networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Sunday, January 6, 2013

Tubuh Yayasan Mendiang Temenggong Anak Langkau


Kelab Kami Sayang PM (WLPMC) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Mendiang Datuk Kanang Anak Langkau, sesungguhnya pemergian Mendiang amat menyentuh perasaan kami dan semua ahli WLPMC kerana beliau merupakan Duta WLPMC Pahlawan Negara.

Kami masih ingat semasa temubual dgn Datuk Kanang semasa perlantikan beliau sebagai Duta WLPMC, datuk kanang menyatakan beliau sangat menitik beratkan pelajaran sebagai nuklues pemangkin kemajuan. Sering membantu anak2 iban yang tidak mempunyai duit untuk ke sekolah.

Beliau bangga sebagai warganegara yang sanggup mempertahankan negara ini sehingga ke titisan darah terakhir. Beliau berjuang di semenanjung dan di sarawak atas semangat anak malaysia.

Semasa hayat beliau, beliau sentiasa menyeru masyarakat muda agar terus bersama kerajaan menangkis dakyah halus serta fitnah yg boleh menjejaskan keselamatan negara agar semua masyarakat dan lapisan umur boleh hidup dengan aman dan damai di tanahair sendiri.

Beliau amat perihatin terhadap pendidikan dan ingin melihat lebih ramai lagi anak-anak dari pendalaman belajar dgn rajin dan berjaya menjadi warga yg berilmu.

Oleh hal demikian, WLPMC menyeru dan mencadangkan agar kerajaan mengwujudkan sebuah yayasan yang diberikan nama YAYASAN KANANG sebagai menghargai sumbangan beliau, pahlawan dan perajurit negara terhadap keamanan negara dan semangat mereka yang amat mencintai kecemerlangan pendidikan terutamanya anak - anak masyarakat pendalaman dan miskin.

Yayasan ini akan memainkan peranan dalam melakukan kajian, program-program yang lebih konsisten dan berterusan dalam mendekati serta turun padang ke kawasan pendalaman secara lebih dekat , tersusun dan kerap agar masyarakat Iban dan pendalaman di motivasikan untuk memastikan anak-anak mereka terus kekal gah berjaya untuk mengangkat martabat keluarga keluar dari kepompong kemiskinan.

Yayasan ini juga perlu menyediakan dana peruntukkan yang mencukupi bagi menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada anak-anak pendalaman bagi melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara.

Yayasan ini juga perlu membuat jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi yang mempunyai kaitan dengan dunia pendidikan, sebagai jambatan penghubungan antara rakyat pendalaman dengan pihak kerajaan.

Sekian, terima kasih

Mohd Shahar Abduullah
Pengerusi WLPMC Kebangsaan
0192255833


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA