networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, February 28, 2013

#MPYM2013 - Rakyat Palestin Puji Kehebatan Malaysia..Pembangkang Jer Kata Malaysia Rosak!!!

Presiden MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin menyambut ketibaan deligasi MPYM Palestin di KLIA petang semalam
KUALA LUMPUR, 27 Feb - Seramai 11 orang deligasi daripada Palestin hari ini tiba di Malaysia dalam rancangan lawatan mereka selama 10 hari bermula hari ini hingga 9 Mac.

Lawatan ini bermatlamat untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Palestin yang mencakupi aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini kepada kumpulan deligasi.

Ketibaan mereka petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Presiden Malaysia Palestin Youth Movement (MPYM Malaysia), Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin dan Naib Presiden MPYM Malaysia, Arman Azhar Abu Halifah serta kepimpinan MPYM Malaysia yang lain.

Presiden MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin
Shahrul Nasrun berkata ketika ditemubual Media Putrajaya, "saya mengucapkan selamat datang kepada semua Deligasi MPYM Palestin. Sepanjang kunjungan mereka, kita akan mengadakan First Conference For Palestin yang akan diadakan di KLCC pada 2 Mac ini. Mereka juga akan dibawa melawat ke tempat menarik di Malaysia yang akan dikemaskini melalui saluran media sosial dari semasa ke semasa."


Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna
Dalam perkembangan yang sama, Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna berkata "Saya amat kagum dengan perpaduan yang terjalin antara Malaysia dan Palestin yang telah diusahakan oleh Tun Mahathir Mohammad yang kini diwarisi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak".

"Kami akan mengambil peluang ini dengan sebaiknya yang mana kami rasakan Malaysia sebagai sebuah negara harus dijadikan contoh dari aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial" katanya lagi.

Untuk mengikuti secara langsung pergerakan MPYM sepanjang siri lawatan, anda boleh rujuk hashtag #MPYM2013, Twitter @MediaPjO dan Portal Media Putrajaya. -EH/PjO

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA