networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, February 20, 2013

Benarkah @UstazFathulBari Akan Mewakili UMNO Bertanding Pada PRU Ini?



Akhbar Penjilat pakatan MalaysiaKini melaporkan bahawa UMNO bersifat terbuka untuk mencalonkan nama-nama yang dirasakan boleh menang..antara golongan itu ialah diterima rakyat tidak kira usia, ulama...apa pun dalam laporan yang ditulis ada unsur dakwaan bahawa Ustaz Fathul Bari bakal bertanding...

Baca laporan dari penjilat pakatan dibawah...
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno akan memberi peluang kepada golongan muda termasuk ulama sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. 
Umno akan memberi peluang tersebut sekiranya ia merupakan kehendak rakyat, katanya sepeti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini. 
"Calon bukan apa uanmg Umno atau presiden (Datuk Seri Najib Razak) mahukan. Rakyat yang mehu mereka menjadi wakil mereka, maka kita beri peluang. 
"Itu yang akan parti pilih. Ia termasuklah ulama, imam atau warga vetera selagi rakyat merasakan inilah calon terbaik sebagai wakil rakyat," katanya seperti dipetik akhbar tersebut. 
Antara pemimpin ulama yang sering diketengahkan dalam program anjuran Umno sebelum ini ialah pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda parti itu, Fathul Bari Mat Jahaya. 
Kenyataan Tengku Adnan itu juga timbul susulan pengakuan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. 
Lulusan syariah Universiti Al-Azhar, Mesir itu turut mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.
HE : Tak kisahlah calon tua ke apa yang penting mampu membela nasib rakyat...jangan puak cai fikir Nik Aziz kenapa tak boleh...haha..apa dia buat?apa jasa dia?jangan cakap jasa dia maki hamun dan buruk-burukkan UMNO sudah ler!!! 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA