networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, February 2, 2013

Selangor Sepatutnya BUBAR DUN Hari INI!!!!


Alahai si Khalid..kalau betul-betul bersedia hadapi PRU13 aku mahu cadangkan supaya dia perlu bubar DUN HARI INI..jangan tunggu sampai habis Chap Goh Mei...kalau setakat main ugut mahu bubar lepas Chap Goh Mei jer baik tak payah...kalau anak jantan bubar lah DUN Hari ini...

HAHA!!!!

TANJONG KARANG: Kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei, disifatkan hanya helah politik semata-mata.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kenyataan Abdul Khalid itu disifatkan sebagai acah-acah dan menunjukkan kepimpinan beliau yang tidak matang.

"Pada mulanya, saya baru mahu mengucapkan tahniah kerana kerajaan negeri bersedia untuk membubarkan DUN Selangor, tetapi melihat pada kenyataannya semalam (Khamis) yang hanya mahu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyegerakan tarikh pilihan raya umum, dilihat tidak matang.

"Saya turut kesal kerana beliau seolah-olah cuba mempermainkan kuasa menteri besar yang mampu membubarkan DUN meskipun belum mendapat perkenan Sultan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan RM100 sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haron di sini, Jumaat.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata tindakan Abdul Khalid itu juga jelas menunjukkan beliau tidak mendapat sokongan rakan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri lain.

"Ini juga menunjukkan Abdul Khalid syok sendiri sebab rakan pemimpin Pakatan Rakyat di negeri lain tidak mengikut langkah Selangor untuk membubarkan DUN selepas Chap Goh Mei kelak.

"Saya harap rakyat dapat menilai sikap MB yang cakap tidak serupa bikin dan mudah sahaja menukar kenyataan selepas gagal menerima sokongan pemimpin PR negeri lain," katanya.

Noh berkata, tindakan Abdul Khalid yang mempersenda tarikh pembubaran DUN negeri ini secara tidak langsung dianggap mempersenda kuasa Sultan Selangor.

"Ini kerana bila cakap bubar, Menteri Besar perlu menasihatkan Sultan sebelum Sultan memberi perkenan membubarkan Dun... bukan boleh suka-suka bubar sahaja," katanya.

Rabu lepas, Abdul Khalid menyatakan hasrat untuk membubarkan DUN Selangor pada akhir Februari ini, namun dalam kenyataannya pada Khamis, beliau menperjelas pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana menteri agar segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA