networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, February 21, 2013

KL Ke Singapura Hanya 90 Minit!!! Keretapi Laju BN Buat PAS Tak Senang Duduk.... #PASesat #PenipuRakyat


Kemajuan negara yang pesat membangun dibawah pemerintahan Barisan Nasional telah melonjakkan nama Malaysia sebaris dengan negara maju yang lain menjelang tahun 2020...disebabkan hal ini, perkembangan prasarana dan kemajuan pembangunan amat diutamakan oleh kerajaan Barisan Nasional..

Menjelang tahun 2020 iaitu tahun dimana negara kita dijangka akan menjadi sebuah negara maju, atas inisiatif Barisan Nasional iaitu Kerajaan Malaysia telah menandatangani persetujuan bersama dengan Singapura untuk membina projek Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan hanya mengambil masa 90 Minit...

Antara lokasi yang dirancang ialah :

KL ----> SEREMBAN ----> AIR KEROH ----> MUAR/PAGOH ----> B.PAHAT ----> ISKANDAR MALAYSIA ----> SINGAPORE
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong membuat pengumuman projek itu selepas mengadakan pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Singapura.

Kedua-dua pemimpin bersetuju usaha itu adalah perkembangan strategik kepada hubungan dua hala yang seterusnya akan meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dan Singapura.

Kong berkata, pembinaan landasan lebih 400 kilometer itu akan membolehkan waktu perjalanan antara kedua-dua bandar raya dipendekkan kepada hanya 90 minit.

Beliau berharap projek kereta api berkelajuan tinggi itu akan dimulakan secepat mungkin memandangkan ia mengambil masa untuk dilaksanakan.
"Sebahagian besar daripada landasan itu akan dibina atas tanah," katanya, dan menambah projak itu membabitkan perkongsian awam-swasta.


Ini berbeza dengan kerajaan Pakatan Pembangkang Kelantan yang mana mereka hanya merancang tapi berita sudah keluar...

Contohnya Keretapi laju Kota Bharu ke KL...perbincangan dengan pihak untuk melaksana projek ni belum dibuat tapi mereka sudah heboh...

Ibaratnya malam tadi mimpi naik keretapi laju ke KL esok buat pengumuman akan membina projek ini...nampak sangat mereka lemah mentadbir...berbeza dengan kerajaan BN...mereka telah bertemu dengan pemimpin Singapura dan bersetuju barulah mereka buat pengumuman...



Mereka pong pang nak buat keretapi laju boleh pula walaupun itu hanya imaginasi..bila BN nak buat keretapi laju ada saja alasan mereka kata membazirlah...dulupun masa Tun M nak buat Putrajaya depa kata itu projek membazir...sekarang ini depa pula gilakan...

Samalah dengan Projek Lebuhraya...itu semua projek membazir kata depa..tapi sekarang pemimpin pembangkang pun guna...

HE : Malam tadi mimpi naik JET esok panggil media umumkan nak buat lapangan terbang jet...itulah pembangkang...janji keluarkan berita gempak...bila dah tak mampu nak buat ada saja cari alasan nak salahkan orang lain

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA