mana-mana parti politik untuk dia sertai...membuat persembahan itu periuk nasinya..jadi terpulanglah kat dia nak pilih permintaan dari mana-mana parti politik...

Antara artis yang hadir pada malam tadi ialah Jamal Abdillah, Hattan, Hujan, Mis Nina, Wings, dan Man Kidal.

Kemunculan M. Nasir malam tadi membuktikan bahawa dia menolak parti politik untuk membuat persembahan...Zizan juga pernah menyertai persembahan yang dianjurkan pembangkang dan kerajaan BN..tapi dia tetap diterima peminat kerana dia tidak menyakitkan hati mana-mana pihak...

Bukan macam Abby Abadi..baru masuk PAS dah riak takbur kutuk UMNO BN macam-macam....

Pertunjukan bunga api...

Puluhan ribu rakyat turun ke Putrajaya untuk meraikan tahun baru...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi perutusan sempena tahun baru..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat untuk bersama-sama beliau menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Najib berkata jika diberi mandat yang jelas, beliau dan kerajaan pimpinannya berikrar akan menggunakan kepercayaan yang diberi dengan sebaik-baiknya dengan menepati segala janji dan komitmen yang diberi seperti yang telah dibuktikan selama ini. 

“Marilah bersama-sama saya untuk menjadikan impian kita ini suatu realiti.

Berdirilah di sisi saya untuk kita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-sama saya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anak kita," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2013 yang disiarkan melalui radio dan televisyen malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

Najib juga berkata negara amat memerlukan sumbangan daripada rakyat dalam setiap perancangan yang dibuat di mana bagi kerajaan tidak ada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan untuk melakukan sesuatu. 

“Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untuk menentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. 

“Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untuk dipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negara yang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.

“Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannya berpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negara hendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak dibawa," katanya. Menyimpulkan kesan transformasi kerajaan pada tahun 2012 sebagai positif selepas berakhir fasa pertama prakarsa transformasi yang melibatkan kerajaan, ekonomi dan politik, Perdana Menteri berkata angka tunjuk negara dalam pelbagai bidang di peringkat antarabangsa telah meningkat secara yang membanggakan. 

Najib berkata ia terbukti melalui laporan Bank Dunia, Doing Business 2013 yang meletakkan Malaysia sebagai negara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan World Competitiveness Yearbook 2012 telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14 paling berdaya saing di dunia.

Beliau berkata di sebalik semua yang berlaku, kerajaan tetap perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman lalu dalam menangani cabaran yang bakal mendatang tahun depan dengan meneruskan dan menambah baik apa yang terbukti baik dan terbukti berjaya serta setiap kegagalan ditamatkan dan dijadikan teladan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyarankan empat asas daripada Dasar Transformasi Nasional yang perlu diteruskan, ditingkatkan dan dipastikan dalam memastikan wawasan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

Pertama, katanya, perlu meneruskan agenda nasional bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara dengan berpandukan falsafah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kedua, usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan sistem jaringan keselamatan sosial akan diteruskan di mana bantuan kebajikan dan subsidi adalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan.

“Ini diperkukuhkan lagi dengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan di mana setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan memperolehnya," katanya.

Ketiga, katanya meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosial yang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu tidak hanya dihadkan oleh daya imaginasi.

Beliau berkata sebaliknya daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individu berkenaan untuk bekerja keras dengan gabungan kreativiti, inovasi dan kesanggupan mengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

Najib berkata asas keempat yang perlu diteruskan dan ditingkatkan adalah memastikan Malaysia menjadi tempat terbaik untuk membina kehidupan berkeluarga dengan segala aspek dan keperluan hidup seperti keselamatan, kejiranan, kesihatan dan pendidikan dipenuhi sebaiknya. - BERNAMA
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

1 comment:

joecharles said...

TERBAEK LAH Perbadanan Putrajaya!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA