networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, February 8, 2013

Mazlan Aliman Tiru Cara Komunis Tipu Masyarakat FELDA...


Sebelum ini, aku ada mempersoalkan kredibiliti Mazlan Aliman untuk membicarakan tentang pasaran saham Malaysia khususnya saham FGV..

Hairannya sehingga ini, aku lihat apa sahaja ungkapan yang dia keluarkan hanyalah bersifat mempengaruhi dan bersifat berat sebelah yang mana hanya memenangkan pihak sebelah pembangkang sahaja...

Jika korang masih ingat, pada zaman dahulu, komunis Rusia menggunakan strategi mengulangi penipuan untuk mempengaruhi minda rakyat..jika pembohongan diulangi acap kali maka masyarakat akan percaya...
Quotenya berbunyi :

“A lie told often enough becomes the truth” - Vladimir Ilyich Lenin (1970 - 1924)
Pernahkah anda terfikir mengapa Mazlan siala komunis ini begitu beria-ia mempertikaikan pasaran saham FELDA..yang peliknya dia hanya mempertikaikan saham FGV sahaja...

Kalau hendak diikutkan, beberapa hari lalu memang benar saham FGV turun...perlu diingat bahawa, bukan hanya saham FGV sahaja yang turun malah ada banyak lagi saham-saham oleh syarikat gergasi turun...

Kelmarin, 1021 syarikat tersenarai dalam bursa, daripada nilai tersebut, 240 syarikat untung dan 450 rugi..tidak hairanlah jika saham FGV jatuh kerana hampir 50% saham turut mencatatkan penurunan...jika Mazlan Aliman sibuk sangat hendak mengkaji saham, mengapa dia tidak mempersoalkan turun naik saham syarikat lain?

Buatlah perbandingan saham dengan saham...jangan pula buat perbandingan saham dengan pakatan rakyat.itu memang tidak kena!!!

Sikomunis ini memandai pula fitnah kata, Kerajaan menyenaraikan FGV dalam bursa saham adalah untuk mendapatkan dana tambahan untuk PRU...memandai jer fitnah kata macam tu..kalau betul dakwaan Mazlan Aliman, sila buktikan..jangan bercakap ibarat orang baling batu sembunyi tangan...

Untuk pengetahuan anda. Felda turut melabur di Amerika Syarikat dan Kanada dalam sektor minyak sayur-sayuran dan bijirin berasaskan minyak oleokimia yang mana menghasilakan produk kosetik..takkan itu pun Mazlan nak kata BN punya kerja untuk tambah saham?agak-agaklah!!!

Kalau macam tu...mengapa dia tak kata semua syarikat gergasi yang masuk bursa saham adalah agen BN untuk tambah dana PRU...

Benda yang lucunya ialah si Mazlan ni kata penyenaraian FGV dalam keadaan tergesa-gesa adalah langkah silap...nampak benor nipunya...ketika penyenarian FGV, pada tahun 2012 Indeks Komposit Bursa Malaysia adalah pada tahap yang paling tinggi...itu pun kalau Mazlan ini pandai analisa indeks saham..hehe

HE : Pembohongan yang diulang acap kali akan membuatkan rakyat percaya....itu cara Mazlan!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA