networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Saturday, March 2, 2013

Bila Kaki Judi Main Judi…Percubaan Ke-4 Struktur Air Bakal Memusnahkan Selangor!!!


Setelah melakukan tiga percubaan untuk menstruktur air di Selangor gagal..Khalid kali ini nekad untuk ‘berjudi’ buat kali ke-4 yang mana telah menawarkan sejumlah wang sebanyak yang sangat besar bernilai RM 9.65 bilion untuk membeli kesemua konsesi itu…

Tawaran sebesar ini bagi aku sangat membazir kerana ianya memerlukan kos yang besar semata-mata mahu menukar hak milik konsesi air di Selangor…

Dari Khalid menggunakan dana ini untuk membeli konsesi untuk kepentingan dia lebih baik menunaikan janji memberi air percuma yang dia sendiri gagal untuk tunaikan.. tak 100% rakyat Selangor dapat air percuma…

Lebih baik dia berikan bantuan kewangan kepada ibu tunggal yang telah dia janjikan…janji yang telah ditabur pun tak dapat ditunaikan inikan pula mahu membazir wang rakyat semata-mata mahu membeli kesemua konsesi…

Aku serius tak paham dengan Khalid ni…Selangor hadapi masalah kekurangan air BERSIH!!! bukannya hadapi krisis masalah perbalahan antara konsesi…

Sepatutnya ko tu kena cari penyelesaian bagaimana untuk menambahkan sumber air BERSIH…memanglah air banyak di Selangor tapi air bersih memang tak cukup…dengan membeli konsesi air..masalah air tetap ada…konsesi SPLASH, SYABAS, ABBAS dan Puncak Niaga tak mampu menambahkankan sumber air yang bersih jika tempat untuk memproses air bersih tak cukup…


Kau ni Khalid…memandai tibai Tan Sri Rozali kata menjudikan nasib rakyat Selangor jika tidak bersetuju tawaran RM 9.65 Bilion..kau sedar tak yang menjudikan nasib rakyat Selangor tu kau Khalid…

Dari mana kau nak dapatkan duit RM 9.65 bilion? RM 9.65 bilion tu banyak!!! mana kau nak dapat? aku dengar ko nak pakai tabung negeri RM 2.5 bilion untuk membeli konsesi air tu…

Adakah kau pasti dengan menggunakan dana sebanyak RM 2.5 bilion menggunakan duit rakyat masalah air bersih di Selangor selesai?

Andaikatalah kau sudah Berjaya memiliki konsesi air…apa alasan kau jika masalah air masih berlaku/duit dah banyak melabur tapi masalah air tetap ada..

Sebab itulah aku nak bawa pembaca ke skop masalah utama…cuba kita pisahkan Penstrukturan semula air dan projek Langat 2..

Penstrukturan Semula

Penstrukturan semula ini melibatkan 4 konsesi…kita ambil positiflah kan…andai katalah Khalid Berjaya beli kesemua konsesi…RM 9.65 bilion duit rakyat sudah tentu melayang..itu baru beli konsesi..belum lagi nak baiki paip yang sudah usang!! masihkah Khalid ingat bahawa dia pernah dengki SYABAS untuk bekukan CAPEX Syabas membaiki paip air…

Dia kata dia buat semua tu untuk jimatkan duit rakyat…kata dia kalau nak CAPEX maknanya kena serahkan kepada kerajaan Selangor untuk struktur air semula…jika sudah Berjaya menstruktur sudah tentu sejumlah dana akan dikeluarkan untuk baiki masalah paip ini..

Ini baru masalah paip…belum lagi kita sebut masalah lain…

Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2


Tujuan utama loji ini dibina untuk menambahkan sumber air bersih yang sedia maklum tidak cukup di Selangor..ini barulah menepati persoalan pokok..masalah utama kekurangan air bersih…makanya pembinaan Loji Langat ni memang tujuannya untuk tambahkan jumlah air bersih..

Aku fikir positif lah ni ey...aku rasa korang pun percaya kenyataan aku yang Loji Langat 2 dibina untuk tambah air bersih…

Berbalik kepada dana RM 9.65 bilion.. jika benarlah Khalid mahu menawarkan jumlah itu, dia sepatutnya tidak perlu menjudikan duit rakyat..kalau betul berhajat dengan jumlah itu..dia sepatutnya telah menabung dari awal lagi…duit beli bas mewah ada pula..hihi…

Satu perkara yang buat aku gelak ialah..Khalid mahu selesaikan semua masalah menstruktur air ni dalam masa 14 hari…yak awloooow…masa rakyat tiada air kau tak nak pula bagi arahan masalah ini perlu diselesaikan dalam masa 24 jam!!!

HE : Bila beli nak cepat…haha. kepala otak orang bisnes biasalah!! untung dulu…rakyat mampos tak pa..puih!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA