networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, February 27, 2013

PANAS!!! Saham FGV Catat Keuntungan RM 1.13 Bilion Tahun 2012..Mazlan Aliman Dan Dr Rosli Kantoi Lagi!!!

Dr Rosli Dakwa Saham FGV Terus Menjunam
Mazlan Aliman dan Dr Rosli si penasihat '20 percent' yang diimport dari Bangladesh, Persatuan ANAK Felda seharusnya berasa malu kerana tohmahan demi tohmahan yang dilemparnya bagi meracuni fikiran rakyat FELDA mengatakan saham FGV bakal merudum adalah tidak tepat sama sekali...

Sebelum ini dalam siri ceramahnya di kawasan FELDA, mereka mendakwa bahawa masyarakat FELDA bakal mengalami kerugian yang teramat sangat apabila kerajaan BN terlalu kejam menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dalam bursa saham..

Kumpulan ANAK ini wajar mendapat gelaran Anak Derhaka apabila menabur fitnah bahawa warga FELDA bakal kehilangan tanah akibat kerugian saham FGV...

Bak kata orang, setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga...

Inilah nasib yang diterima oleh Mazlan Aliman dan Dr Rosli apabila penipuannya selama ini didedahkan. Semalam FGV melaporkan bahawa :
Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (Proft Before Tax - PBT) dan selepas perubahan nilai saksama dalam liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (Land Lease Agreement - LLA) sebanyak RM1.126 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pencapaian FGV telah menidakkan ramalan penasihat ekonomi dari Bangladesh ini kononnya Saham Felda bakal merudum..Dari dulu lagi aku katakan yang penasihat ekonomi ANAK ini memang tak ada pengalaman pun untuk analisis saham FGV..kerananya, sewaktu dia di Bangladesh kerjanya hanyalah dalam bidang perbankan dan kewangan sahaja...

Entah macam mana pula Mazlan Aliman ni boleh pula ambil si cacai ni jadi penasihat..kredibiliti memang pembangkang tolak tepi..asalkan dapat memburukkan FGV dan menghasut warga FELDA membenci kerajaan itu adalah tujuan utama mereka..

Pencapaian yang dicatatkan FGV ini memang menjangkau ramalan penganalisis saham dan pengurus dana seperti EBITDA (Earnings Before Interest and Deductible Allowances)...apa tidaknya, keuntungan selepas cukai mencatatkan RM 904 juta sudah cukup bagus dalam keadaan pasaran harga minyak sawit turun dalam 2012...

Memang malulah jadi Mazlan Aliman dan Dr Rosli...apa yang mereka kata selama ini memang sangat bohong sama sekali...kalau betul saham FELDA hendak bankrap, kenapa pula tiba-tiba boleh keluar laporan saham FELDA mencatatkan keuntungan?

Itulah, lain kali jangan celupar sangat nak buat Fitnah...Allah SWT bayar cash beb!!!

Ini adalah satu berita gembira buat masyarakat FELDA yang sabar dan bertahan dengan fitnah daripada puak cai ANAK Derhaka ni...Pendapatan FGV pata tahun 2012 mencatatkan jumlah sebanyak RM 12.89 bilion berbanding RM 7.45 bilion pada tahun sebelumnya...

HE : Depa kata FELDA akan Bankrap..tapi sekarang ni bankrap pun tidak malah catatkan keuntungan besar..itu pun cai tak sedar ke?

1 comment:

Anonymous said...

FELDA DELI BANGUNAN,HARTANAH KAT UK...
DEPA NI KERETA BUATAN UK PON X MAMPU NAK BELI....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA