networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, March 22, 2013

Graduan Cemerlang Dilantik Tanpa Temuduga...#Transformasi Kerajaan Lahir Guru Cemerlang!



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012.

Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, penilaian khas itu antara lain bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temuduga secara konvensional.

Ia juga bertujuan mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam Praktikum.

“Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan profesion perguruan dengan mengambil calon guru yang terbaik dari segi akademik dan ikhtisas.

“Ia juga untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 guru adalah dilantik dalam kalangan 30 peratus graduan cemerlang dalam bidang akademik dan ikhtisas untuk menceburi bidang perguruan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Zulkurnain berkata, SPP juga berharap usaha itu dapat menjadi penggalak kepada pelajar yang masih di peringkat pengajian berusaha mencapai kecemerlangan akademik.

Jelas beliau, Program Penilaian Khas itu akan dijalankan secara berperingkat di seluruh negara bermula 19 Mac ini di Kuching, Sarawak terhadap 247 orang dan penilaian khas seterusnya pada 21 Mac 2013 di Putrajaya.

Tambah beliau, program itu akan melibatkan 2,780 graduan cemerlang dari institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

“Jumlah tersebut adalah berdasarkan permohonan Kementerian Pelajaran supaya SPP menemuduga seramai 8,200 graduan IPGM dan IPTA di seluruh negara,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Program Penilaian Khas di Putrajaya pada 21 Mac ini membabitkan seramai 560 graduan manakala program seterusnya akan diadakan di Johor Bharu pada 28 Mac 2013, Ipoh (2 April 2013), Sungai Petani (4 April 2013), Kota Bharu (8 April 2013), Kuantan (11 April 2013) dan Kota Kinabalu (17 April 2013.

“Diakhir penilaian graduan yang layak akan terus diserahkan surat pelantikan oleh SPP. Baki 5,033 graduan perlu melalui temu duga biasa yang dilaksanakan bermula 19 Februari hingga 28 Mac 2013,” katanya. – mynewshub.my

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA