networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, March 14, 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia Ambil Tindakan Tegas Guru Hina Anggota Keselamatan Krisis #LahadDatu





Seorang guru yang menghina anggota keselamatan yang bertugas mempertahankan Lahad Datu akan diambil tindakan tegas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia...aku tak nak ulas panjang...tindakan KPM ni bagus!!!guru yang bodoh macam ni memang patut dibuang...



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru yang membuat kenyataan dalam laman sosial Facebook sehingga menyentuh sensitiviti berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.

Dalam satu kenyataan media melalui laman Facebook rasminya, KPM menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap yang dilakukan oleh guru berkenaan dan akan memastikan tindakan tegas diambil atas perbuatan tersebut.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata, seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab malah menjadi model kepada masyarakat khususnya anak didik mereka.

Menurutnya, pasukan keselamatan yang sedang bertugas menyabung nyawa demi maruah dan kedaulatan negara.

“Kenyataan menghina tersebut mengguris hati banyak pihak khususnya keluarga anggota keselamatan yang terlibat serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidikan.

“KPM serta seluruh warga pendidikan sentiasa mendoakan agar pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas di perbatasan sentiasa selamat dan dikurniakan kekuatan dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara yang tercinta ini,” katanya.

Baru-baru ini, guru dari Kelantan itu dalam penulisannya melalui laman sosial Facebook miliknya melakukan penghinaan terhadap pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyamakan mereka sebagai binatang..

HE : Belum pun reda kes anggota TUDM hina PDRM (SINI)..dah guru plak buat perangai...ni sumer TIANG CUAK punya sial!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA