networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, February 26, 2013

RM 4,000 Gaji Bulanan #ManifestoPRBukanJanji Yang Terbaru...


Manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang menggariskan empat teras utama antaranya akan memastikan pendapatan isu rumah rakyat Malaysia meningkat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas satu penggal gagasan itu menawan Putrajaya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Pakatan Rakyat juga akan memastikan sejuta peluang pekerjaan baru akan diwujudkan dengan memastikan lambakan pekerja asing di negara ini akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Malah gagasan itu yang konsisten dengan perjuangan menuntut gaji minima menjanjikan, Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion sebagai insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima jika perikatan pembangkang itu ke Putrajaya.
"Insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima member keutamaan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi tempoh ditetapkan," katanya.

Malah manifesto PR katanya akan memastikan pelarasan percukaian dilakukan bagi mengelak golongan mahakaya yang hartanya beratus ribu membayar cukai yang sama dengan seorang eksekutif swasta.

"Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang," katanya.

PR juga mengulangi dasar pendidikan percuma dalam manifestonya.

Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan manifesto itu memberitahu, PR akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

PR akan memastikan yuran pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi awam akan ditanggung kerajaan baru itu.

"Semua pelajar di institusi milik awam akan memberikan elaun sara hidup untuk menampung kso kediaman, makan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya," katanya selain PTPTN juga akan dihapuskan. Baca Selanjutnya

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA