networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Thursday, January 17, 2013

PANAS!!!! Wong Tack Pening Tak Tahu Kenapa LYNAS Wajib DIhentikan #KL112 #HKR112 #IsuLynas


Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang diwakili Wong Tack tempoh hari telah turut serta dalam himpunan #KL112 #HKR112..Aku pun pada mulanya nak tahu juga apa dasar perjuangan SMSL yang ingin dicakap di perhimpunan tu..maklumlah mereka berkumpul di Stadium bersejarahlah katakan..pasti ada fakta yang penting bagi mempengaruhi minda rakyat yang Lynas betul-betul berbahaya...


Sepanjang aku dengar Ceramah Wong Tack ni serius aku menyesal dan buang masa sebab tak ada pun info yang berguna...buat penat jer dengar!!!

Selama ini rakyat Malaysia yang percaya Lynas itu harus dihentikan adalah mainan politik pembangkang bagi memburuk-burukkan imej kerajaan...mereka mengambil kesempatan atas projek ini untuk mengumpulkan seberapa ramai orang supaya membenci kerajaan Barisan Nasional..


Dari apa yang aku dengar dari mulut busuk Wong Tack ini, semua kata-katanya tak boleh pakai...ingatkan mereka tahu dan hadam apa itu Lynas..rupanya satu haprak tak faham..kalau sekadar meraban jer memang buat malulah!!!

Kata Wong Tack yang buat ramai yang tergelak :
"Negara yang indah ini dijajah oleh kompeni orang putih, kita mesti buang rejim yang korup ini. Pilihan di tangan kita ! "
Wong Tack pun tak mampu mengeluarkan fakta yang Lynas ini betul-betul bahaya kepada rakyat Malaysia khususnya Kuantan...SMSL ini hanyalah pencacai Fuziah yang digerak semata-mata mahu mengekalkan sokongan rakyat kepadanya..itu sahaja...apa tidaknya..sepatutnya Wong Tack mengambil kesempatan ini memberi fakta dan bukti yang kukuh bagi meyakinkan supaya orang pun boleh akui yang Lynas itu bahaya..tapi 1 ayat pun tak ada...

Buat pengetahuian semua...Lynas dan Kerajaan Malaysia sudah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan nadir bumi LAMP ini selamat:
1) AtomicEnergy Licensing Board (AELB) telah menetapkan syarat ketat untuk pemberian Temporary Operating Licence (TOL), di mana Lynas telah patuhi setiap syarat yang ditetapkan. 
2) International Atomic Energy Agency (IAEA) turut dijemput untuk memeriksa tahap keselamatan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP). IAEA merumuskan bahawa Lynas mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa, malah mengiktiraf Lynas boleh menjadi contoh dan menyumbang kepada perkongsian pengalaman di peringkat antarabangsa.

Di bawah ini buktinya yang menunjukkan IAEA :




Lynas telah membuktikan bahawa LAMP mampu beroperasi mematuhi piawaian yang diiktiraf antarabangsa...Sepatutnya Wong Tack perlu mengeluarkan fakta yang kukuh untuk mematahkan fakta yang menunjukkan LAMP harus di hentikan...dia sebenarnya telah GAGAL dalam ucapannya..malah cacai makan dedak yang menyaksikan pun tak fikir panjang yang mana hanya angguk-angguk sahaja apa yang pemimpin mereka katakan...

Aku menghormati kenyataan daripada Pakar Nuklear dari PAS dan Wakil Rakyat Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang aman Lynas ini tdak perlu dijadikan Isu kerana kadar radiasi yang dihasilkan Lynas adalah amat rendah iaitu 0.002 mSv/tahun...LAMP berjaya membuktikan bahawa operasi mereka mematuhi syarat piawaian antarabangsa..

Kalau setakat mewakili Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) tapi cakap meraban seperti Wong Tack..eloklah dia diam sahaja..Kalau setakat cakap macam tu baik tak payah berhimpun.kata-katanya membuktikan otaknya hanya dibawah tempurung dan dijajah oleh persepsi bohong...eloklah tu bila si bohong berkata dengan si cacai maka bertempek kegembiraanlah mereka...

Baru-baru ini laporan dari The United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation (UNSCEAR) mengesahkan kadar radiasi 1 mSv/setahun langsung tidak menjejaskan kesihatan orang awam. Mereka yang memperjuangkan supaya LAMP dihentikan pun masih pening dengan fakta dan asas mengapa mereka menyeru LAMP dihentikan...

Wong Tack ni sebenarnya pening..kejap kata LAMP bahayakan alam sekitar..lepas tu kata alat penjajahan moden syarikat orang putih..dia sendiri tak faham apa yang diperjuangkan sebab tak ada asas dan fakta yang kukuh...

HE : puak cai makan dedak boleh ler percaya..mereka pun sama bengong....

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA