networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, February 23, 2013

Sesi Soal Jawab Bersama YB Nasha Di TV 3 Catat Jumlah Penonton Teramai...


Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.

Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.

Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan “Nasharuddin – Berjuang Dalam Kontroversi” ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. (Dipetik dari sumber)

 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA