networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Sunday, January 20, 2013

Peserta #HKR112 Bakal Didakwa Kerana Langgar Syarat Perhimpunan #HKR112 ..Padan Muka!!!!


Tiga daripada 27 syarat perhimpunan anjuran parti pembangkang di Stadium Merdeka minggu lepas, dijangka siap minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata laporan itu dijangka siap selepas polis mengambil keterangan penganjur himpunan yang juga Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semalam.

"Selepas ini, mungkin akan ada lagi individu yang dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kepolisan Komuniti anjuran JSJ (D7) Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Sabtu.

Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan melebihi 30,000 orang.



Ditanya sama ada peserta yang membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun akan dipanggil memberi keterangan, Mohd Bakri berkata buat masa ini, polis melihat perkara itu dari sudut tanggungjawab penganjur berkaitan syarat yang telah dipersetujui.

"Kemudian baru kita akan lihat sama ada perlu atau tidak untuk memanggil individu berkenaan," katanya.

Mengulas kes dua tahanan yang masih bolos di Pulau Pinang, Mohd Bakri berkata polis telah mendapat petunjuk berhubung lokasi suspek bersembunyi hasil kerjasama orang ramai.

"Maklumat orang awam banyak memberi petunjuk sehingga tertangkapnya tujuh daripada sembilan suspek itu, dan kini kita telah mengesan lokasi baki dua suspek tersebut," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Dua tahanan itu ialah Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39. Selanjutnya SINI


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA