networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, February 28, 2013

Tiada 'R' Dalam Manifesto Bukti #ManifestoBukanJanji Cincai...Bila Nak Masukkan Hudud Plak?

0 comments

Hak aloh!!!ni namanya melepaskan batuk ditangga..manifesto tak lengkap tapi dah umumkan..buat penat jer puak cai R kehulu-kehilir kata royalti tapi ada kesilapan..dah tau tak ada tu boleh pula betulkan..itu oklah...kita ambil prinsip silap dan betulkan...

Sekarang aku nak kata bila pulak nak masukkan HUDUD? ke memamng HUDUD tak layak dimasukkan dalam Manifesto?
Malah, tindakan Anwar itu dikatakan tidak profesional dan dianggap bertindak sesuka hatinya. 
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, tindakan meminda sesuatu dan bertindak sesuka hati tanpa berbincang adalah perkara biasa bagi Anwar. 
Katanya, tabiat itu telah menunjukkan Ketua Pembangkang seorang yang angkuh dan sombong kerana tidak membawa perkara tersebut di peringkat jawatankuasa pusat.  
"Bagaimana beliau hendak jadi Perdana Menteri sekiranya boleh meminda manifesto sesuka hati hanya setelah diminta berbuat demikian oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu," katanya ketika dihubungi Utusan Online, hari ini. 
Anwar dilaporkan telah meminda manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pakatan pembangkang dengan menambah perkara berkaitan royalti minyak selepas dipersoal oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika menghadiri satu majlis di Pasir Puteh petang semalam. 
Tambahan perkara itu ditulis beliau menggunakan tulisan tangan dan ditandatangani sambil mendakwa ia terlupa untuk memasukkan perkara tersebut yang selama ini diperjuangkan oleh kerajaan Pas Kelantan. 
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Ruslan Kassim pula berkata, perbuatan Anwar yang meminda manifesto tanpa berbincang itu sebagai sangat terdesak untuk menutup kesilapan pakatan pembangkang. Selanjutnya

GAMBAR : Deligasi #MPYM2013 Seronok Dan Puji Kemakmuran Malaysia..@NajibRazak

0 comments

Sepanjang hari ini, saya mengikuti Deligasi Malaysia Palestin Youth Movement (#MPYM2013) mengunjungi Kompleks Kraf KL bersempena Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung bermula 27 Feb hingga 11 Mac 2013...

Apa yang saya lihat kesebelas delegasi dari Palestin ini amat seronok dan memuji kemakmuran dan perpaduan yang ada di Malaysia..

Mereka semua amat kagum betapa banyaknya seni dan budaya kraf tangan di Malaysia..

Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna meluahkan isi hatinya kepada saya bahawa dia sangat bersyukur jika Palestin seperti Malaysia..tiada musuh seperti Israel yang ingin menghancurkan negaranya...

Saya pun katalah yang negara Malaysia memang sudah aman..tapi Malaysia kadangkala ada seperti situasi di Palestin..

Hasna hairan dan bertanya kepada saya..saya pun menjelaskan yang musuh bagi kemakmuran negara Malaysia adalah pihak pembangkang..mereka sentiasa melakukan provokasi liar semata-mata mahu merampas kerajaan..jika Israel ingin merampas negara tapi pembangkang pula mahu merampas kerajaan..sama bukan...

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mana pemilihan kerajaan adalah melalui rakyat daripada sistem pengundian yang telus dan adil..

Kata saya kepada beberapa orang deligasi lagi..mereka ibarat seperti Israel..sentiasa menabur fitnah kononnya sistem PRU di negara ini adalah tipu..itu semua rekayasa daripada pihak mereka...

Sudah tentu rakyat Palestin ini sedih jika mereka tahu rakyat Malaysia sendiri cuba merosakkan ketenteraman awam melalui demonstrasi jalanan seperti BERSIH 3..malah baru-baru ini juga mereka melakukan demonstrasi sekali lagi melalui modusoperandi Himpunan Rakyat..

Realitinya.pembangkang tidak ubah seperti tin kosong...jom saksikan gambar deligasi Pelestin ketika berkunjung ke Kompleks Kraf KL bersempena Hari Kraf Kebangsaan tadi..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@Shilaamzah Tidak Rela Di Risik Setakat Ini...

0 comments

Shila Amzah menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Seakan disuntik semangat baru hingga tiada garis duka pada wajahnya ketika pertemuan di sebuah majlis, semalam, penyanyi Patah Seribu itu tampak teruja menjawab segala pertanyaan media. 

Berbanding ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, hanya menutup mulut selain selesa meluahkan rasa menerusi Twitter. 

Kongsi Shila yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

Mengakui suka memendam, anak pasangan ND Lala dan Fauziah Sarman, lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik. Namun dia enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah nukilan terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada si dia. 
“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Sudah merancang dan mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu, anak sulung daripada empat bersaudara itu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

PAS Tuduh UMNO Pula Benarkan Kalimah ALLAH?

0 comments


Punyelah bodoh PARTI PAS berbelit-belit dalam mengeluarkan kata-kata mengatakan UMNO memfitnah mereka dalam hal membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan untuk digunakan dalam kempen BIBLE BAHASA MELAYU.

Aku rasa tak payah nak perjelas la kebodohan PAS dalam permainan KALIMAH ALLAH ini untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya ini sebab semua dah tahu kenyataan pemimoin-pemimpin LIBERAL PAS yang mempertahankan KALIMAH ALLAH digunakan untuk agama lain.

Tetapi sekarang ini PAS pulak tak mahu mengaku bahawa merekalah yang beria-ia membenarkan KALIMAH ALLAH untuk digunakan kepada agama lain bagi menggantikan nama tuhan mereka.

Bagi aku mudah sahaja untuk PAS membersihkan namanya dan kembali ke pangkal jalan.... Mengaku saja dan buktikan kepada Rakyat MAlaysia yang beragama islam bahawa PAS dengan tegas dan lantang menentang sekeras-kerasanya penggunaan KALIMAH ALLAH digunakan untuk tujuan politik. -Dipetik dari

Pelajar di Batu Pahat Memulangkan Wang Tercicir Berjumlah RM 37,500...

0 comments

BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.

Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.

"Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.

"Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.

"Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ," katanya kepada Sinar Harian.

Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan.

"Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit.

"Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit," katanya.

Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya.

"Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah.

"Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato' Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji.

"Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500).

"Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya," katanya.-SH

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anak Dara Hilang! Ibu Bapa Minta Sebarkan....

0 comments

Betapa sedihnya naluri dan perasa ibu bapa apabila mendapat tahu yang anak mereka hilang...begitulah yang terjadi  kepada keluarga Ayuf Abd Rahman yang mana telah kehilangan anak daranya yang berusia 17 tahun.

Memetik daripada FB Ayuf Abd Rahman :
Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua
Sama-sama kita bantu...sebarkan...


#MPYM2013 - Rakyat Palestin Puji Kehebatan Malaysia..Pembangkang Jer Kata Malaysia Rosak!!!

0 comments
Presiden MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin menyambut ketibaan deligasi MPYM Palestin di KLIA petang semalam
KUALA LUMPUR, 27 Feb - Seramai 11 orang deligasi daripada Palestin hari ini tiba di Malaysia dalam rancangan lawatan mereka selama 10 hari bermula hari ini hingga 9 Mac.

Lawatan ini bermatlamat untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Palestin yang mencakupi aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini kepada kumpulan deligasi.

Ketibaan mereka petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Presiden Malaysia Palestin Youth Movement (MPYM Malaysia), Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin dan Naib Presiden MPYM Malaysia, Arman Azhar Abu Halifah serta kepimpinan MPYM Malaysia yang lain.

Presiden MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin
Shahrul Nasrun berkata ketika ditemubual Media Putrajaya, "saya mengucapkan selamat datang kepada semua Deligasi MPYM Palestin. Sepanjang kunjungan mereka, kita akan mengadakan First Conference For Palestin yang akan diadakan di KLCC pada 2 Mac ini. Mereka juga akan dibawa melawat ke tempat menarik di Malaysia yang akan dikemaskini melalui saluran media sosial dari semasa ke semasa."


Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna
Dalam perkembangan yang sama, Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna berkata "Saya amat kagum dengan perpaduan yang terjalin antara Malaysia dan Palestin yang telah diusahakan oleh Tun Mahathir Mohammad yang kini diwarisi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak".

"Kami akan mengambil peluang ini dengan sebaiknya yang mana kami rasakan Malaysia sebagai sebuah negara harus dijadikan contoh dari aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial" katanya lagi.

Untuk mengikuti secara langsung pergerakan MPYM sepanjang siri lawatan, anda boleh rujuk hashtag #MPYM2013, Twitter @MediaPjO dan Portal Media Putrajaya. -EH/PjO

Wednesday, February 27, 2013

Video Oppa Kanasai Tersebar!!!ADUN DAP Terlibat?

0 comments

Video ini adalah suara hati dari kesedaran masyarakat Cina yang tidak gemar dengan sistem pentadbiran DAP...memang patutpun DAP digelar Kanasai...

Apa tidaknya, macam-macam janji ditaburi tapi haprak...untuk mengetahui penjelasan video ini rujuk SINI


PANAS!!! Saham FGV Catat Keuntungan RM 1.13 Bilion Tahun 2012..Mazlan Aliman Dan Dr Rosli Kantoi Lagi!!!

1 comments
Dr Rosli Dakwa Saham FGV Terus Menjunam
Mazlan Aliman dan Dr Rosli si penasihat '20 percent' yang diimport dari Bangladesh, Persatuan ANAK Felda seharusnya berasa malu kerana tohmahan demi tohmahan yang dilemparnya bagi meracuni fikiran rakyat FELDA mengatakan saham FGV bakal merudum adalah tidak tepat sama sekali...

Sebelum ini dalam siri ceramahnya di kawasan FELDA, mereka mendakwa bahawa masyarakat FELDA bakal mengalami kerugian yang teramat sangat apabila kerajaan BN terlalu kejam menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dalam bursa saham..

Kumpulan ANAK ini wajar mendapat gelaran Anak Derhaka apabila menabur fitnah bahawa warga FELDA bakal kehilangan tanah akibat kerugian saham FGV...

Bak kata orang, setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga...

Inilah nasib yang diterima oleh Mazlan Aliman dan Dr Rosli apabila penipuannya selama ini didedahkan. Semalam FGV melaporkan bahawa :
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (Proft Before Tax - PBT) dan selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement - LLA) sebanyak RM1.126 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pencapaian FGV telah menidakkan ramalan penasihat ekonomi dari Bangladesh ini kononnya Saham Felda bakal merudum..Dari dulu lagi aku katakan yang penasihat ekonomi ANAK ini memang tak ada pengalaman pun untuk analisis saham FGV..kerananya, sewaktu dia di Bangladesh kerjanya hanyalah dalam bidang perbankan dan kewangan sahaja...

Entah macam mana pula Mazlan Aliman ni boleh pula ambil si cacai ni jadi penasihat..kredibiliti memang pembangkang tolak tepi..asalkan dapat memburukkan FGV dan menghasut warga FELDA membenci kerajaan itu adalah tujuan utama mereka..

Pencapaian yang dicatatkan FGV ini memang menjangkau ramalan penganalisis saham dan pengurus dana seperti EBITDA (Earnings Before Interest and Deductible Allowances)...apa tidaknya, keuntungan selepas cukai mencatatkan RM 904 juta sudah cukup bagus dalam keadaan pasaran harga minyak sawit turun dalam 2012...

Memang malulah jadi Mazlan Aliman dan Dr Rosli...apa yang mereka kata selama ini memang sangat bohong sama sekali...kalau betul saham FELDA hendak bankrap, kenapa pula tiba-tiba boleh keluar laporan saham FELDA mencatatkan keuntungan?

Itulah, lain kali jangan celupar sangat nak buat Fitnah...Allah SWT bayar cash beb!!!

Ini adalah satu berita gembira buat masyarakat FELDA yang sabar dan bertahan dengan fitnah daripada puak cai ANAK Derhaka ni...Pendapatan FGV pata tahun 2012 mencatatkan jumlah sebanyak RM 12.89 bilion berbanding RM 7.45 bilion pada tahun sebelumnya...

HE : Depa kata FELDA akan Bankrap..tapi sekarang ni bankrap pun tidak malah catatkan keuntungan besar..itu pun cai tak sedar ke?

Tuesday, February 26, 2013

WOW!!! 500,000 Rakyat Sambut Jelajah PKR di KEDAH!!!

3 comments

Pergh!!terbeliak biji mata aku dapat certita ni dari blog McTheory..kalau nak tipu tu agak-agaklah!!!..menurutnya Blog Kedah ke KL :
Program PKR Jelajah Merdeka Rakyat di kawasan Dun Bukit Selambau. Mc diberitahu 100 ribu orang telah berkunjung ke sana. Hebat memang hebat! he he.. Kalau tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni. -sumber
Nilah dasar blogger UMNO..suka sangat menipu...angka yang banyak disikit-sikitkan...Mc laporkan 100 ribu adalah satu penipuan!!!angka sebenar yang dicatatkan ialah 500,000 orang!!!

Bawah ni BUKTINYA!!!




HE : sudah-sudahla tu blogger UMNO!!janganlah nak menipu!!!kalau 500,000 tulis lah angka sebenar!!tak yahlah tulis 100,000...kahkahkah!

RM 4,000 Gaji Bulanan #ManifestoPRBukanJanji Yang Terbaru...

0 comments

Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika perikatan pembangkang itu ke Putrajaya.
"Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan," katanya.

Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif swasta.

"Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang," katanya.

PR juga mengulangi dasar pendidikan percuma dalam manifestonya.

Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan manifesto itu memberitahu, PR akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

PR akan memastikan yuran pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi awam akan ditanggung kerajaan baru itu.

"Semua pelajar di institusi milik awam akan memberikan elaun sara hidup untuk menampung kso kediaman, makan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya," katanya selain PTPTN juga akan dihapuskan. Baca Selanjutnya

Wacana 'KUASA POLITIK MAHASISWA' - @TunFaisal @NikNazmi @Siswa4Peace

0 comments

Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-17 pada hari ini dengan mengetengahkan topik Kuasa Politik Mahasiswa.

Para panelis akan mengupas soal sejauh mana kuasa politik yang ada dalam genggaman mahasiswa dan sejauh mana ia mampu mengubah landskap politik negara.

Adakah ruang dan peluang yang diberi selaras dengan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Wacana Sinar kali ini membawa isu ini untuk dikupas secara kritis dan melihat adakah kuasa politik mahasiswa ini boleh menjadi penentu siapa pemerintah negara untuk dekad seterusnya.

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian akan menampilkan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz, penganalisis politik dari UiTM, Prof Dr Azmi Hassan, Timbalan

Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal dan Presiden Gabungan Majlis Belia Malaysia, Azan Safar.

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini, jam 2.30 petang.

Program ini anjuran bersama Sinar Harian Online, Astro Awani dan mobTVmy dengan kerjasama Kagum.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi talian 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

Pemimpin PR Malu Mengaku Anwar Bakal PM..Katanya Strategi? #ManifestoPRBukanJanji

0 comments

Inilah yang terjadi dalam Pakatan Rakyat..mereka terlalu merebut kuasa dari BN untuk memerentah tetapi masih teragak-agak siapakah yang layak untuk menjadi Perdana Menteri...

Mengikut ramalan cacai makan dedak..mereka sukakan Anwar Ibrahim...tapi berbeza dengan cacai yang hipokrasi PAS, mereka lebih mahukan Hadi Awang...memilih pemimpin pun masih teragak-agak membuatkan mereka memang tidak layak memerentah kerana masih tiada penstrukturan yang jelas...

Berbeza dengan BN...tanyalah siapa sahaja.baik pemimpin sampai ke rakyat marhaen...semua akan kata DS Najib akan jadi PM...betul tak?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.  
“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut. 
Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.  
Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum. 
Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS. 
Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar. 
"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.  
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambil pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau. 
Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan. 
"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.


HE : Hina sangat ke Anwar Ibrahim sampai susah sangat nak mengaku?dia sendiri pun tak yakin...hehe

Sunday, February 24, 2013

Pemimpin Tertinggi Pembangkang Dilaporkan Menghidap HIV

2 comments
Only the super rich can afford to be kept alive by this
expensive 3 in 1 AIDS suppressant drug cocktail!

He is infected with HIV positive for the last 14 years now! For every man and woman he had sex with chances are these partners will be infected!

I will try not to mention name but this HIV positive stricken opposition politician is being kept alive by taking a very expensive HIV cocktail 3-in-one salmon coloured pill called ATRIPLA at the cost of USD $1,150.00 (about RM3588 a month) for a 30-day supply.

Only the rich can afford to have the luxury of buying and paying that amount for every month supply.
This politician once refused to give sample of his blood for police investigation claiming the government will contaminate needles with AIDS virus that will infect his blood.

But truth be told that his real reason was to hide the fact that his blood is already contaminated and infected with HIV positive. I just hope that those he had sex with will have enough brain to have their blood check for HIV positive.

Sources told me he gets his supply via FedEx from the USA and sent to the house.

In the beginning for the longest time now I did not want to post this, in a way, sad piece of news of a dying man who, out of anger and revenge, will take and tear down this country just because he thought he was maligned but the truth of the matter is he is a victim of his own doing.

I just hope that Malaysians who worship this sad and pathetic and tragic man to not be duped by his lies and cheating.

Khalid 'Sasau' Selepas Kalah Di Mahkamah Rakyat...

0 comments

Gara-gara marah kerana tewas di mahkamah MB Selangor TS Khalid Ibrahim bertindak bagai dirasuk syaitan dengan mengeluarkan arahan menggantung semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan.

Menurut laporan portal Media Selangorku terang-terang menyebut,Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.Dengan arahan tersebut, bermakna Khalid sengaja membuat onar terhadap Kerajaan Persekutuan dan pada masa yang sama menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan.

Projek di atas adalah antara contoh projek Persekutuan di Selangor, iaitu pembinaan jambatan antara Pulau Carey dengan Pulau Indah di Pelabuhan Klang.Projek di atas amat penting bagi mempermudahkan trafik antara Pelabuhan Barat di Pulau Indah dengan tanah besar dalam konteks meningkatkan lagi kecekapan pelabuhan tersebut mengendalikan kargo ke seluruh negara.Khalid bertindak dengan kemarahan walhal jambatan tersebut dibina demi kesejahteraan rakyat di negeri yang ditadbirnya.

Jika inilah sikap dan pendirian Khalid, maka rakyat Selangor WAJIB menolak Khalid dan Pakatan Rakyat dari terus mentadbir Selangor.

Sumber : http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/02/khalid-ibrahim-sudah-dirasuk-syaitan.html?m=1

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hati-Hati Panggilan Telefon!!!

0 comments

Ada orang yang menerima panggilan dari +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375 atau +371 atau 081, hanya satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan “missed call”…

Jika anda membuat panggilan semula ke nombor tersebut, anda akan dicas sebanyak $15-$30, dan semua senarai contact akan disalin dalam masa 3 saat.

Jika anda mempunyai maklumat akaun bank dalam telefon pintar anda, mereka boleh menyalinnya. Kod +375 dari Belarus dan kod +371 dari Latvia. Jangan jawab atau panggil balik nombor-nombor tersebut.

Tolong hantar dan kongsi maklumat ini dengan rakan dan keluarga anda.

HAIWAN : Kenyataan Nik Aziz..Benarkah?

1 comments

Nik Aziz mempertahan kenyataannya memberi bantuan kewangan ibarat memberi makanan kepada haiwan...
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan. 
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut. 
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat. 
"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno,"
Dia tidak sedar sejak PAS bersama pakatan, bermacam-macam janji termasuk memberi bantuan berupa wang ringgit untuk rakyat..ini tidak pula dikatakan sebagai binatang diberi makan?

Bila BN beri BR1M mulalah dia sakit hati dan beri perumpamaan bodoh..Nik Ajis dan PAS selama ini jangan lupa dia juga mengamalkan bantuan kewangan untuk menarik undi...bukan itu sahaja, mereka lebih teruk dengan menjanjikan bulan dan bintang walaupun mereka sedar tidak mampu menunaikan...

PAS Selangor bersama rakan pakatan menjanjikan macam-macam...
macam mana nik Ajis boleh kata mereka berikan agama semata-mata tanpa sajikan wang dan bantuan untuk rakyat...

Kata Nik Ajiz, PAS beri rakyat Ilmu agama..
ilmu agama mana yang kata janji tapi tak tunai?
HE : Inilah namanya mempermainkan agama...kata perjuangan mereka tak beri duit dan bantuan tapi sebenarnya mereka turut amalkan....sudah-sudahlah Nik Ajiz!!!

Saturday, February 23, 2013

PANAS!!! Peneroka Felda Buat Laporan Polis Ditipu PAS Sebanyak RM 1.4 Juta?!!!

0 comments

Berita panas dari Terengganu ini diterima semalam apabila PAS Dungun dikatakan telah songlap duit para peneroka Felda Kerteh..

Disebabkan penipuan itu, satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Ketengah Jaya, Dungun...Aku fikir puak PAS ni jujur...rupanya lagi teruk kaki songlap rupanya...Laporan polis tersebut dibuat bagi menuntut wang bayaran tambahan penyediaan tapak rumah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) generasi kedua semasa zaman pemerintahan PAS(1999/2004).

Hasil risikan yang terperinci telah aku buat...semasa era pemerintahan PAS, ada antara pemimpin PAS Dungun telah mengadakan kutipan wang bagi menjalankan projek penyediaan tapak generasi kedua Felda Kerteh dengan kadar RM 800 hingga RM 1,300 yang mana telah melibatkan seramai 1,080 orang...

Sehingga ini bukan nak katakan tapak...duit pun lesap entah ke mana bayangkanla kalau RM 800 didarabkan 1,080 orang dah jadi RM 864,000...

Kalau RM 1,300 x 1,080 = RM 1.4 juta tu!!!

Bila aku cerita ni mesti puak PAS tak percaya..oklah aku bagi nama individu yang buat laporan..maklumatnya di bawah :

Laporan dibuat oleh MUHAMAD ROSDI BIN FAUZI
Pekerjaan: Peniaga pasar malam (anak peneroka generasi kedua)
No K/P: 801009-11-xxxx
Alamat : No xxx, Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, DUNGUN. 

Sejurus laporan polis dibuat, satu bantahan aman telah diadakan di tanah lapang hadapan Balai Polis Ketengah Jaya, DUNGUN. 

HE : Teruk puak PAS ni..kerjanya nak songlap duit orang jer...kesian alahai nasib Peneroka..jelajah ANAK sembang kata BN tipu rakyat apa semua dalam diam puak depa balun RM 1.4 Juta...mak oi!!!

Mahasiswa Bukan Binatang Dan #BB1M Bukan Makanan Binatang!!!

1 comments

Mahasiswa seluruh negara berasa bertuah apabila kerajaan Malaysia telah melancarkan gelombang kedua Bantuan Buku 1 Malaysia (BB1M) yang telah diserah pada minggu pertama semester...

Jumlah RM 250 tidak la sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang bakal mereka dapat...

Tapi ada pemimpin pembangkang yang menyamakan pemberian bantuan kepada rakyat sebagai binatang mendapat makanan...

Orang yang harus digelar binatang adalah situa kutuk tu...ada saja nak bangkangnya...

HE : Beri bantuan sikit bising..beri bantuan banyak pun bising..tak beri bantuan lagilah bising..bangang punya orang tua!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sesi Soal Jawab Bersama YB Nasha Di TV 3 Catat Jumlah Penonton Teramai...

0 comments

Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.

Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.

Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan “Nasharuddin – Berjuang Dalam Kontroversi” ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber)

 

Salahuddin Bakal Diratah Jika Bertanding Di PULAI Johor...

0 comments

Tak sabar aku nak tengok Si Salahuddin ni bertanding kat Johor...dengar cerita dia nak bertanding di Parlimen Pulai..biar betul meh...

Ada hati nak sailang itu Datuk Jazlan meh...fikir-fikir dulu ya...jom tengok statistik kemenangan bergaya Datuk Jazlan..

Ada Hati meh....nak lawan..hehe

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengalu-alukan sekiranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berhasrat bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Nur Jazlan yang menjadi anggota parlimen Pulai selama dua penggal mulai 2004 berkata adalah suatu penghormatan jika pemimpin PAS itu, yang juga anggota parlimen Kubang Kerian, mahu mencabarnya di kawasan itu. "Salahuddin ialah naib presiden PAS dan mahu bertanding dengan seorang ketua Umno Bahagian biasa, jadi sudah pasti ia pertandingan yang amat menarik...tapi jangan anggap beliau akan mendapat laluan mudah di Pulai.

"Saya dan Salahuddin tiada masalah di Parlimen...beliau kawan saya, jika benar beliau mahu bertanding kerusi parlimen Pulai, saya mengalu-alukannya. Saya tidak gentar," katanya di sini, Jumaat.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kuat mengatakan naib presiden PAS yang dilahirkan di Pontian itu akan bertanding di kawasan parlimen Pulai pada PRU-13 kali ini. Kepimpinan tertinggi PAS dikatakan mahu Salahuddin bertanding di Johor bagi memimpin jentera pilihan raya pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi calon menteri besar Johor jika berjaya mengambil alih Dewan Undangan Negeri Johor.

Pada pilihan raya umum 2008, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Abdullah Ideris dengan majoriti besar 20,449 undi manakala pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Md Nasir Ab Wahab dengan majoriti 34,926 undi.

Nur Jazlan yang fasih berbahasa Mandarin berkata faktor pengundi bukan Melayu yang kini melebihi pengundi Melayu berkemungkinan merupakan tarikan utama Salahuddin untuk bertanding di kawasan parlimen Pulai.

Katanya berdasarkan warta terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi kawasan parlimen Pulai kini 99,542 Melayu 48 peratus, Cina 41 peratus, India 10 peratus dan lain-lain, satu peratus.

"Seorang pemimpin PAS yang berjuang untuk membentuk negara Islam yakin menarik undi daripada pengundi kaum Cina di parlimen Pulai, sesuatu yang amat bertentangan dengan apa yang dimahukan pengundi Cina di sini.

"Saya yakin pengundi parlimen Pulai mengetahui apa yang sudah saya lakukan selama dua penggal menjadi wakil anggota parlimen mereka," katanya. -BERNAMA

Video 'Sulit' Menolak Pakatan Rakyat Tersebar...Kahkahkah!!!!

1 comments

Are You Ready For Pakatan Rakyat???

NO.........

Are You Ready For Pakatan Rakyat???

NO.........

Lucu wey....rakaman sulit ini dikatakan dirakam ketika ceramah Anwar di DUN Sri Andalas, Klang...kelakarnya....

Kalau masa konsert PSY tempohari tu comfem edit tapi video ini tak ada edit...comfem!!!aku tau cacai mesti kata ini video edit...biasalah...puak mereka mana nak ngaku lemah...haha..

Video sulit dibawah....


Blogger Pro BN Dalam Keadaan Sedia Untuk PRU 13..Jangan Cuba Rosakkan Momentum Ini... - @NajibRazak @KhairyKj @TunFaisal

0 comments
BN wajar beri penghargaan yang lebih baik kepada blogger dan cybertroopers pro-BN


Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda. SELANJUTNYA

HE : Sekarang bukan masanya untuk kita memperkecilkan usaha orang lain....fokus pada PRU 13...

Friday, February 22, 2013

Penyanyi Yassin Kini 'Milik' Anwar Ibrahim...

5 comments

Pengakuan yang diberikan Yassin benar-benar jujur dan telus bahawa dia memang benar menjadi duta parti politik...

Walaupun berbeza parti aku berharap penampilan Yassin bersama PKR lebih cerdik dari ostazah janda Abby Abadi yang memang bengong...

Sudah lah bengong..memainkan agama pula...biarlah kita berlawan dasar dan hujah..tapi jangan memainkan agama...agama sebagai panduan hidup..bukannya alat permainan...

HE : Anwar memang pandai pilih duta...jambu gak..hehe...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr Fadzilah Kamsah Beri Penjelasan Isu Video!! Tak Perlu Guna TV 3 Pun...

2 comments

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-


HE : Puak cacai bab mengaibkan orang memang cemerlang...tak ada pulak Dr Fadzilah mahukan TV 3 Selama sejam untuk beri penjelasan..Hadi Awang tu mengada je lebih..

Salah 1 Bukti PAS Parti Tunggangan Dalam Pakatan Rakyat

0 comments



PAS hari ini melancarkan trak ‘Negara Berkebajikan’ yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.

Apa yang mengherankan kita ada badannya tertulis “Negara Berkebajikan’ dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng namun jika diperhatikan pada badan trailer DAP dan badan Bas PKR tiada pula gambar Presiden Pas ini.


Dari apa yang kita lihat sudah tergambar kepada kita Pas sememangnya hanya layak bergelar seekor keldai kepada dua buah parti tersebut, sedangkan PKR dan DAP tidak menghiraukan langsung sensitiviti PAS dalam rakan pakatan.

Walaupun perkara ini kecil dan tidak perlu diperbesarkan namun sekecil-kecil perkara pun mereka tidak sekepala apalah pula nasib Pas andai pakatan memerintah nanti.

PasPisPus: Kesian Pas asyik kena promosi muka pemimpin dalam pakatan sedangkan hakikat mereka hanyalah seekor keldai tua yang menurut perintah! SELANJUTNYA 

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA