networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, March 18, 2013

Krisis Air Selangor..Banyak Benar Dosa Khalid Ibrahim Kepada Rakyat...

Api Neraka Tempat Manusia Yang Dilaknat dan Melakukan Kekufuran tanpa bertaubat...

Selangor dan masalah air terpisah tidak sejak kepimpinan Khalid Ibrahim memerintah Selangor semenjak tahun 2008 sehingga kini..

Punca berlakunya masalah air di Selangor ialah Khalid tidak mahu meneruskan Projek Langat 2 bagi menambah sumber air yang dijangka akan melarat menjelang 2014. Disebabkan kedegilannya untuk tidak membenarkan pembinaan loji langat 2 di Selangor, maka rakyat Selangor bakal menerima bahananya..

Rakyat Selangor yang bosan dengan kepimpinan Khalid sudah pasti 'jelak' dengan masalah air di Selangor.. berbeza pula dengan penyokong tegar Khalid, masalah air ini ibarat sudah jadi asam garam dalam kehidupan mereka.. walaupun berang dihati tetapi dimulut mereka kata 'sudah lali'. Ada juga penyokong tegar Khalid mendakwa ini semua kekejaman Barisan Nasional..

Berbeza pula dengan jawapan yang diberikan oleh pimpinan Khalid dan wakil rakyat pakatan rakyat..mereka rata-rata seperti sudah bersepakat untuk 'transfer' masalah air ini berpunca daripada kegagalan Syabas mentadbir urus syarikat mereka... alasan ini memang sudah dirancang dan ia semacam menampakkan jawapan yang konkrit untuk menyalahkan Syabas...

Syabas dijadikan alat untuk 'Punching bag' dengan harapan rakyat akan memarahi dan berang dengan Syabas..walhal perkara yang sebenarnya terjadi ialah kedegilan Khalid untuk meneruskan projek Langat 2...

Disebabkan alasan konkrit menyalahkan Syabas ini sentiasa diulang setiap kali membincangkan masalah air.. maka mereka mengeluarkan cadangan supaya syarikat konsesi air ini distruktur semula supaya lebih baik..itu alasan pentadbiran Pakatan...mangikut kronologi...mereka memang gagal dari dulu lagi..dahulu mereka menuduh BN menghasut kesemua konsesi...tapi tuduhan ini telah dinafikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Pentadbiran Khalid teryata gagal..sehingga kini sudah 3 kali pertemuan dengan syarikat konsesi..kesemuanya gagal...dahulu Khalid mengatakan bahawa mereka ingin menstruktur kesemua syarikat Konsesi air di Selangor sekali gus yang melibatkan 4 konsesi air iaitu SYABAS, SPLASH, ABBAS, Puncak Niaga...baru-baru ini, mungkin agaknya Khalid sudah 'Frust', dia membuat keputusan mahu menstruktur 1 dahulu syarikat konsesi iaitu SYABAS...selepas mendapatkan Syabas berjaya barulah Syarikat lain akan diusahakan...

Berbalik kepada masalah pokok krisis air yang menghantui rakyat Selangor, Kerajaan pusat sudah membelanjakan sebanyak RM 600 juta untuk melaksanakan pelan mitigasi bagi menangguh krisis air yang dijangka bermula 2014 kepada tahun 2016...bawah ini adalah grafik menunjukkan relevannya keputusan kerajaan membelanjakan RM 600 juta...

Sebelum pelan Mitigasi...


Unjuran Permintaan Bekalan Air Di Negeri Selangor, Kuala Lumpur
dan Putrajaya Tanpa Projek-Projek Mitigasi
Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SINI

Selepas pelan Mitigasi...

Unjuran Permintaan Bekalan Air Di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
Dengan Projek-Projek Mitigasi
Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SINI

Pelan ini dilaksanakan bagi menampung permintaan air di Selangor yang semakin meningkat..Pelan mitigasi ini boleh dikatakan kerajaan kerugian RM 600 juta untuk mengurangkan seketika masalah air di Selangor yang dijangka akan berlaku 2014...jika hendak diikutkan perancangan, sekiranya Khalid tidak 'buat perangai' tidak meluluskan pembinaan loji Langat 2, loji ini dijangka siap 2014..

Disebabkan kedegilan Khalid, Kerajaan Pusat terpaksa mengeluarkan dana RM 600 juta bagi melaksanakan pelan mitigasi. Kerajaan turut mengeluarkan dana tambahan sebanyak RM 120 juta membaiki infrastruktur air di Selangor walaupun difitnah mahu menyelamatkan SYABAS daripada Bankrup (kononnya)...Jika projek Langat 2 ini mengikut perancangan tanpa campur tangan Khalid sudah tentu RM 720 juta itu dapat digunakan untuk keperluan rakyat yang lain..fikir-fikirkanlah....

HE : Kalau nak ikutkan kerajaan Pusat tidak wajib pun keluarkan RM 720 juta semata-mata mahu mengatasi masalah air di Selangor...ini semua tanggungjawab Khalid..betul tak?

*Jom layan rakaman video parody yang dihasilkan rakyat menunjukkan impresi tidak selesa kepada kerajaan Pakatan Rakyat...

 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA