networkedblogs

Bersahabat..

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta | Merdeka 57

Friday, January 4, 2013

Nur Amalina Che Bakri Duta We Love PM Club Luar Negara... @WLPMC


Nur Amalina Che Bakri semalam telah dilantik sebagai Duta Pendidikan Kelab 'WE LOVE PM' bagi sektor Luar Negara bertempat di UNIKL...


Pelantikan tersebut ulas Pengerusi Kelab We Love PM, Saudara Shahar berkata "Pemilihan Nur Amalina sebagai Duta Pendidikan Luar Negara Kelab We Love PM bertujuan menyampaikan maklumat terkini tentang Malaysia kepada pelajar Malaysia dan pelajar luar negara di sana...kita juga akan membekalkan maklumat ini kepada mereka supaya mereka mendapat maklumat yang tepat tanpa prejudis subversif..."


Nampak gayanya pembangkang terpaksa memikirkan sesuatu supaya dapat menjatuhkan imej Kelab We Love PM dan Amalina sendiri...biasalah pembangkang..mereka akan membuka aib dan mencari kelemahan supaya mereka nampak betul...

Kalau hendak dibandingkan dengan pemabangkang, kelab We Love PM ini lebih bagus kerana kita tidak mengamalkan tindakan bodoh seperti arab spring dan mengadakan kempen BERSIH di luar negara bagi memburukkan imej Malaysia di luar negara...

Untuk rekod, Nur Amalina bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor, pernah mencatat sejarah apabila memperolehi 17 1A dalam SPM 2004...

Nur Amalina kemudian ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di peringkat A-Level dan sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire.

Pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu ialah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi.

Nur Amalina kemudian diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains.





HE : Mantaplah Kelab We Love PM...


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA