networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, February 17, 2013

Ingatan Buat Budak Sewel #GM13!!! @Hafiz_Ariffin

Baru-baru ini, mahasewel seluruh negara yang dinamakan cap #GM13 telah menyerang kawasan PEKAN ala samseng yang mana mereka sangat biadap..puak-puak haramjadah ini akhirnya akur bahawa mereka tidak mampu memecah belahkan masyarakat PEKAN yang menyokong penuh kepimpinan DS Najib Razak...

Nama pun mahasewel...semua tindakan mereka memang sewel....tindakan bengong mereka yang pecah masuk kampung telah disekolahkan oleh seorang student dari UTHM yang juga Pengerusi MPPK, Sdr Hafiz Ariffin...ikuti komen beliau....


MPPK berpandangan agar GM13 harus mengambil langkah yang rasional bila ke kampung orang khususnya dalam usaha berkempen sempena PRU-13.

Sememangnya demokrasi harus direalisasikan dengan kebebasan untuk menterjemahkan pemikiran dan idealisma terhadap sesuatu perkara tanpa sekatan. Namun yang demikian, kebebasan itu haruslah disertakan dengan adab, sifat hormat-menghormati apatah lagi bila bertandang ke tempat orang.

Amnya,masyarakat kampung mempunyai semangat yang tinggi dalam senario memilih tampuk kepimpinan negara. Namun apabila kampung mereka dimasuki oleh orang yang dianggap asing, sememangnya ianya menimbulkan kemarahan dan ketegangan.

MPPK melihat dalam hal ini perlu ada rasional dari kedua belah pihak dimana, aktivis GM13 harus menghormati pihak masyarakat kampung khususnya bagi kawasan yang didominasi oleh kem lawan, kerana adab dan budi bahasa menjadi tiket asas masyarakat menerima seseorang. Tindakan biadap dan provokasi sememangnya mengundang insiden yang tidak diingini.

Bagi masyarakat kampung di Pekan, MPPK menyarankan agar bersabar dan tidak mudah melatah dan melakukan tindakan yang tidak rasional.

Mahasiswa seharusnya menjadi agen perpaduan dan keamanan kepada masyarakat kerana telah dibekalkan dengan ilmu serta dilatih agar mempunyai keperibadian yang baik.

MPPK dengan ini menyarankan agar GM13 dapat menyelesaikan konflik bersama masyarakat kampung di Pekan dengan aman dan beredar secara profesional.

Hafiz Ariffin
Pengerusi
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan12/13

1 comment:

Anonymous said...

Budak x cukup akal,Ingat title mahasiswa tu dh boleh bagi makan raayat ke!dengar kata2orang tua2 dahulukala sebagai panduan:
Mandi dengan budak,keroh air dihulu
Tidur dengan budak,putus tali kelambu
Makan dengan budak,lauk habis dulu!
Nak sunatkan budak,jangan tunggu cambah bulu!
Nilah jadinya,ganas x tentu arah!
Makan pun PTPTN tanggung,sepatutnya belajar untuk perbaiki diri,ni tidak baru pandai melangkah,nak nak buka bangsal silat!

..............anak PTAWAR

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA