networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, March 27, 2013

Adik Che Liyana Pelajar Cemerlang STPM 2012 Ikon Baru #WargaFelda...


Biarpun sudah beberapa hari keputusan peperiksaan STPM keluar, kejayaan adik Che Liyana Izzati Che Rozali yang mendapat 5 A (4.00) dalam STPM telah memberi satu sinar baru kepada warga Felda yang lain bahawa anak FELDA juga mampu meraih kejayaan dalam pelajaran...

Adik Che Liyana merupakan anak guru di Felda Jengka 3 dan merupakan cucu peneroka FELDA telah menjadi ikon baru kepada warga FELDA untuk berjaya dalam pelajaran...

Rahsia kejayaannya ialah memberi sepenuh tumpuan ketika di dalam kelas di samping membuat banyak latihan selepas belajar...Adik Che Liyana menyatakan hasrat bahawa beliau lebih berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan...

Aku nak ucapkan tahniah kepada adik Che Liyana..adik Che Liyana menyuarakan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan adalah pilhan yang tepat...institusi perguruan amat memerlukan pelajar cemerlang seperti adik...

Apa yang kita dapat melalui kejayaan adik Che Liyana ini adalah usaha berterusan tanpa mengharapkan sesuatu kejayaan datang bergolek...sebagai khalifah di bumi Allah ini kita perlu berusaha untuk mencapai sesuatu...

Aku harap anak-anak FELDA tidak mudah terpengaruh dengan agenda jahat yang dibawa oleh ANAK yang cuba meracuni minda peneroka FELDA dengan menyogok berita-berita yang bersifat subversif...kata macam-macam tentang FELDA...jangan percaya wahai anak bangsa FELDA...

HE : Percayalah tidak akan ada kejayaan tanpa usaha...dari buang masa dengar ceramah ANAK baik duduk rumah buka buku..betul tak? Adik Che Liyana dan Mazlan Aliman..mana yang lebih bagus dijadikan IKON?pilihan ditangan anda...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA