networkedblogs

Bersahabat..

IKLAN RAYA YANG COOL

Saturday, January 5, 2013

#UBAHRoket : DAP Bukti Penggunaan Dakwat Kekal TERLALU Banyak Kelemahan

Ayuh baca pendedahan MANTAP oleh Team Media Selangor berkenaan Pengubahan Keputusan Pemilihan  Jawatankuasa Kerja DAP tempoh hari di SINI

*Peringatan : Artikel ini agak panjang...mohon baca dengan sabar dan tenang....

Vincent Wu (kiri) dikorbankan?
Terbukti, malam tadi selepas kami mendedahkan bahawa DAP bakal mengumumkan kesilapan teknikal dalam pemilihan jawatankuasa kerja pusat mereka (CEC) dengan menggugurkan nama Vincent Wu dan menggantikan dengan nama Zairil Khir Johari adalah tepat sekali (klik sini).

MalaysiaKini telah mengeluarkan kenyataan yang sama lewat 3 jam dari TMS (klik sini) dan kemudian memetik dari laman rasmi Roketkini yang juga dikeluarkan lewat malam tadi selepas didedahkan dahulu oleh TMS.


Namun berita ini tidak begitu diambil peduli oleh mana-mana berita online pro-pembangkang kerana ianya merupakan satu berita yang tidak popular dan mahu dikambus secepat mungkin. 

Sebagai contoh, MalaysiaKini hanya mengeluarkan berita memalukan DAP ini dalam ruangan bahasa Inggeris sahaja dan tidak menyiarkan dalam ruangan bahasa Malaysia langsung.


DAP yang sebelum ini mendabik dada dengan kononnya kecanggihan proses pemiihan CEC melalui penggunaan sistem dakwat kekal (indelible-ink) terpaksa membuat keputusan 'u-turn' dan 'flip-flop' dengan menyalahkan sistem prosesan data komputer dan sekaligus menimbulkan jenaka yang tak masuk akal seperti yang telah dikupas oleh penulis Helen Ng (klik sini).

Apatah lagi, keputusan untuk membatalkan kemenangan Vincent ini diumumkan selepas 3 minggu lebih proses undian dibuat dan dilihat sebagai satu jangkamasa yang terlalu lama serta diragui.

Namun, sebagaimana yang TMS nyatakan terdahulu, melalui sumber yang diperolehi, keputusan tidak popular itu dicapai sebenarnya adalah akibat percaturan pakatan pembangkang dalam meraih kembali populariti mereka.

Satu negara telah membuka mata mereka melihat ke-RASIS-an DAP dalam memilih anggota CEC yang tidak langsung memberikan ruang kepada kaum lain terutama Melayu.

Dengan strategi mengorbankan Vincent Wu, pengikut setia Lim Kit Siang dan mengangkat Zairil, 'anak emas' Guan Eng, ianya satu percaturan yang bakal menutup kelemahan DAP-RASIS dan bakal menghalang mana-mana pihak terutamanya BN menggunakan isu rasis lagi terhadap mereka sewaktu menjelang pilihanraya umum nanti.


Tetapi, sumber dalaman kami turut menyatakan bahawa keputusan itu sebenarnya menyebabkan ramai 'orang lama' dalam DAP berasa marah kerana ianya merupakan perbincangan 'pihak tertinggi' sahaja tanpa mengambil kira sensitiviti mereka yang telah membuang undi dan akhirnya berasa tertipu.

Kita tunggu pula percaturan pembangkang yang bakal menyaksikan PAS akan pusing 360 darjah dan bakal menghentam penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam dalam minggu hadapan.

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA