networkedblogs

Bersahabat..

Ku Mohon (Lebaran Aidilfitri)

Tuesday, February 19, 2013

DUN Selangor Bakal Dibubar Jumaat ini?


Kami menerima emel mengenai salinan satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor .
Ia ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Sulaiman Abdul Rahman bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Surat pekeliling itu menyatakan yang pejabat pentadbiran Dewan Negeri telah mengambil langkah awal dengan memberhentikan pembayaran elaun bulanan kepada ADUN melalui ‘payroll’ mulai Februari 2013 sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Sehubungan itu, elaun berkenaan selepas ini akan dibayar melalui baucer secara berasingan.
Dengan edaran surat ini, makin jelas kerajaan negeri dipercayai akan membubarkan DUN dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri sebelum ini membayangkan untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh.
Mengikut kalendar Cina, Chap Goh Meh jatuh pada hari Ahad ini, mungkinkah DUN terus dibubarkan selepas itu seperti seperti mana yang diperkatakan?
Atau mungkinkah Jumaat ini dipilih Khalid sebagai memberkati penghulu segala hari itu?
Sebelum ini Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (Kita) itu dipetik sebagai berkata, pemimpin politik di negara ini wajar duduk bersama untuk menentukan tarikh pilihan raya.
“Ini kerana, saya lihat negara kita ini sering berpolitik dalam segala hal. Tarikh pilihan raya pun dipolitikkan.
“Saya juga cadang kita ikut cara Amerika Syarikat tentukan tarikh. Mereka tetap tarikh PRU seterusnya, selepas selesai pilihan raya,” katanya.
Beliau berpendapat, tindakan Kerajaan Selangor mengumumkan awal pembubaran untuk mengelakkan lebih banyak isu-isu negatif timbul.
“Jika lebih lambat PRU13, mereka khuatir beri kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, kerana jika dilihat banyak isu dikaitkan dengan Selangor seperti krisis air,” katanya. SELANJUTNYA

1 comment:

Anonymous said...

bagus la dia bubar awal. Boleh aku ngundi kt selangor dulu. Lepas tu bwk org umah mengundi kat perak pulak. Bodoh2 khalid pon ada pandainya. Pandai melingkupkan diri sendiri.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA