networkedblogs

Bersahabat..

Rock OOO!!! Layan...

Tuesday, January 15, 2013

Rakyat Selangor Melarat #IsuAirSgor ...Kerajaan Pusat Bertungkus Lumus, Khalid Hanya Tahu Salahkan SYABAS!!!


Rakyat Selangor seharusnya berterima kasih kepada SYABAS, SPAN serta Kerajaan Pusat yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah air di Selangor...

Sehingga ke saat ini, kawasan yang mengalami masalah air mula reda...Di Gombak misalannya telah mendapat air sepenuhnya..cuma dikawasan tinggi seperti Taman Shamelin dan Bandar Sri Permaisuri sahaja yang belum mendapat air..

Apa yang kita dapat daripada krisis ini?

1) Krisis air yang berlaku sejak kebelakang ini merupakan satu signal yang begitu penting buat kerajaan Khalid berikutan kedegilannya untuk meneruskan projek Langat 2 dan membekukan Capex SYABAS... 
2) Sepanjang isu ini berlangsung, kita dapat melihat kegagalan pelan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Khalid..apa tidaknya, rakyat sekarang ini sedang mudarat dihimpit masalah ketiadaan air, dia dan pemimpin pakatan yang lain tidak sudah-sudah menyalahkan SYABAS dan mengugut supaya SYABAS diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk penstrukturan semula... 
3) Selaku kerajaan yang memerintah negeri, mereka sepatutnya berbincang bagi menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu barulah memikirkan untuk mengugut konsesi air distruktur semula... 
4) Apa yang dapat dilihat, penstrukturan semula air ini tidak akan berjaya sampai bila-bila selagi kerajaan Khalid gagal untuk berunding dan sepakat membeli syarikat tersebut... 
Khalid sepatutnya berasa resah ekoran masalah ini..apa tidaknnya, jika air Selangor bermasalah maka mereka tidak dapat memberi perkhidmatan air percuma...

Apa yang Khalid Buat?
1) Sepanjang tempoh masalah air ini, berbagai-bagai dalih dikeluarkan kerajaan Khalid bagi menangkis persepsi rakyat untuk menyalahkan kepimpinan Khalid...mereka mengugut untuk menstruktur semua konsesi air, membeku CAPEX Syabas, mencadangkan untuk membina teknologi mambran,...tapi semuanya habuk!! tak ada 1 pun berjaya..yang nampaknya adalah mereka hanya pandai menyalahkan SYABAS dan Kerajaan Pusat... 
2) LUAS yang mengeluarkan hasil kajian mendakwa Selangor tiada masalah air sehingga 2030 adalah retorik sahaja untuk menyedapkan hati rakyat...realitinya terkini ada kawasan sumber air yang dikatakan tu dicemari dengan minyak kelapa sawit...bila sudah jadi macam ni maka air tersebut sudah tercemar dan tidak boleh digunakan...kalau guna Teknologi mambran sekali pun pasti mesin tu akan rosak.. 
3) 1 perkara yang amat lucu adalah mereka mahu menyaman SYABAS kerana kegagalan untuk menyediakan keperluan air kepada rakyat sedangkan Kerajaan Negeri mempunyai pegangan saham sebanyak 30% dan Pengarah mereka pun ada dalam SYABAS...apa yang pengarah itu lakukan sampai masalah ini pun tak boleh selesaikan...jika Kerajaan Khalid mahu menyaman SYABAS samalah ertinya dia saman untuk diri mereka sendiri..

Mengapa mereka tidak menyemak punca masalah ini berlaku? mereka tahu yang semuanya berpunca dari Khalid sendiri yang tidak mahu percaya sebenarnya bekalan air tidak mencukupi lantas enggan membenarkan Langat 2 beroperasi...

4) Sepanjang tempoh masalah air ini, rakyat Selangor sebenarnya ditipu bulat-bulat oleh Kerajaan Khalid yang mana SYABAS tidak bertanggungjawab sehingga paip pecah dan pam air rosak..

Sebenarnya masalah ini berlaku berpunca daripada mereka..disebabkan masalah yang mereka buat, maka SYABAS yang terpaksa menanggung kesusahan untuk menyelesaikan berbagai masalah..apa tidaknya, masalah paip yang sudah usang mereka tidak hiraukan dengan membeku CAPEX Syabas...bila sudah bocor Syabas pula disalahkan..samalah dengan Isu Pam air yang rosak di Wangsa Maju, Syabas juga disalahkan...

Mereka memang layak digelar Kerajaan Salahkan Orang lain...

Apa yang SYABAS buat?
1) Sepanjang Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) diaktifkan iaitu dari tempoh 29 Disember 2012 hingga 13 Januari 2013. Secara keseluruhannya bekalan air menerusi lori-lori tangki telah dihantar sebanyak 3,237 trip penghantaran ke kawasan-kawasan yang terjejas yang meliputi 2,656 trip penghantaran lori tangki telah dilakukan di wilayah Kuala Lumpur dan 581 penghantaran di wilayah Gombak. 
2) Bagi tangki air statik, jumlah tangki statik yang diletakkan di kawasan gangguan adalah sebanyak 255 unit di wilayah Kuala Lumpur dan Gombak sepanjang tempoh tersebut. Jumlah tangki statik ini akan terus ditambah bergantung kepada situasi khususnya di kawasan-kawasan yang memerlukan sepanjang gangguan bekalan air berlaku. 
3) 950 orang kakitangan SYABAS yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan bekalan air dapat dipulihkan secepat mungkin dan membantu golongan kurang upaya dan yang memerlukan untuk mengangkat air ke rumah-rumah serta mengagihkan bekalan air yang dihantar menerusi lori-lori tangki. 
4) Syabas meminta bantuan daripada Syarikat-syarikat air negeri Johor, Kedah, Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta Jabatan Kerja Raya Malaysia. Malah Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya turut meminjamkan lori-lori tangki serta kakitangan bagi mengoperasikannya...
Apa yang Syabas dapat?
SYABAS jugalah pihak yang disalahkan walaupun masalah ini berlaku bukan daripada mereka....
Setakat ini SPAN akan meneliti cadangan untuk menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju sedia ada sementara menunggu siapnya pembinaan Rumah Pam Wangsa Maju Baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tindakan ini perlu diambil memandangkan rumah pam baru yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini hanya akan siap pada tahun 2015.

Kerajaan Negeri nak buat PAM baru pun dapat ehsan daripada kerajaan Pusat...bila masalah berlaku kerajaan Pusat pulak yang dituduh menjadi dalang punca masalah air berlaku...inilah realiti puak pembangkang..bila rakyat sengsara dengan masalah air, puak Khalid masing-masing cabut lari untuk lepaskan diri...sudahlah cabut lari...Kerajaan pusat dan SYABAS pula disalahkan...teruk perangai puak cai makan dedak ni...

HE : Khalid mesti gembira sebab rakyat masih dapat air percuma walaupun bukan daripada paip kat rumah, tapi terpaksa angkut dalam baldi ataupun tong!!!

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA