networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, February 19, 2013

2,791 Graduan Pendidikan Tidak Perlu Hadiri Temuduga


Seramai 2,791 daripada 7,824 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini, hari ini memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal. 

"Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM," menurut kenyataan itu. 

Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 graduan pendidikan pula perlu menduduki temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan. 

Layari http://www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA