networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, March 27, 2013

JOM BACA!!! Kisah Tun Daim Yang Anda PERLU TAHU!!!!

Sejak tahun 1966, Tun Daim pernah dipelawa untuk terjun ke dunia politik. Tetapi beliau menolak. Hanya pada tahun 1980, beliau bersetuju menjadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984. Kepakaran beliau sangat dikagumi. Khidmat nasihat beliau khususnya dalam bidang ekonomi amat didahagakan.

Sekalipun mendapat kepercayaan dalam urus tadbir negara, tetapi Tun Daim bukanlah insan yang gemar berkecimpung dalam dunia politik. Beliau lebih suka menjadi pemerhati dan menumpukan kepada perniagaan beliau (beliau sememangnya seorang ahli perniagaan sebelum menyertai dunia politik). 

Pada 1991, Tun Daim meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana berasakan ekonomi negara sudah mantap dan tidak memerlukan nasihat beliau. Tetapi pada 1999, Tun Daim terpaksa menjawat semula jawatan Menteri Kewangan akibat krisis kewangan negara.

Urus tadbir Menteri Kewangan sebelum itu nyata mengecewakan. Tindakan yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan hanyalah dengan mendapatkan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia). Tindakan ini tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir, Tun Daim dan barisan kabinet kerana bakal menjerat negara. Akhirnya Tun Daim terpaksa memegang semula kerusi Menteri Kewangan bagi memulihkan ekonomi negara.

Apabila ada yang memperlekeh Tun Daim atas kenyataan beliau bahawa DSAI bukan calon yang sesuai sebagai Perdana Menteri, saya tertanya-tanya, tahukah mereka siapa Tun Daim? Sudahkah mereka mengikuti perjalanan hidup seorang Tun Daim? Kata mereka orang tua ini tidak sedar diri, dibayar untuk bercakap, bodoh, dan sebagainya. Biadabnya mereka mengutuk orang tua ini. Tun Daim tidak perlukan suapan kroni untuk menjadi kaya. Beliau memang sudah kaya sebelum menyertai dunia politik lagi.

Jika benarlah orang tua ini kemaruk kuasa, mengapa pada tahun 1966 beliau menolak menjadi ahli politik? Mengapa pada tahun 1991 beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan? Mengapa pada tahun 2001 beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan sekali lagi? Beliau selalu menolak untuk berada terlalu lama dalam dunia politik dan hanya menerima jawatan sebagai Menteri Kewangan buat kali kedua setelah memikirkan kemaslahatan rakyat dan negara yang ketika itu berdepan dengan masalah ekonomi yang kritikal.

Kepada orang ramai khususnya anak muda berdarah panas yang terlalu taksub dengan politik, jika tidak kenal orang tua ini, janganlah dimaki keji. Orang tua ini terlalu besar jasanya!

*artikel di atas adalah pandangan peribadi seorang guru...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA