networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, February 5, 2013

#PRCelaru !!! Guan Eng Seru Rakyat Hadir Konsert PSY Pakai Baju Merah Kuning Hijau!!! Nik Aziz Kata Membazir!! Kahkahkah!!!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyokong tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengundang penyanyi popular Korea, Psy untuk menjayakan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 11 Februari nanti.

Menurutnya, beliau sangat gembira dengan berita itu dan menyokong tindakan BN yang disifatkan dapat mengharumkan nama Pulau Pinang di mata dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan negeri gembira dengan kedatangan penyanyi Psy yang akan mengadakan persembahan di sini.

“Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatang- an Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,” katanya kepada media selepas mengagihkan limau mandarin di Pasar Chowrasta Market semalam.

Menurutnya, beliau yakin dengan kedatangan penyanyi rap itu, ia akan membantu industri pelancongan di negeri ini serta menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan berkenaan.

“Saya minta agar orang ramai yang hadir supaya memakai baju berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil kuil Murugan terbesar yang terletak di Jalan Kebun Bunga untuk kos pembinaan bangunan.

Cek itu diserahkan Guan Eng kepada P Kuvenaraju di pejabatnya semalam.

Setakat ini, kerajaan negeri sudah menyumbang sebanyak RM700,000 (termasuk RM300,000 yang baru diserahkan) kepada kuil berkenaan untuk tujuan kos pembinaan bangunan.



HE : Macam-macam!!!Nik Aziz kata tak setuju bawa PSY...Guan Eng plak seru!!!kahkahkah!!!celaru!!!

1 comment:

Anonymous said...

boring betullah dgn kafir kesayngan pas ni,, semua benda pun nak dipoltikkan. dahla org lain punya usaha, ada hati pula nak menangguk diair keruh...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA