networkedblogs

Bersahabat..

Ku Mohon (Lebaran Aidilfitri)

Wednesday, January 23, 2013

Membongkar Dalang Disebalik NGO 'Save Malaysia Stop Lynas'..Siri 1 #IsuLynas !!!


Saya merasakan ramai yang sudah menyedari akan kelibat kumpulan NGO 'Save Malaysia Stop Lynas' yang menggelarkan diri mereka sebuah kumpulan mencintai alam sekitar....

Pernahkah anda terfikirkan mengapa mereka begitu beriya-iya memperjuangkan supaya Lynas dibatalkan...jika benar mereka mencintai Alam Sekitar...mengapa perlu serang Lynas? dan mengapa mereka tidak menjalankan kempen berhenti merokok kepada umum?

Sebab apa saya menyatakan analogi rokok? buat pengetahuan anda, kandungan asap rokok jauh lebih besar daripada radiasi Lynas yang mana radiasi Lynas hanya mencatat sebanyak 0.0002 mSv manakala rokok adalah 150 mSv...sangat besar bukan jurangnya...

Jikalau mereka benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan isu-isu alam sekitar, mereka akan memperjuangkan apa sahaja isu alam sekitar yang mengancam kelestarian ekosistem kita...tetapi mereka tidak melakukan semua itu...mereka hanya menumpukan kepada Lynas walaupun kadar mengancam kesihatan manusia lebih kecil berbanding rokok...

Menurut Gabungan NGO Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) dan Kelab Wartawan Belia Malaysia, mereka telah menggesa agar NGO SMSL ini disiasat kerana dikhuatiri mempunyai agenda tersembunyi membenci kerajaan disebalik perjuangan mencintai alam sekitar...

Ini kerana tuduhan terhadap Lynas merupakan kilang nuklear langsung tidak berasas dan satu penipuan! Lynas, seperti kilang-kilang lain di sekitar Gebeng merupakan satu kilang pemprosesan kimia yang dikawal selia oleh agensi-agensi kerajaan dan bukannya sebuah kilang memproses nuklear yang sangat merbahaya...

Malah agensi antarabangsa IAEA turut mengiktiraf Lynas bukan sahaja mematuhi undang-undang antarabangsa yang ketat, malah turut mengambil langkah-langkah tambahan bagi memastikan kilang tersebut betul-betul selamat.

Ternyata SMSL ini memang hebat dalam menipu dan mempengaruhi pemikiran cacai-cacai mereka..berselindung di sebalik kumpulan mencintai alam sekitar..tapi dalamannya mereka disokong oleh Pakatan Rakyat...

Sejarah Perkembangan SMSL :

Mereka ditubuhkan kononnya membawa suara rakyat agar membenci Lynas yang bagi mereka mengancam nyawa rakyat Malaysia.dengar berbekalkan fakta-fakta yang mengelirukan agenda membohong rakyat perlu diteruskan sehingga kini...

Mencetak Pakaian dan tadbir urus Video Kreatif :

Membuat pakaian amat amat mahal dan daripada maklumat yang dijalankan saya sendiri..rata-rata daripada mereka mengakui bahawa membeli pakaian ini hasil daripada sumber kewangan menyertai himpunn hijau...mereka turut menggerakkan amalan propaganda yang sangat menjengkelkan apabila Fuziah terpaksa berlakun untuk melakukan video propaganda ketika sedang memasak. Itu salah satu video..dari mana mereka dapat sumber kewangan untuk menjayakan program propaganda untuk Lynas ini?mustahil mereka hendak berjihad tanpa bayaran 1 sen pun...sedangkan Anwar Ibrahim pun memerlukan RM 1 sebagai habuannya mentadbir urus ekonomi Selangor inikan pula rakyat biasa...

Dana Melancong ke Australia?

DImaklumkan baru-baru ini, pengerusi SMSL, Tan Bun Teet pernah membawa 19 orang ahli SMSL ke Australia pada bulan November tahun lepas untuk menghuru-harakan Mesyuarat Agung Lynas di Australia, selain cuba meraih simpati rakyat Australia. Bukti gambar di bawah :



Menurut laman web STOPLYNAS.ORG pelancongan ke Australian ini dibiayai sendiri oleh SMSL. Lawatan ke Australia ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu (18 – 20 November 2012) yang membawa mereka ke Sydney dan Canberra. Di sini timbul persoalan dari mana datangnya sumber dana yang begitu besar sekali?

Bayangkan, Presiden SMSL, Tan Bun Teet yang merupakan seorang bekas guru mengaku sendiri yang SMSL telah mengadakan lawatan keAustralia sebanyak 3 kali



Tidak logik bukan, seorang bekas guru mampu membawa 20 orang untuk melawat Australia...apa tujuan mereka dan apa agenda mereka selama ini akan saya dedahkan kelak...

Kos lawatan ke Australia amat tinggi jika hendak dibandingkan melawat Thailand mahupun Australia...kadar tukaran Australia dengan Ringgit Malaysia adalah amat tinggi iaitu AUD 1 bersama RM 3.2...Kadar tukaran ini dirujuk pada bulan November yang lalu di SINI

Saya sendiri akan memikirkan 10 kali untuk melawat Australia..apa tidaknya, kita perlu menanggung tiket penerbangan, kos pengangkutan diAustralia, perbelanjaan makanan dan minuman serta penginapan ...

Pelik bukan pertubuhan yang baru lebih setahun mampu mengumpul begitu banyak dana untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkos tinggi!

Hebat bukan Tan Bun Teet ini, beliau bukan sahaja mampu melawat Australia...malah mampu membawa 19 orang deigasi lagi bersamanya semata-mata mahu mencari maklumat supaya dapat memburukkan negara...


HE : Nantikan artikel seterusnya apa agenda SMSL ini sebenarnya..dimaklumkan yang mereka akan melawat German dalam masa terdeka ini...banyak duit mereka kan?

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA