networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, February 24, 2013

HAIWAN : Kenyataan Nik Aziz..Benarkah?


Nik Aziz mempertahan kenyataannya memberi bantuan kewangan ibarat memberi makanan kepada haiwan...
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan. 
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut. 
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat. 
"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno,"
Dia tidak sedar sejak PAS bersama pakatan, bermacam-macam janji termasuk memberi bantuan berupa wang ringgit untuk rakyat..ini tidak pula dikatakan sebagai binatang diberi makan?

Bila BN beri BR1M mulalah dia sakit hati dan beri perumpamaan bodoh..Nik Ajis dan PAS selama ini jangan lupa dia juga mengamalkan bantuan kewangan untuk menarik undi...bukan itu sahaja, mereka lebih teruk dengan menjanjikan bulan dan bintang walaupun mereka sedar tidak mampu menunaikan...

PAS Selangor bersama rakan pakatan menjanjikan macam-macam...
macam mana nik Ajis boleh kata mereka berikan agama semata-mata tanpa sajikan wang dan bantuan untuk rakyat...

Kata Nik Ajiz, PAS beri rakyat Ilmu agama..
ilmu agama mana yang kata janji tapi tak tunai?
HE : Inilah namanya mempermainkan agama...kata perjuangan mereka tak beri duit dan bantuan tapi sebenarnya mereka turut amalkan....sudah-sudahlah Nik Ajiz!!!

1 comment:

Maria Clara said...

seorg ulama' xkan ckp prkara2 yg boleh memperbodohkan diri sendiri...terasa terhina bila seorg islam yg digelar ulama' boleh keluarkan kenyataan sebegitu...layakkah dia nak samakan perlakuan manusia dgn binatang hnya krn menerima bantuan dari parti politik lawan??? dia pn belum layak digelar ulama'...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA