networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, February 18, 2013

'Hijrah' Siti Nurhaliza Tidak Lengkap Jika Tak Jadi 'Pelacur Politik PAS'?



Ini barulah namanya hijrah...dari tidak bertudung kini bertudung...Siti tahu dan sedar yang hijrah menutup aurat bukan kerana parti Politik tetapi kerana keikhlasan...

Cai-cai pakatan sudah pasti akan mencari salah Siti selepas ini kerana sakit hati Siti berhijrah tidak masuk PAS...

Buat cacai haramjadah..mereka pasti merasakan penhijrahan Datuk Siti tidak lengkap kerana tidak menyertai parti pembangkang...bagi mereka setiap orang yang berhijrah harus masuk PAS..puih!!!


PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berniat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagaimana sesetengah artis wanita lain yang telah berhijrah dan menutup aurat.

Siti, 34, berkata, niatnya memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.

"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online.

Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, Siti turut menjelaskan komennya mengenai kehadiran penyanyi dari Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini hanya pandangannya sebagai anak seni dan rakyat biasa.

Siti menjelaskan beliau tidak pernah menolak kedatangan artis dari luar negara ke Malaysia namun pada masa sama artis tempatan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

"Saya menghargai bakat-bakat dari luar negara malah tidak pernah menolak kehadiran mereka ke Malaysia namun pengiktirafan terhadap artis tempatan tidak boleh dipandang ringan.

"Alangkah baiknya jika ada pihak yang sanggup menaja untuk persembahan artis tempatan dengan nilai sama dan saya yakin bakat-bakat tempatan tidak kurang hebatnya," jelasnya.

Siti juga berharap komen tersebut tidak dikaitkan dengan politik kerana ulasan tersebut sebagai luahan dan pandangannya sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA