networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, March 15, 2013

KISAH BENAR...PASUKAN KESELAMATAN DIPENGGAL KEPALA DAN DIRODOK PERUT...SEBARKAN UNTUK IKTIBAR!!!


Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb - SUMBER

3 comments:

Anonymous said...

semoga allah mencucuri rahmat ke atas pejuang2 negara yg telah gugur dan yg sdg mempertahankan kedaulatan negara skrg ini.. amin ya rabbal alamin.

Anonymous said...

aku nak bertanya...penceroboh ini keturunan mana ye??..aku sempat baca ..facebook anak perempuannya Jacel kiram...dia kata...mereka keturun ..NABI SAW...tp kalau dilihat dari perbuatan mereka terhadap mangsa2 yg terkorban telah diperlakukan dgn sungguh kejam sekali...macam telah dirasuk...maka ..betulkah mereka ini keturunan yg disebutkan???..aku rasa mereka ini..keturunan...ABU JAHAL...KAUM QURAISH YG NAK MEMBUNUH NABI MUHAMMAD S.A.W.....ada dlm peperangan dimana Sayidina Hamzah telah gugur dimedan perang...maka datang perempuan quraish membelah dada yg telah syahid...dgn rakusnya mengeluarkan isi dadanya dan dimakan...(kalau tak silap)...begitulah lebih kurang persamaan ceritanya...sampai hati...maka adakah ini perbuatan yg melambangkan penceroboh sulu itu...orang islam!!!...islam tidak mengajar umatnya berbuat sedemikian...jadi apakah ..pegangan agama mereka yg sebenar???...satu ketika dulu ..kita pernah menolong mereka...inikah balasan mereka sekarang????!!!!...renung2kan

Anonymous said...

Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.

Sultan Shariful-Hashim @ Sayid Abu Bakar–Sultan Kamaluddin–Sultan Maharajah Upo–Sultan Nasaruddin Ula/Awal–Sultan Buddiman Ul-Halim–Sultan Betarashah Tengah @ Pangulan Tindig–(Tiada Putera).

Namun saudara perempuan Sultan Betarashah Tengah @ Pangulan Tindig, iaitu Puteri Sulu ibni Sultan Pangiran Buddiman Ul-Halim, telah berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9), maka akhirnya lahirlah Raja Bongsu-I @ Pangiran Shahbandar Maharajalela.


Raja Bongsu-I telah dihantar ke Sulu menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran “Sultan Mawalil-Wasit-I”.
Maka dari keturunan baginda ini lah kini lahirnya “Dua Nama Pewaris” di Kesultanan Sulu, iaitu:
Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu–Sultan Salahuddin-Karamat–Sultan Badaruddin-I–Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I @ Don Fernando de Alimuddin (Dipanggil sebagai “Pewaris Pertama”). Kini dari pewaris pertama ini lahirlah Keluarga Kiram & Keluarga Shakiraullah.

Manakala dari Sultan Mawalil-Wasit-I @ Raja Bongsu-I–Sultan Salahuddin-Karamat–Sultan Badaruddin-I–Sultan Bantilan Muizzuddin (Dipanggil sebagai “Pewaris Kedua”). Kini keturunan pewaris kedua ini dikenali sebagai “Keluarga Maharajah Adinda”.


Pewaris sebenar Kesultanan Sulu yang boleh diperakui adalah seperti:

KELUARGA PEWARIS PERTAMA:
1. KELUARGA KIRAM -Sultan Muhammad Fuad A.Kiram & Raja Muda Muedzul-lail-Kiram ibni Sultan Mahakutta-Kiram.


2. KELUARGA SHAKIRAULLAH -Putera kepada Sultan Agumuddin-Abidin @ Sultan Pitico ataupun dari kerabat mereka yang menuntut iaitu Paramount Sultan Dr. Ibrahim Bahjin.

Dan dari

KELUARGA PEWARIS KEDUA:
3. KELUARGA MAHARAJAH ADINDA -YM.
Datu Aliuddin Haddis Pabila & Putera Bongsunya, Raja Bongsu-II

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA